Fin

3K 341 40
                                    

*flashback*

"Kim Taehyung?" manager Bangtan melangkah masuk ke dalam pejabat apabila dia dipanggil mengatakan V mahu berjumpa. V mengangkat kepala, dan dia tersenyum lemah ke arah manager. Manager membalas senyumannya.

"Ada apa ni?"

V diam, senyumannya menghilang apabila dia teringatkan Jin di hospital. Jin sakit. V tak suka perasaan risaunya begitu.

"Hyung..."

"Boleh tak kalau Tae tak pergi sched hari ni?" tanya V. Jejaka yang lebih tua dari V itu mengerutkan dahi, menandakan yang dia perlu penjelasan. V mengeluh kecil.

"Malam ni semua bangtan ada sched. Tak ada sesiapa jaga Jin hyung. So, Tae nak jaga dia. Malam ni je" kata V seperti merayu. Manager bangtan itu terdiam agak lama.

---

Dia melangkah masuk ke dalam hospital dan terus menuju ke wad Jin. Dia membuka pintu, melihat Jin yang tertidur. V tahu yang Jin tidur bukan sebab diberi sedative, tetapi dia masih tidak mahu mengejut jejaka itu.

V duduk di kerusi bersebelahan dengan katil Jin, matanya tak beralih daripada muka pucat Jin. Dia mengeluh kecil dan memandang bawah, mendiamkan diri sehinggalah satu suara menegurnya.

"Tae?"

V mengangkat kepala, terkejut apabila melihat Jin terjaga. Jin pada yang sama juga terkejut melihat V berada di situ.

"Tae, kenapa--"

"Tae ganggu hyung tidur ke?" V memotong kata-kata Jin. Jin terdiam seketika sambil menggeleng perlahan, mukanya terserlah menunjukkan yang dia keliru. V tersenyum lemah.

"Hyung keliru ke? Tae ada dekat sini sebab Tae nak jaga hyung lah. Tae dah cakap dengan manager hyung yang Tae takkan datang schedule malam ni" kata V tenang. Sejujurnya, dia tahu yang Jin takkan suka dengan rancangannya.

Jin menghulurkan tangan dengan sangkaan V yang lelaki itu akan memukulnya, jadi dia menutup mata rapat. Tetapi sebaliknya Jin memegang tangan V. V terkejut, membuka mata memandang Jin.

"Aigooo Taehyungie kita ni memang baik" puji Jin, semakin kuyu kelopak matanya. V terus berlinangan air mata.

"Gumawo-ya, Vv" kata Jin. Dia sangat memahami kenapa V lakukan sedemikian. V tidak mahu dia sengsara dengan penyakitnya seorang diri. Itu yang pasti.

"No" kata V. "Gumawo" sambungnya. Jin tersenyum. Dia menurunkan tangannya dan sambung tidur tidak lama kemudian.

---

V melihat jam di tangan, 6:32 pagi. Dia memandang Jin yang masih tidur itu dan dia tersenyum lemah. Lantas dia berdiri dari kerusi, telefon dimasukkan ke dalam poket seluarnya.

"Hyung, Tae balik kejap, okay? Tae nak mandi. Nanti Tae datang balik secepat mungkin, eoh?" kata Taehyung perlahan, tanpa mengejut Jin. Dia menatap Jin agak lama sebelum bertindak keluar dari wad itu dan pulang ke dorm.

---

"Finally" sebut V selepas dia turun dari kereta mereka yang dipandu Namjoon tadi. V pada asalnya hendak kembali ke hospital sendiri, tetapi Bangtan yang lain berkeras untuk pergi bersama membuatkan V lambat 30 minit daripada apa yang dia rancang.

Mereka bergerak masuk ke dalam hospital dan pergi ke wad Jin. Jungkook membuka pintu wad Jin sebelum terkejut. Yang lain menjengah ke dalam.

Seluruh badan Jin sudah pun dilitupi selimut.

"Hyung!" jerit Jungkook dan air mata mereka membentuk dan mengalir tanpa paksa. Jungkook terus berlari dan memeluk tubuh Jin. Mereka turut menghampiri katil Jin.

[C] Save Me [ITYIWD Book 2] | BTS Malay FanficWhere stories live. Discover now