Teaser 7.

9.4K 430 26
                                    

"Apa Tuan Adriy buat ni? Awak kata tak mahu orang tahu? Tapi ini apa?" Awaanis mendengus kasar. Matanya mencerlung tajam pada Adriy.
Adriy hanya tersungging senyum senget. Badannya ditegakkan. Langkah mula merapat pada Awaanis.
Kalut Awaanis mengundur. Bimbang Adriy bertindak lebih seperti tadi.
Tapi malang juga baginya. Belakang lututnya tersadung kerusi.
Awaanis pejamkan mata. Tapi laju saja tubuhnya diraih Adriy.
"You love it huh?" Adriy senyum senget.
Awaanis tahan dada Adriy.
"Apa?" Bercantum keningnya mendengar ayat lelaki itu.
"Awak memang suka kan kena peluk dengan saya? Haa Wifey?" Bisik Adriy mendekat ditelinga isterinya itu. Suka melihat wajah tegang si gadis.
Awaanis tergamam. Sepantas kilat tubuh sasa itu ditolak.
"Jangan perasan!" Marahnya lalu membuka langkah menuju ke muka pintu.
"Wifey!" Panggil Adriy mematikan langkah Awaanis.
"Apa?" Kasar Awaanis menjawab panggilan itu tanpa menoleh kebelakang.
Adriy tergeleng kecil. Comel sekali gaya Awaanis membentak. Tapi wajahnya diseriuskan kembali.
"Jangan makan lagi dengan budak lelaki tu. Remember. You're my wife walaupun masih dirahsiakan saat ni. Saya rahsiakan pernikahan kita bersebab. Cukup awak tahu saya tak berniat untuk rahsiakannya selamanya. Jadi, tolong jaga imej awak untuk itu."
Awaanis mengerutkan dahi. Wajahnya dipaling pada Adriy yang sudah duduk dikerusinya semula.
"Siapa? Zikri?" Terangkat kening Awaanis menyoal lelaki itu.
"Zikri or what. Saya tak mahu mana-mana lelaki dekat dengan awak. Faham wifey?" Adriy memberi amaran. Mata helang itu menyambar figura isterinya yang berdiri tegak didepan muka pintu menghadapnya.
Awaanis kembali panas hati. Dia buat apa? sekadar makan bersama di kantin, apa masalahnya? Bukannya dia makan berdua bersama Zikri. Ada Rubi dan juga Sabrina selalunya.
Kakinya mendekat kembali di hadapan meja Adriy.
"Imej saya? Habis tu imej awak sebagai suami? Tak perlu jaga? Bergelak tawa dengan perempuan lain boleh pulak?" Bertubi-tubi Awaanis menghamburkan kemarahan.

"Imej saya? Habis tu imej awak sebagai suami? Tak perlu jaga? Bergelak tawa dengan perempuan lain boleh pulak?" Bertubi-tubi Awaanis menghamburkan kemarahan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Big Boss, I Need You. ( Sudah Terbit)Where stories live. Discover now