Teaser 8 ( Campak²)

9.3K 395 23
                                    

Adriy tepuk dahi. Terkocoh-kocoh mendapatkan isterinya.
'Oh my clumssy wifey.'
Nak gelak tapi simpati pula. Aduhai isteri!
"Macam mana boleh jatuh? Itulah lari lagi tinggal saya sorang-sorang kat belakang." Tak dapat menahan bibirnya dari meleteri si isteri. Siapa suruh laju tinggalkan dia dibelakang tadi? Tak fasal-fasal jadi si duyung yang terperangkap dalam pukat!
Berhati-hati dia cuba membetulkan pukat yang telah melingkari kaki Awaanis.
"Awak... Kaki saya sakit.." Awaanis rasa mahu menangis. Sakit dipegelangan kakinya bukan kepalang.
Adriy telan liur mendengar rengekan itu. Terasa menggoda betul. Apatah lagi kain baju kurung wanita itu sudah tersingkap menampakkan betis putih gebunya.
Wajah diangkat memandang sang isteri. Tersekat lagi liurnya bila melihat figura itu melintuk liuk cuba keluar dari pukat itu.
Wajah kebasahan itu diperhati tanpa berkelip. Bibir yang menggigil basah. Matanya melorot pula kebawah. Tudung yang dipakai wanita itu sudah tersingkap ke atas. Baju kurung yang dipakai Awaanis sudah melekap ke badan. Menampakkan lengkuk tubuh wanita itu. Seksi.. dan menyeksakan naluri lelakinya. Cepat tangan meraup muka!
"Awak! Termenung apa lagi? Cepatlah tolong saya. Sakit tau!"
Suara Awaanis sudah tenggelam timbul memekik dalam deruan hujan. Boleh pula lelaki itu termenung!
Cepat-cepat Adriy membantu meleraikan pukat-pukat yang tersangkut pada isterinya. Boleh pula dia berfikiran yang tidak-tidak saat itu.
"Boleh berdiri tak?" Tangan dihulur kebawah ketiak Awaanis. Membantu wanita itu untuk bangun berdiri.
Elok saja berdiri. Tangannya spontan menarik pinggang Awaanis rapat ke dadanya. Jantung sudah berdegup laju.
Awaanis laju memaut leher lelaki di hadapannya itu. Nafas terasa tersekat. Kedudukan mereka begitu rapat. Dadanya sudah bertemu rapat ke dada lelaki itu.
Mereka terdiam. Saling merenung antara satu sama lain. Hujan yang masih mencurah kebumi seolah membawa mereka ke satu demensi dimana penuh warna yang dinamakan cinta.
Wajah Adriy makin mendekat ke wajah wanita itu. Katalah apa saja. Dia tak mampu membendung rasa dihati lagi.
Baru sahaja bibirnya mencecah permukaan bibir basah isterinya..
" Ya Allah. Budak-budak ini. Apa di buat dalam hujan tu!"
Spontan Adriy terlepas pegangan pada pinggang Awaanis.
Awaanis hilang imbangan. Bedebuk! Sekali lagi dia jatuh ke lantai jeti.

😂😂😂😂
Tak habis-habis sengal ubinya. 🤦 Sian Awaanis. Dah jatuh. Kena gigit nyamuk besar pulak. Mujur nyamuk handsome. ( Teaser bergambar.) 🤣

#BBINY
#Bigbossineedyou
#Lovenovelpublication
#Mellmariann

#BBINY#Bigbossineedyou#Lovenovelpublication#Mellmariann

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Big Boss, I Need You. ( Sudah Terbit)Where stories live. Discover now