Tawanan - Serah

349 6 0
                                    

Aku akur untuk pulang semula ke tempat tawanan. Aku tidak kuat. Mungkin aku sudah gila. Aku memandang ke belakang. Bunyi orang ditampar jelas kedengaran. Kenapa mereka ditampar? Kerana akukah? Aku melangkah dengan berat sekali. Sesekali aku menghentikan kakiku. Betul ke pilihanku ini? Kenapa banyak benda yang aku perlu putuskan?

Aku tak sepatutnya pulang kembali ke tempat tu. Aku kena lari. Mungkin keluargaku terseksa, tapi mereka akan lebih terseksa jika aku tidak membuat apa-apa tindakan. Namun, itu semua mustahil. Askar di kawasan sempadan telah melihat aku. Aku lari sekuat hatiku. Lari dari ditangkap mereka. Aku terkena batu yang mereka baling sehingga kepalaku berasa pening. Ahh! Aku mesti kuat. Aku cuba menafikan kesakitan yang aku rasa. Aku berlari sehingga akhirnya aku tak berdaya lagi. Askar dibelakangku pantas menangkapku lalu dibawa ke kawasan tawanan.

Tiba sahaja di kawasan sempadan tawanan, bajuku dikoyak dengan rakusnya. Aku dibiarkan tanpa ada sebarang benang di tubuhku. Waktu tu aku malu sekali. Aku diperlakukan seperti binatang. Lalu aku tiada arah tuju. Air mata sudah bergelinangan. Sekali lagi mengaburi mataku.

Aku ditarik untuk masuk ke barisan panjang. Lalu aku duduk dibelakang seorang lelaki yang menjadi orang terakhir dalam barisan itu. Dia memandang aku dengan pandangan kosong. Aku sudah tidak keruan. Mana mahu diletak muka yang sudah tiada maruah ini. Aku hanya menundukkan pandanganku. Kakiku dilunjurkan menutup bahagian tersembunyi. Tanganku menyilang menutup bahagian atas badanku. Malu, kesal, geram dan segala yang menyerabutkan diriku saat ini berlegar dalam hati. Harapan apa yang masih tersimpan untuk aku?

***
Reminder: Sorry reader. this story not suitable for kids.

TawananWhere stories live. Discover now