Taehyung memandang wad bernombor 372 itu. Oleh kerana terdapat pesakit di dalam wad itu, dia tidak dibenarkan masuk jadi Taehyung hanya berdiri di luar wad itu ditemani Hoseok di sebelahnya yang kelihatan keliru.
Taehyung menoleh ke arah Hoseok dan senyuman manis diberikan. "Hyung baliklah wad Vv dulu. Kejap lagi Vv datang" kata Taehyung, tenang. Hoseok kelihatan berat hati.
"Tae..." panggil Hoseok perlahan, kalau boleh dia tak nak tinggalkan Taehyung seorang diri. Taehyung senyum kecil.
"Please, hyung" kata Taehyung, seakan berbisik. Hoseok masih lagi berat hati tetapi akhirnya dia mengangguk malas.
"Make sure Tae balik wad cepat. Jangan buat hyung risau" kata Hoseok. Taehyung tersenyum dan mengangguk faham. Hoseok berlalu manakala Taehyung memerhatikan Hoseok hingga hilang dari pandangan. Taehyung kemudian kembali memandang pintu wad itu.
"I...killed them?" Taehyung bermonolog. Dia teringat kata-katanya sendiri dalam mimpinya tadi. Dia diam, berfikir untuk seketika sebelum kaki ayamnya disentuh sesuatu membuatkan dia sedikit terkejut dan tunduk untuk melihat benda yang menyentuh kakinya itu.
Ianya satu kelopak bunga.
Taehyung terdiam seketika, dan dia tunduk untuk mengambil kelopak bunga itu. Dia mengamatinya untuk seketika dan sejurus itu, tiba-tiba kepalanya diserang rasa sakit. Tangannya yang satu lagi terus mencengkam kepalanya.
"Ah!" Taehyung menjerit kecil dan dia tertunduk sakit. Matanya dipejam rapat.
V tanpa menunggu masa terus menyuntik lengan atas Jin. Jin terkejut dan terus terbangun. Dia memandang V.
"Tae, kenapa--"
"Hyung mianhae" kata V. Jin diam seketika. Dan matanya seolah-olah berat. "Kenapa?" tanya Jin, lemah.
"V tak suka tengok hyung sakit. Kalau hyung sakit, bangtan pun sakit. And V benci. V harap hyung faham. V taknak sambung" kata V. Kemudian dengan perlahan Jin mengangkat tangan ke muka V.
V beranggapan yang Jin akan cekik atau buat sesuatu yang mencederakannya jadi dia menutup matanya, rapat. Kemudian dia tersedar yang Jin mengusap rambutnya. Dia membuka mata, terkejut. Jin tersenyum lemah.
"Aigooo Taehyungie kita ni memang baik" puji Jin, semakin kuyu kelopak matanya. V terus berlinangan air mata.
"Gumawo-ya, Vv" kata Jin. Dia sangat memahami kenapa V lakukan sedemikian. V tidak mahu dia sengsara dengan penyakitnya. Itu yang pasti.
"No" kata V. "Gumawo" sambungnya. Jin tersenyum. Dia menurunkan tangannya dan tertidur.
V memandang raut wajah Jin yang tenang tidur itu seketika. Kemudian dia mengeluarkan satu lagi picagari yang berisi racun dan menyuntik Jin sekali lagi.
Air mata V menitik. V melepaskan nafas berat. "Mianhae, hyung. Saranghae"
Mata Taehyung terbuka luas, nafas tak stabil dan sakit kepalanya kian menghilang. Dia diam seketika, mengawal nafas sebelum dia memandang kelopak bunga itu sekali lagi.
"Hyung sakit...Bangtan pun sakit?" Taehyung tak faham dengan kata-kata sendiri yang dia dapat dengar selepas sepotong memorinya kembali sebentar tadi. Dia diam, mukanya sedikit berkerut oleh kerana dia sedang berfikir.
"Tae!"
Taehyung menoleh dan kelihatan Hoseok kembali menghampirinya. Dia dengan pantas menyimpan kelopak bunga itu di dalam poketnya tanpa disedari Hoseok. Hoseok memandangnya risau selepas kedudukan mereka tidak terlalu jauh.
"Tae okay tak? Kenapa lama sangat?" tanya Hoseok dan Taehyung terus terpinga-pinga.
"Lama?" ulang Taehyung. Taehyung rasa dia baru berada di situ kurang dari lima minit. Hoseok mengangguk.
YOU ARE READING
[C] Save Me [ITYIWD Book 2] | BTS Malay Fanfic
Fanfiction"Thanks sebab tak biarkan hyung dekat sini sorang-sorang" "Tapi Tae bukan tuhan yang boleh ubah takdir" NOTE : Please Read I Told You I Wanna Die | BTS Malayff :- http://my.w.tt/UiNb/oYRbSNOjHw Sebelum baca fanfic ini. Length : 12 chapters (Complete...