Tawanan - Kawan

331 8 0
                                    

Bukan aku seorang yang berkeadaan sebegini. Bahkan semua tawanan dipermalukan dengan keadaan tiada seurat benang di tubuh masing-masing. Seluruh harta diambil oleh pemerintah kejam itu. Keadaan di daerahku sudah tidak sama seperti dulu. Apa nak jadi dengan duniaku kini? Aku tak sanggup nak pandang depan langsung. Malu melihat orang tidak berpakaian. Lebih-lebih lagi diriku juga seperti mereka.

Hampir beberapa jam berkeadaan begitu, akhirnya askar yang mengawal kami memberikan sehelai baju dan seluar yang berwarna putih. Semuanya diberikan saiz yang sama. Aku segera memakai baju putih itu. Sama sahaja kalau nak dibandingkan keadaan sebelumnya. Kalau dah putih baju tu, sudah tentu masih nampak bentuk tubuhku. Namun, aku bersyukur masih mampu berpakaian.

Lelaki di hadapanku mula memanggilku. Matanya tertutup semasa bercakap denganku. Aku segan sedikit namun berasa selamat kerana dia menjaga pandangannya.

Kita tak boleh terus begini. Jadi hamba dia, nak dengar semua arahan gila dia. Aku akan keluarkan kau dan penduduk daerah kita daripada terus jadi tawanan mereka.

Lelaki itu bersuara jelas namun terkawal daripada didengari askar-askar yang mengelilingi orang daerahku. Selesai dia berkata sedemikian, dia pandang ke hadapan semula. Aku seperti tidak percaya dia mengatakan sebegitu kepadaku. Aku tak kenal dia pun. Tapi aku dapat rasakan semangat dia yang semakin membara.

Kami dibiarkan tidur di luar rumah. Kesejukan di luar. Rumah yang ada sudah tidak seperti rumah. Hancur semuanya. Aku terkenang rumahku. Suasana dalam rumahku waktu berkumpul dengan keluarga. Sungguh tenang dan aman. Tanpa sedar, air mataku mengalir sekali lagi.

Aku tidur sebelah lelaki yang aku kenal tadi. Langsung tidak dapat aku lelapkan mata. Kesejukan satu hal, rasa malu satu hal lagi. Kalau boleh lari, aku akan lari sekarang juga. Biarlah aku mati kerana berjuang. Aku lebih rela daripada terus dilayan sebegini.

Perempuan, kau tak tidur lagi ke?, bisik lelaki itu.

Aku terkejut dia menyapaku. Dalam keadaan kami masih berbaring dan saling berpandangan. Mataku terus terbuka lantas berpeluk tubuh. Risau dia melihat tubuhku. Aku hanya membisu. Lantas, hanya memandang bawah.

Aku ada idea ni. Kita lari malam ni. Aku nak kau ikut aku sekali. Nak tak?

Aku terus mengganguk. Dalam keadaan sebegini, orang yang aku tak kenal pun aku percaya. Aku dah tak dapat nak fikir lama. Dengar je perkataan lari, terus segar mata aku.

Nak lari mana? Kau dah tahu ke caranya, aku memandang wajahnya.

Aku tahu ada satu jalan kecil di hujung rumah pembesar tu.

Lelaki itu memandang ke arah rumah pembesar yang tak jauh dari tempat kami baring saat ini. Aku juga turut memandang rumah banglo yang masih berbentuk rumah.

TawananWhere stories live. Discover now