Tawanan - Larikan diri

325 9 0
                                    

Pada malam itu juga segala penduduk dikerah untuk menggali lubang sebesar laluan sungai yang lebar. Semua pemuda menggunakan peralatan yang ada untuk menggali lubang. Ada juga yang sanggup menggunakan tangan sendiri bagi mengelakkan diri daripada ditembak oleh askar. Askar-askar pihak pengganas memerhati dengan penuh teliti. Pemudi pula dikerah untuk memberikan segala perhiasan yang ada kepada pembesar. Aku turut menyerahkan rantai di leherku.

"Hei perempuan, pergi mampuslah dengan air mata kau tu! Kau bagi barang kemas kau tu kalau tak..."
herdik seorang askar lalu dia cuba menggunting bajuku.

Aku tiada pilihan. Aku terpaksa menyerahkan rantai emas yang ibu beri padaku. Fikiranku bercelaru. Inikah pilihan yang terbaik? Lebih baik aku menggadaikan harta duniawi daripada aku menggadai maruah diriku.

Aku tidak menyangka sekejam itu mereka terhadap orang daerahku. Pemuda yang tetap mendengar arahan pemerintah kejam, tetap dengan kerja menggali. Mereka menggali sehingga matahari mula memancarkan cahayanya. Akhirnya longkang itu berjaya digali. Maka, mengalirlah air dari sungai seberang memasuki longkang besar. Longkang besar itu mengelilingi daerahku seolah-olah longkang ini memisahkan kami daripada dunia luar.

Aku sempat melarikan diri tatkala ada seorang askar terlelap seketika. Waktu tu, aku lari sekuat mungkin. Seperti ada kuasa ajaib ketika itu, aku melompat sedaya mungkin sehingga aku dapat melangkah longkang besar itu.

Ya Allah, aku boleh melepaskan diri! Terima kasih ya Allah.

Dihadapanku kini hutan yang tebal. Gelap tanpa ada satu lampu yang menyala. Dengan keadaan aku yang tidak bersedia apa-apa, aku hanya sehelai sepinggang. Aku tidak mampu berlari lagi. Mataku kabur. Aku takut jika ada binatang buas membahamku. Aku berhenti dan berfikir sejenak. Kalau aku lari dari sini, ke mana hala tujuku selepas ini?
Depan hutan, kiri tasik, kanan jalan lama dan belakang pula kawasan tawanan. Takkan aku sanggup tinggalkan keluargaku? Mereka memerlukan aku. Perutku terasa sakit. Mungkin perut keluargaku juga begitu. Jadi, apa yang terbaik untuk aku putuskan?

TawananWhere stories live. Discover now