Teaser 2 ( Pre Order dibuka )

14.9K 411 31
                                    

TEASER 2

“Jom,” ajak Adriy dengan muka yang tidak berperasaan.
“Jom apa?” tanya Awaanis lurus. Jelas kerutan di dahinya mendengar ajakan sepatah lelaki itu.
“Jumpa ayah awak.” Adriy angkat kening sebelah. Melopong Awaanis dibuatnya mendengar jawapan Adriy.
“Tuan Adriy, awak gila ke? Cuba tengok jam mahal kat tangan Tuan Adriy tu sekarang sudah pukul berapa.” Mulut Awaanis terjuih pada pergelangan tangan Adriy. Lelaki itu berpakaian t-shirt lengan panjang yang disingsing hingga ke paras lengan.
“Awak kata saya gila? Saya rasa awak lagi gila, girl.” Adriy masukkan tangan ke dalam poket seluar khakisnya.
“Dah kenapa pula saya yang gila?” Awaanis kecilkan mata merenung wajah Adriy.
“Yalah. Mana ada perempuan balik rumah tengah malam begini. Dah, jangan banyak cakap. Masuk dalam kereta. Saya hantar. Free of charge! Saya bukan bawa Grab. Jangan risau.”
Mata Awaanis semakin mengecil. Bibir dikemam geram. Rasa nak cekik-cekik lelaki itu. Dia balik malam sebab kerjalah! Bukan buat perkara bukan-bukan. Bukannya lelaki itu tidak tahu. Boleh pula dia yang dilabel gila.
“Saya boleh balik jalan kaki. Rumah saya dekat je dari sini,” tolak Awaanis. Langkah diorak kembali.
“Cik Awaanis, sila masuk dalam kereta atau awak nak saya seret awak masuk dalam kereta?” ugut Adriy sebelum Awaanis melangkah pergi.
“Fine!” Awaanis menjulingkan mata ke atas. Sebal.Diputarkan kembali langkahnya mengarah ke pintu kereta yang telah dibuka Adriy. Punggung dihenyak kasar dengan wajah mencuka.
“Awak ni memang degil, kan?” Adriy mengecilkan mata mencerlung wajah gadis itu apabila punggungnya dihenyak ke tempat duduk pemandu.
“Dah tahu, kenapa nak juga kahwin dengan saya?” balas Awaanis selamba. Tangan disilang ke dada.
“Nak tahu kenapa?” Soalan dibalas soalan. Adriy menghidupkan enjin kereta.
“Sebab Tan Srilah. Sebab apa lagi, kan?” Awaanis tersenyum sinis. Eleh, macamlah dia tak tahu lamaran Adriy tu berkepentingan. Biasa sangat. Cucu orang kaya, tentulah hendak kaut harta datuknya.
“Ya. Salah satunya... Tapi ada satu lagi sebab.” Adriy tersenyum senget.
Awaanis menjeling kepada Adriy seolah tertarik dengan kenyataan yang bakal dibuat Adriy.
Adriy dekatkan wajahnya pada telinga Awaanis.
“Sebab... saya suka perempuan degil macam awak ni. Terasa cabarannya,” bisik Adriy lunak. Siap dengan memek muka teruja.
“Dahlah. Cepat hantar saya balik. Tentu adik saya dah tidur.” Cepat-cepat Awaanis alihkan tumpuan Adriy. Bahaya sungguhlah lelaki ini. Main bisik-bisik pula! Meremang lehernya mendengar jawapan big bossnya itu.

🌼🌼🌼

Lai! Lai! Siapa yang nak order BBINY cepat-cepat WhatsApp M. Pre order dibuka hingga 31/12.

Untuk yang nak beli kombo dengan SEMANIS MIMPI n LCS pun boleh

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Untuk yang nak beli kombo dengan SEMANIS MIMPI n LCS pun boleh. Tapi ini stock terhad dengan M. Siapa bayar dulu dia dapat.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Big Boss, I Need You. ( Sudah Terbit)Where stories live. Discover now