Teaser 4

10.5K 413 3
                                    

Awaanis menyembam muka ke dada Aiman.
"Ni semua salah kakak. Kakak yang buat ayah rungsing." Tangisannya makin menjadi-jadi.
Aiman mengusap belakang kakaknya itu.
Terkejut bukan kepalang bila Awaanis menghubunginya dengan esak tangis.
Encik Aziz diserang sakit jantung.
Aiman pimpin kakaknya lalu didudukkan di kerusi menunggu.
"Kakak Istighfar banyak-banyak. Insya-Allah ayah akan baik-baik saja. Man pergi beli air untuk kakak sekejap ya? Dah. Jangan menangis lagi. Doa banyak-banyak untuk ayah." Aiman cuba memujuk walaupun dia sendiri risau dengan kondisi ayah mereka.
Awaanis hanya mengangguk. Dia juga tak mahu Aiman risaukan dirinya.
Aiman menepuk bahu kakaknya perlahan dan berlalu pergi.
Awaanis hanya memerhati langkah Aiman yang menghilang di sebalik dinding. Dia menghela nafas sebelum pandangannya kembali berkabur air mata.
Tadi kata doktor ayahnya terpaksa menjalani pembedahan pintasan jantung dengan segera dimana kos yang diperlukan melebihi 75 ribu ringgit Malaysia.
Awaanis semakin buntu. Dimana dia dapat mencari sejumlah wang yang begitu banyak dalam kadar segera ini. Sedangkan hidup mereka hanya sekadar cukup makan.
Tangan dibawa menekup muka. Air matanya semakin merembes laju. Tiada daya untuk menanggung ujian ini lagi.
Awaanis dengar derap kaki menghampirinya. Perlahan wajahnya diangkat.
Adriy Eilman..
Adriy berdiri tegak dihadapan gadis itu. Sebaik saja dia mendapat berita tentang apa yang berlaku pada bapa Awaanis. Dia bergegas ke sini. Mencari kelibat gadis itu.
Gadis itu tertunduk menangis sedih keseorangan.
Seketika, mereka saling bertatapan. Anak mata gadis itu berlinang dengan air jernih. Pipi mulus itu sembab dan basah dek hujan yang mengalir tanpa henti.
"Do you want me to help you?"
Awaanis semakin hiba mendengar pertanyaan itu. Kini, hanya lelaki dihadapannya itu yang boleh membantunya.
Awaanis tertunduk menekur ke lantai takdir yang bakal merubah hidupnya.
"Please help me.." Bergetar suaranya melontar permintaan itu. Pedih. Kerana kali ini dia tidak mampu berdiri sendiri.
"Then, will you marry me?"

Big Boss, I Need You. ( Sudah Terbit)Where stories live. Discover now