Tawanan - Bebas

299 6 4
                                    

Aku tak sepatutnya ikut cakap dia. Mana mungkin ada jalan keluar dalam keadaan yang penuh pemerhatian saat ini. Memang salah besarlah untuk melarikan diri malam ni.

"Perempuan, cepat sorok" kata lelaki itu lalu aku menyorok disebalik langsir tebal berwarna merah.

Kami berada di sebuah rumah banglo salah satu pembesar yang disebut lelaki tadi. Masa kami masuk, keadaan rumah amat lenggang. Tak sempat kami jumpa jalan kecil, pembesar bersama askar masuk ke rumah.

Habislah hidup aku malam ni. Lelaki tadi yang bersembunyi di bawah meja dapat ditangkap askar.

"Bam!"

Lelaki itu terus ditembak mati terus menembus jantung lelaki itu. Aku nyaris menjerit. Jantungku berdegup kencang. Aku dihimpit perasaan antara hidup atau mati. Aku masih belum dijumpai oleh askar. Tak duduk senang aku sekarang. Mahu ke mana lagi saat ini. Lambat laun aku pasti akan dijumpai mereka.

Tak tentu arah punya pasal sehingga aku terkencing dalam seluar. Hembusan askar kedengaran menghidu bau yang keluar. Serentak itu aku berlari keluar dari arah dapur rumah.

Terkumat-kamit aku berzikir. Bantulah aku..Ya Allah. Hadirkan jalan keluar untukku. Kali ni, aku takkan pandang ke belakang. Apa nak jadi dekat belakang, jadilah. Yang aku tahu, aku akan berusaha berlari mencari jalan kecil itu. Tak semena-mena aku terlanggar seseorang.

"Ayah?" Mukanya berkerut.

Tak mungkin ayah dah lupa aku anaknya. Ayah hanya membisu. Aku tak ada masa menunggu jawapan ayah. Aku terus menariknya untuk berlari bersamaku. Tiba-tiba aku lihat kelibat ibu sedang melambai-lambai ke arahku.

"Ibu?" Ibu tersenyum melihat aku. Pantas aku berlari bersama ayah ke arah ibu.

Apa yang aku lihat, di belakang ibu ada satu jalan. Jalan kecil yang aku cari sejak tadi. Hampir dengan ibu, aku terus menarik ibu menggunakan tangan satu lagi. Askar di belakang masih mengejarku. Beberapa kali das tembakan dilepaskan. Namun, satu pun tersasar.

"Kamu lari dulu, jalan tu penuh dengan duri" kata ibu dengan tercungap-tercungap nafasnya.

Aku melalui dengan hati-hati. Begitu juga dengan ayah dan ibu yang berada di belakang. Bila sampai penamat jalan yang memisahkan daerahku dengan dunia luar, satu tembakan terkena bahu ayah. Ayah terjatuh lalu terkena duri. Ibu memalingkan badan menyelamatkan ayah. Namun, ibu juga terkena tembakan di kepala.

"Allah... Ibu, ayah!"

Aku menjerit sekuat hati. Pagar tertutup automatik hingga aku tak dapat berpatah balik.

"Lari cepat anakku. Selamatkan dirimu. Kamu masih muda."

Kata ibu dengan lemah dan serentak itu, air mata jatuh dengan derasnya. Aku menangis teresak-esak. Demi sebuah kasih sayang, ibu dan ayah rela berkorban. Maafkan aku ibu, maafkan aku ayah.

Aku masih berlari menyembunyikan diri sehingga aku menjumpai satu rumah usang di hadapanku.

Nafas yang berterabur. Hati yang berkecai. Mata yang sembab. Mulut yang semenjak tadi menahan tangisan. Itulah keadaan aku. Aku bebas namun keluargaku terkorban. Aku bebas secara fizikal namun terkurung antara sakit dan lega. Sakit yang terbesar bila kehilangan yang tersayang. Lega hatiku meninggalkan daerah pimpinan durjana. Di mana aku sekarang?

TawananWhere stories live. Discover now