Jimin tersedar dari tidur tengah malam itu apabila tengkuknya berasa lenguh selepas tertunduk tidur di kerusi. Sudah lebih dua hari dia tidur di kerusi yang sama, dan tengkuknya mulai lenguh membuatkan dia menumbuk tengkuknya dengan perlahan.
"Nak tidur dengan aku?"
Jimin mengangkat kepala dan melihat Taehyung sudah pun memberi ruang di atas katil itu untuk Jimin baring.
Taehyung memandangnya dan tersenyum. Dia membalas senyuman Taehyung dahulu sebelum naik ke atas katil dan baring di sebelah Taehyung. "Woah~ selesanya" kata Jimin melepaskan nafas lega dan Taehyung tersenyum kecil melihatnya.
"Dah lama kita tak baring sama-sama macam ni" kata Jimin membuatkan Taehyung memandangnya. "Dah lama?" ulang Taehyung dan Jimin mengangguk, mula memandang Taehyung.
"Kita berdua kawan baik, so pergi mana-mana kita selalu sama-sama" terang Jimin sebelum dia keluarkan telefonnya. Taehyung perhatikan Jimin membuka gallery di telefonnya dan membuka folder 'Camera'. "Tengok ni" kata Jimin dan dia tunjuk kepada Taehyung.
YOU ARE READING
[C] Save Me [ITYIWD Book 2] | BTS Malay Fanfic
Fanfiction"Thanks sebab tak biarkan hyung dekat sini sorang-sorang" "Tapi Tae bukan tuhan yang boleh ubah takdir" NOTE : Please Read I Told You I Wanna Die | BTS Malayff :- http://my.w.tt/UiNb/oYRbSNOjHw Sebelum baca fanfic ini. Length : 12 chapters (Complete...