Prologue

7.2K 493 4
                                    

Semua ahli Bangtan berlari masuk ke dalam restoran bersebelahan dengan pantai itu setelah mereka tiba untuk makan. V memberhentikan langkah dan dia melihat restoran itu.

Restoran ni.

V tersenyum kecil melihat restoran tempat mereka selalu makan selepas 'melepak' di landasan kereta api itu. What a funny. V tak pernah menyangka dunia selepas mati tiada bezanya dengan dunia mereka sebelum mati.

"Vv?" Hoseok memanggil V membuatkan V memandang ke arahnya yang berada jauh di hadapan. Kelihatan yang lain turut berhenti dan memandangnya.

"Are you coming?" tanya Yoongi. V diam seketika, memandang seorang demi seorang ahli kumpulannya itu.

Jin yang melihat V seolah-olah sedang berfikir sesuatu itu tersenyum lemah. "Korang masuklah dulu" kata Jin membuatkan semua memandangnya. "Hyung nak bawa Tae pergi jeti kejap" kata Jin, tenang.

"Hyung still belanja, kan?" tanya Jungkook. Jin tergelak kecil dan mengangguk. Jimin dan Jungkook terus tepuk lima jari antara satu sama lain tanda seronok.

"Jangan lama sangat tau, hyung? Nanti kitorang pesankan makanan untuk korang" kata Namjoon. Jin mengangguk faham dan dia memandang ke arah V yang masih diam. "Tae, jom"

V seperti baru tersedar dari lamunan. Dia memandang ke arah Jin yang sudah berjalan ke arah jeti berdekatan terlebih dahulu dan yang lain sudah pun menuju ke pintu masuk restoran itu. Dia terus berlari anak mengejar untuk berjalan seiring dengan Jin.

Jeti itu hanya berlantaikan kepingan kayu, kelihatan usang tetapi masih kukuh. V melihat sekeliling seolah-olah baru pertama kali dia berada di situ. Walaupun hakikatnya dia sedang terpana melihat betapa samanya keadaan di situ. Dia kemudian berlari anak, bergerak lebih laju daripada Jin. Jin tersenyum manis melihat V.

V berhenti betul-betul di hujung jeti dan dia memandang ke bawah, menampakkan lautan biru yang kelihatan dalam di mata V. Kemudian dia memandang tegak, melihat langit terbentang luas di hadapannya.

"Is it same?" V terdengar suara Jin dan dia terus memusingkan badan menghadap Jin yang jalan perlahan ke arahnya. Jin berhenti di hadapan V. V tersenyum lega.

"Eoh. Semuanya sama" V mengangguk setuju, kini kelihatan sedikit teruja. Jin tersenyum lagi. V mula memandang sekeliling sekali lagi sebelum Jin memegang bahu kirinya. V memandang tangan kanan Jin yang memegang bahunya itu dahulu sebelum dia memandang Jin.

"Seriously" kata Jin sebelum dia melepaskan pegangan bahu V. "Thanks sebab tak biarkan hyung dekat sini sorang-sorang" sambung Jin membuatkan V tersenyum juga.

"Vv buat semua ni sebab Vv sayang Bangtan" jawab V tenang. Jin mengangguk faham sambil memandang laut di belakang V dan matanya kembali memandang V, kali ni muka dia agak sedih.

"But still" katanya sambil memandang ke dalam mata V membuatkan V berasa tak selesa. Mata Jin berair tanpa paksa.

"Mungkin Tae fikir Tae buat perkara yang betul" kata Jin, air mata kanannya mengalir ke pipi. "Tapi Tae bukan tuhan yang boleh ubah takdir"

V menjadi agak terkejut dan Jin tidak memberikan peluang untuk V berkata apa-apa apabila dia menolak dada V menggunakan tangan kanannya membuatkan V tak stabil dan terjatuh dari jeti.

Air mata V terbentuk saat dia terjatuh dan saat itu dia ternampak Jin tersenyum lemah ke arahnya.

"Mianhae, Kim Taehyung"

"I'm the only one who should die"

"Cuma hyung. Dan tu takdirnya yang Tae takkan boleh ubah"

Dan segalanya serta-merta gelap bagi V setelah tubuhnya tenggelam ke dalam air.

[C] Save Me [ITYIWD Book 2] | BTS Malay FanficWhere stories live. Discover now