Malam itu, bunyi meriam menggegarkan daerah tercintaku. Bunyi itu telah menggemparkan seluruh penduduk termasuk aku yang sedang lena diulit mimpi. Aku sendiri tidak pasti angkara siapa gegaran itu berlaku.
"Kamu semua dalam taklukan kami" jerit seorang lelaki gagah. Berkali-kali dijeritnya.
Daerahku telah ditawan oleh satu kuasa jahat. Sekelip mata sahaja daerahku sudah dikepung oleh askar-askar berbaju biru menyala-nyala. Mereka ganas menembak sesiapa yang berani melarikan diri. Aku nyaris menjadi korban. Orang ramai berlari bertempiaran. Kedai-kedai ditutup serta merta. Aku sempat membeli air minuman sebelum duit yang berbaki di dompet tiada nilainya lagi. Aku mengambil segala minuman yang ada namun hanya satu botol air yang sempat aku selamatkan daripada ditembak pihak pengganas.
Waktu malam yang sepatutnya menjadi pendamai jiwa yang letih tidak lagi dapat dirasai. Meriah secara fizikalnya dengan cahaya api meriam dan bunga api, namun terseksa batin yang mendalam. Aku mencari tempat perlindungan namun aku sedar tiada sesiapa yang mencari orang sepertiku.
Aku memandang sekeliling mencari kelibat keluargaku, kawanku dan orang yang mengenaliku namun sia-sia sahaja. Mereka tiada di sini. Aku tersasar jauh menghilang dari lingkungan yang aku kenal. Takutnya aku pada malam itu tiada sesiapa yang mengetahui melainkan orang daerahku. Apalah nasibku pada malam itu. Aku menanggungnya seorang diri, tanpa ada yang mempedulikan aku. Sudah kiamatkah hidupku ini?
YOU ARE READING
Tawanan
Mystery / ThrillerMalam yang penuh misteri. Di mana ibu? Di mana ayah? Hanya aku dan orang daerah aku? Malam aku menjadi tawanan kuasa jahat durjana. Cerita ini ialah cerita fiksyen. Tiada kaitan antara yang hidup mahupun yang sudah tiada. Story cover ialah untuk sem...