Five

3.4K 374 11
                                    

Mereka akhirnya tiba di kawasan dorm mereka selepas mereka ke kedai untuk membeli groceries, dan Taehyung terus memandang sekeliling sejurus sahaja turun dari kereta. Perbualan kawan-kawannya yang lain tidak diendah, oleh kerana kawasan itu juga sangat familiar baginya.

'Mereka tiba di bangunan dorm mereka dan mereka ternampak bomba sedang memadamkan api di tingkat 8. Mereka memandang tingkat yang terbakar itu dan mereka terkejut. Itu dorm mereka atau tepat lagi, tempat yang terbakar itu ialah bilik Jimin.

Namjoon terus berlari ke arah tangga tetapi dia dihalang seorang pegawai bomba. Hoseok jatuh melutut, lemah. Air matanya mula mengalir deras. Jungkook pula memeluk V sambil menangis teresak-esak. V pula hanya berdiri tegak, menangis tanpa suara.'

Taehyung terus rasa terkejut apabila babak itu bermain di fikirannya. Dia terkebil-kebil seketika, cuba memproses babak yang dimainkan itu sekali lagi tetapi dia tersentak apabila Jungkook memegang bahunya. Dia terus menoleh memandang Jungkook yang kelihatan ceria.

"Jom, hyung. Diorang nak ambil barang dekat boot" kata Jungkook sebelum dia bisik.

"Tak payah tolong diorang. Kita lari, jom" kata Jungkook sebelum sengih nakal ke arah Taehyung dan dia terus menarik tangan Taehyung melarikan diri. Taehyung ketawa kecil sebelum turut berlari. Mereka terdengar Yoongi memanggil nama mereka membuatkan mereka ketawa lagi dan berlari lebih laju untuk ke lif.

Sejurus masuk ke dalam lif, mereka ketawa tanpa henti, seronok rasanya dapat lari dari tolong hyung. Taehyung tercungap-cungap kepenatan sehingga dia tak sedar yang Jungkook memandangnya dengan senyuman terukir di bibir.

Senyuman lega.

"Hyung" panggil Jungkook membuatkan Taehyung memandangnya. Jungkook tersenyum manis.

"I miss you a lot"

Taehyung turut tersenyum.

"Walaupun hyung hilang ingatan, tapi hyung rasa hyung rindukan Jungkook juga" balas Taehyung dan mereka ketawa kecil, berasa malu pula apabila meluahkan isi hati secara spontan.

Sejurus pintu lif terbuka, Jungkook terus keluar dulu. "Hyung, over here" Jungkook menunjukkan arah koridor ke dorm mereka dan dia jalan terlebih dahulu diikuti Taehyung agak jauh di belakang.

Mereka berselisih dengan salah seorang jiran mereka yang agak sombong membuatkan Jungkook yang terpaksa mengelak dari berlaga bahu dengannya. Taehyung kebetulan sedang memandang sekeliling, dan sejurus lelaki itu berselisih dengan Taehyung, mereka berlaga bahu.

"Oh, mianham--" kata-kata Taehyung berhenti apabila dia menoleh dan ternampak lelaki itu berjalan berlawanan dengannya, dan lelaki itu mengeluarkan telefon bimbit. Daripada tindakan lelaki itu diikuti jacket leather hitam yang dipakainya, ingatan Taehyung serta-merta memainkan satu babak.

'Semua ahli bangtan keluar dari dorm mereka. Suga yang memegang kunci dorm mengunci dorm itu. V bersandar di tembok koridor, memandang Suga.

"Jimin-ah, make sure lepas habis schedule terus balik. Jangan pergi mana-mana lagi." arah Namjoon dan Jimin mengangguk faham.

"Hyung, tak boleh ke Jimin ikut hyung lepas Jimin habis schedule?" tanya Jimin kepada Hoseok dan Hoseok menggeleng. "Duduk rumah, jaga rumah." katanya dan Jimin tertunduk. Hoseok perlu berjumpa dengan ibu bapa mereka hari itu. Kemudian Jimin menghampiri Suga dan menarik sedikit bajunya. Suga menoleh ke belakang,memandangnya.

Jimin berkata sesuatu yang hanya dia dan Suga boleh dengar. Suga terdiam sebelum dia memusingkan badan sepenuhnya ke arah Jimin. "Kenapa?" tanya Suga. Jimin hanya tunduk.

Suga tersenyum lemah. "It's okay. Hyung akan balik secepat mungkin selepas schedule hyung selesai." pujuknya dan kemudian dia memberikan kunci dorm kepada Jimin. "Here. Take this" katanya dan Jimin menyambut kunci itu. V mengeluh dan memandang permandangan di luar blok dorm mereka.

[C] Save Me [ITYIWD Book 2] | BTS Malay FanficWhere stories live. Discover now