Six

3.4K 388 14
                                    

Taehyung perlahan-lahan naik ke tingkat atas, memandang sekeliling seolah-olah setiap bahagian yang dia pandang, akan ada memori tersendiri. Jungkook mengekorinya dari belakang, perhatikan Taehyung yang mengukirkan senyuman kecil. Tiba-tiba Taehyung teringat sesuatu.

'Dorm Bangtan, bilik Jimin'

Taehyung terus toleh memandang Jungkook yang reaksinya menunjukkan dia sedia menjawab soalan Taehyung. Taehyung diam sejenak.

"Kook-ah, mana bilik Jimin?" tanya Taehyung. Jungkook tersenyum untuk menjawab tapi sebelum sempat dia menjawab, dia dengar Hoseok memanggilnya dari tingkat bawah.

"Kook, sini kejap tolong hyung!"

"Okay!" jerit Jungkook ke arah tangga sebelum dia memandang Taehyung semula dan tersenyum.

"Hyung pergi dekat bilik belah kanan hujung sekali. Kalau hyung buka pintu, hyung akan nampak alas kaki warna coklat depan pintu. Tulah bilik Jimin hyung" terang Jungkook sambil tangannya tunjuk ke arah sebuah pintu yang berada di hujung barisan pintu belah kiri.

"Kook nak tolong Hope hyung kejap. Nanti Kook naik balik" sambungnya dan dia terus turun tanpa menunggu jawapan Taehyung. Taehyung memandang pintu itu dan kakinya dengan perlahan menapak ke arahnya.

Pintu dibuka dan Taehyung terus memandang bawah menampakkan alas kaki berwarna coklat yang tertulis 'Welcome!' di atasnya. Taehyung tanpa response melangkah masuk, matanya mula memerhati keadaan sekeliling. Apabila dia memandang katil, otaknya memainkan satu babak yang agak familiar.

' V meletakkan Suga di atas katil Jimin. Suga lena tertidur selepas V meletakkan ubat di dalam air tehnya. V turun semula dan dia membasuh cawan milik Suga dan dia.

Dia naik semula ke bilik Jimin. Suga masih tertidur. Kemudian dia memandang botol minyak di sebelah pintu bilik Jimin. Dia pergi ke arah botol itu dan menyangkung untuk membuka penutupnya.

Dia kemudian mengangkat botol itu dan mula menyimbah di seluruh bilik Jimin termasuk katil dan tubuh Suga. Dia membaling botol kosong itu di lantai. Nafasnya turun naik.

Dia menukar pakaian di biliknya dan pakaiannya tadi dicampak ke dalam bilik Jimin. Dia menghidupkan lighter yang dipegangnya dan terus dicampak ke dalam bilik Jimin. Bilik itu mula dipenuhi api dan V terus meninggalkan dorm itu. '

Taehyung seakan-akan tersedar dari lamunan, dan dia terus memandang sekeliling bilik itu dengan reaksi agak terkejut, memastikan bilik itu tidak terbakar. Selepas tersedar yang semua itu dalam fikirannya, dia mengeluh lega.

Dia membuat keputusan untuk keluar tetapi kemudian dia terperasan ada pintu lain dalam bilik Jimin itu. Pintu itu membuatkan Taehyung tertanya-tanya. Dia terus menghampiri pintu itu dan membukanya, menampakkan tandas milik Jimin.

Dia memandang sekeliling sebelum dia terdengar bunyi titisan air menitis membuatkan dia menoleh. Bunyi titisan itu datang dari kepala paip yang berada di tab mandi Jimin. Taehyung diam seketika dan sekali lagi otaknya memainkan satu babak.

' Air sudah mulai dalam tub mandi milik Jimin. V masuk dengan Jimin yang didukungnya. Pelipat bahagian belakang lutut dan belakang dada Jimin diangkatnya menggunakan lengan bawah.

V memandang riak wajah Jimin yang tenang tertidur sebelum dengan perlahan dia memasukkan Jimin dalan tub itu.

Dia memandang Jimin yang tak bergerak langsung itu. Air dengan perlahan membasahi dan menimbus badan Jimin. V berjalan keluar dari bilik Jimin sebelum air melimpah. Dia kemudian menggunakan telefon Jimin untuk menghantar mesej kepada Suga.

To : Yoongi Appa
Hyung... I'm so sorry. Jimin tak dapat tahan sakit ni. Maafkan Jimin,hyung.

V menghantar tepat jam 11:16. Dia meletakkan telefon bimbit itu disebelah tub mandi dan dia berlalu pergi. '

[C] Save Me [ITYIWD Book 2] | BTS Malay FanficWhere stories live. Discover now