"Seriously? Tae nak pergi sendiri?" tanya Yoongi, agak risau. Taehyung tersenyum manis dan mengangguk manakala lima sekawan yang berhadapan dengannya itu kelihatan tak setuju.
"Aku tak payah ikut ke?" tanya Jimin, mengharapkan Taehyung berubah keputusan. Sebaliknya Taehyung ketawa kecil sebelum menggeleng membuatkan Jimin mencebik sedikit.
"Nanti Tae takkan sorokkan apa-apa dari kitorang, kan?" tanya Hoseok, nadanya agak ragu-ragu. Taehyung memandang abangnya yang seorang itu, diikuti yang lain. Belum sempat Taehyung menjawab, Jungkook mencelah.
"Hyung, bagilah Kook ikut hyung. Please?" Jungkook seperti merayu. Taehyung ketawa kecil dan dia memeluk tubuh. Kali ini Namjoon pula membalas.
"Maja. Bagilah kitorang ikut. Tak payahlah pergi sorang. Kitorang janji kitorang tak--"
"Bangtan" panggil Taehyung, memandang semua dan kata-kata Namjoon terputus. Taehyung menggelengkan kepala dan senyuman tak hilang dari bibirnya.
"Kenapa nak over sangat ni?" tanya Taehyung.
"Tae nak pergi checkup je"
Taehyung menoleh, memandang bilik doktor personal yang betul-betul di belakangnya itu seketika sebelum memandang kawannya semula. "Bukannya nak pergi merantau" sambungnya lagi.
Sudah hampir 15 minit mereka berada di hadapan bilik doktor itu selepas Taehyung bertegas untuk masuk dan dengar penerangan doktor seorang diri. Yang lain kelihatan mahu memberontak, entah kenapa tapi mereka nak sangat ikut Taehyung masuk. Taehyung sendiri tak faham kenapa.
"Tak kisahlah merantau ke, memantau ke, kitakan satu group. Kenalah sentiasa sama-sama" Jimin berontak dengan nada agak keanak-anakkan membuatkan Taehyung ketawa. Macam-macam lah.
"Whatever guys. I'm in" kata Taehyung dan dia berpusing untuk masuk ke dalam bilik doktor.
"Yah!" jerit lima kawannya serentak.
Kaki Taehyung terhenti. Dia memandang orang yang bersandar pada dinding sebelah pintu itu. Taehyung terkedu seketika sebelum tersenyum sedikit dan menggeleng kepala. Jin tersengih comel.
"Hyung boleh ikut, kan?" tanya Jin. Taehyung ketawa kecil.
---
"FPP?" ulang Taehyung, agak terpinga-pinga. Dr.Hwang mengangguk sebelum menyambung kata-katanya.
"Fantasy Prone Personality. Keadaan di mana Tae tersekat antara dunia reality dan imaginasi Tae sampaikan Tae tak boleh bezakan. Biasanya perkara ni berlaku disebabkan sesuatu fobia yang teruk. Bila tengok keputusan kesihatan Tae, memang logiklah untuk Tae terima FPP lepas dah koma 2 bulan sebab kematian abang Tae" terang Dr.Hwang tenang. Taehyung terdiam seketika sebelum memulakan kata-katanya.
"Waktu Tae koma, Tae dapat vision" kata Taehyung, seperti memulakan penceritaan. Dr.Hwang kelihatan fokus mendengar. Taehyung memandang pehanya seketika.
"Vision tu betul-betul rasa macam real. Rasa macam... Tae memang hadapi situasi tu. Macam..."
Macam Tae memang bunuh diorang.
"Mungkin sebab tu Tae mengalami FPP sekarang. Sebab Tae dah hidup dalam mimpi koma Tae terlalu lama, Tae rasakan yang perkara tu real. So bila Tae bangun dari koma, fikiran Tae keliru antara dua situasi" kata Dr.Hwang, memotong kata-kata Taehyung. Taehyung mengangguk faham walaupun mata masih memandang pehanya, dan kemudian dia ketawa kecil sendiri.
"Or mungkin Tae nak sangat benda tu berlaku...
Tae nak sangat semua orang mati and jumpa dekat dunia selepas mati...
Sampaikan Tae ingat perkara tu betul-betul berlaku" kata Taehyung begitu perlahan. Dr.Hwang menjadi sedikit tanda tanya.
"Apa dia Tae cakap?" tanya Dr.Hwang. Taehyung diam sebentar sebelum dia mengangkat kepala memandang doktor itu.
"By any chance, FPP ni akan pergi ke?" tanya Taehyung. Dr.Hwang humming seketika sebagai jawapan sebelum dia membalas dengan kata-kata.
"Boleh. Kalau Tae abaikan atau tak layan fantasy atau imaginasi Tae, fikiran Tae akan--"
"Tak nak" jawab Taehyung, mencelah penerangan Dr.Hwang. Doktor yang agak berumur itu menjadi terpinga-pinga. "Nae?"
"Tae tak nak abaikan" kata Taehyung dan fikirannya melayang teringatkan Jin. Dia tersenyum.
"Perkara ni tak mengganggu komunikasi Tae dengan sesiapa, so Tae tak nak FPP ni hilang" jawab Taehyung penuh yakin dan Dr.Hwang terkedu seketika sebelum tergelak kecil.
"Tae ni betul-betul alien" kata Dr.Hwang. Taehyung tergelak dan doktor itu kemudian turut ketawa bersamanya.
Setelah berbincang lagi sedikit dengan doktor, akhirnya Taehyung meminta diri untuk keluar. Dr.Hwang sempat memberikan nasihat ringkas sebelum Taehyung melangkah keluar dari pintu biliknya.
Taehyung menutup pintu perlahan, diam seketika dan akhirnya dia mengeluh kecil. Senyuman hambar terukir di bibirnya. Dia kemudian pusing, mencari kawan-kawannya dan dia ternampak mereka di tembok luar hospital. Baru sahaja dia hendak menapak, fikirannya dimasuki satu memori.
V bersandar pada tembok di luar hospital itu. Dia mengeluh dan memandang langit yang semakin mendung.
Kemudian dia terdengar bunyi seseorang berlari ke arahnya. "Yah, V--"
"Dah nak hujan" V mencelah kata-kata Jimin yang berdiri di sebelahnya. Jimin terdiam seketika sebelum dia turut pandang ke langit. Jimin memandang semula ke arah V. "V, kau tahu ke yang Jin hyung akan pengsan tadi?"
V tergelak kecil. "Jimin-ah" dia menoleh ke arah Jimin. "Aku bukan Oracle, boleh tengok masa depan or whatsover." sambungnya. Jimin terdiam seketika. "Dah tu kenapa kau menangis tadi?"
Mata V memandang ke bawah seketika sebelum dia memandang permandangan dari luar hospital itu dan mengeluh. "Pergi masuk" katanya dan dia memandang Jimin semula. "Kau akan tahu sebabnya"
Dan sekali lagi V memandang ke arah langit. Mereka berdua senyap sebelum Jimin melangkah masuk. V mengeluh. Dia menoleh dan memandang Jimin yang berlari anak masuk ke dalam hospital. Dia diam seketika sebelum berlalu pergi.
Taehyung hampir terjatuh kerana tidak stabil dan dia terus kembali ke realiti. Dia terdiam seketika, nafas agak tidak stabil dan dia mengambil masa sebelum mengeluh kecil. Tiba-tiba wajah sedih terpampang di riak wajahnya.
Dia terus melangkah pergi dari situ menggunakan pintu lagi satu tanpa kawannya yang lain perasan.
---
Taehyung diam, memandang aiskrim di tangannya tanpa memikirkan orang sekeliling di taman berdekatan dengan hospital itu. Dia sedang duduk di atas sebuah bangku, dan dia memandang kosong aiskrim kon vanila yang hampir mengalir dari konnya.
"Waeyo? Tae tak beritahu orang lain yang Tae dah habis checkup" Jin mengambil tempat duduk di sebelah Taehyung. Taehyung tidak membalas mahupun response kepada Jin, sebaliknya masih tunduk melihat aiskrimnya yang sudahpun menitis ke tanah. Jin terdiam seketika.
"Taehyung-ah..."
"What happened....actually?"
Jin tersentak mendengar suara Taehyung yang bergetar menahan sebak. Taehyung kini memandang tanah, aiskrim di tangan dibiarkan cair tanpa di makan. Air matanya menitis sebelum dia menoleh dan memandang Jin. Reaksinya kelihatan agak takut membuatkan Jin menjadi risau.
"Apa jadi dengan hyung? Kenapa hyung tinggalkan kitorang? Kenapa mesti Vv yang tak ingat apa-apa?" tanya Taehyung dan air matanya mengalir. Jin terdiam seketika sebelum tersenyum lemah.
YOU ARE READING
[C] Save Me [ITYIWD Book 2] | BTS Malay Fanfic
Fanfiction"Thanks sebab tak biarkan hyung dekat sini sorang-sorang" "Tapi Tae bukan tuhan yang boleh ubah takdir" NOTE : Please Read I Told You I Wanna Die | BTS Malayff :- http://my.w.tt/UiNb/oYRbSNOjHw Sebelum baca fanfic ini. Length : 12 chapters (Complete...