Teaser 6

9.5K 413 22
                                    

Abam tak sengajalah uols. 😳😂

***

“Itulah kau.. Kerja-kerja juga, tapi ada hadnya. Kan tak fasal-fasal rugi dah. Buat malu je.” Suara di sana sudah tergelak-gelak.
Adriy mengusap rambutnya dengan tuala kecil. Leher dipanjangkan melihat muka pintu. Telinga masih melekap telefon bimbit.
“Aku pun tak sedarlah. Letih sangat kut aku. Kau tahulah kerja aku. Lagipun kau pun tahu prinsip aku.” Suara diperlahankan sedikit. Bimbang didengari si isteri yang sedang berada di dapur.
“Prinsip apalah kau pakai ni? Dia halal untuk kau apa. Kalau aku tak tunggu dah, ngap terus!”
Adriy merengus. Bukan Hazriq tidak tahu tentang prinsipnya yang satu itu. Sahabatnya yang seorang itu sajalah yang tahu segala rahsianya.
“Ke kau ni geng kunyit. Kau jangan... aku tak mengaku kawan nanti.” Terlepas tawa Hazriq. Tak terbayang rasanya Adriy itu songsang. Tak habis dengan prinsip semuanya harus dengan kasih sayang. Dah kalau tidak berkasih sayang, kenapa mahu kahwin juga?
Hazriq langsung tak faham dengan Adriy. Mana nak datangnya sayang kalau hati langsung tak mahu dibuka? Atau hati memang sudah terbuka? Cuma Adriy yang belum menyedarinya.
“Hoi, agak-agaklah! Dahlah malas aku cakap dengan kau ni. Bye!” Adriy ketap bibir. Langsung dimatikan panggilan. Agak-agaklah mahu samakan dia dengan jenis manusia yang suka hubungan sejenis itu. Dia masih lelaki sejati!
Awaanis yang sedang menyediakan sarapan laju menapak ke bilik apabila mendengar tempikan suaminya.
“Awak okey ke?” Jengah Awaanis dari muka pintu.
“Huh? Okey, okey. Ada apa sayang?” Adriy palingkan badan ke muka pintu.
Awaanis tergamam. Mata membulat besar. Segera pintu ditutup semula.
Dada dipegang menahan debar di sebalik pintu. Adriy gila! Suaminya itu sudah gila! Tidak cukupkah buat dia malu malam tadi? Sekarang berkali ganda lagi!
Adriy terpinga-pinga. Kenapa pula dengan isterinya itu? Kaki menapak ke cermin. Ingin menyambung bersiap. Seketika kemudian, matanya pula yang membulat. Pantas tuala di lantai dicapai. Macam mana boleh tak perasan ni? Aduh!
Wajah diraup berkali-kali. Terasa membahang pipi sendiri. Ah, lantaklah! Awaanis kan isterinya. Hendak malu apa? Tapi...

*****

Adriy berdeham kecil apabila melihat Awaanis sedang duduk di kerusi meja makan sambil menggigit kuku.
Awaanis tersentak. Pantas dia bangun berdiri. Malu mahu berhadapan dengan Adriy. Terbayang-bayang hal tadi. Serta-merta wajahnya bagai disimbah air panas.
“Err... awak, makanlah. Saya pergi kerja naik teksi.” Awaanis cepat-cepat ingin berlalu. Tidak betah dia mahu berhadapan dengan suaminya saat ini. Belum sempat dia melintasi Adriy, lengannya lebih dahulu disambar Adriy. Langsung tertarik jatuh ke riba lelaki itu.
“Siapa izinkan awak naik teksi?” Adriy merenungnya tajam.
Gulp! Liur ditelan kesat.
“Err... awak si... sibukkan?” Jantungnya benar-benar nak terloncat sekarang ni. Tolonglah! Mana oksigen?
Adriy sembunyi senyum. Menahan gelak melihat wajah merah padam isterinya itu.
“Sibuk. Tapi... rasa macam nak abaikan sibuk tu sekarang.” Adriy semakin dekatkan wajahnya. Tiba-tiba hatinya tidak tahan melihat si isteri yang malu-malu saat ini.

#BBINY
#MellMariann
#Lovenovel

Big Boss, I Need You. ( Sudah Terbit)Where stories live. Discover now