Teaser 3

10.9K 409 10
                                    

Eh! Eh! Big Boss ni. Tak baik tau! Merenyam yeeee... 😆

TEASER 3

"Ada hal apa ya Tuan ajak saya ikut Tuan?" Awaanis berpaling menghadap Adriy.
Serta merta Adriy berdeham. Tangan di kepal dan diletakkan ke bibir sebelum dijatuhkan dan dimasukkan ke dalam poket.
"Bagi handphone awak pada saya," arah Adriy dengan wajah serius.
Awaanis terlopong.
"Nak buat apa?"
"Bagi sajalah.." Adriy keluarkan tangannya sebelah dan menadah pada Awaanis.
Berkerut dahi Awaanis. Dah kenapa pula?
"Saya tanya nak buat apa?" Tekan Awaanis berani. Kepala didongakkan menentang Adriy. Jangan fikir lelaki itu seorang CEO. Adriy boleh berbuat sesuka hati dengannya.
Adriy melangkah setapak mendekati Awaanis. Menayang senyum nakal.
Awaanis mula cuak. Kepala terteleng kiri dan kanan. Mencari kelibat manusia. Ok! Tak ada. Gulp!
Kakinya mengundur selangkah.
Apa boleh buat kanannya loker. Kirinya juga loker dan belakangnya pula dinding. Ruang antara semua itu agak sempit.
Adriy melangkah lagi setapak demi setapak hingga belakang tubuh gadis itu melekap ke dinding.
"Tuan Adriy jangan macam-macam. Saya tahu karate!" Awaanis silangkan tangannya gaya mahu berlawan.
Adriy ketawa lepas. Comel betul tingkah gadis itu. Mahu saja dia merakamnya dan simpan buat dia menatap bila teringatkan gadis itu. Erk?
Adriy kembali membersihkan  tekaknya sebaik melihat Awaanis yang terpinga-pinga melihatnya ketawa.
"Saya... Nak..."
Adriy jilat bibir bawahnya. Sengaja mengusik si gadis.
Awaanis semakin gelabah bila sebelah tangan Adriy mengepungnya. Lemah lututnya sekarang. Kepala di dongak memandang dimana letaknya CCTV. Harap-harap CCTV itu berfungsi. Walau apapun yang berlaku nanti. CCTV itu yang akan menjadi saksi dia mendapat gangguan seksual dari big bossnya itu.
Matanya dipejam dengan bibir bawahnya digigit kuat. Tangan di silang ke dada. Berdoa Adriy jangan bertindak gila.
Adriy tergamam. Melihat wajah itu dari jarak sehampir ini buat jantungnya berdegup kencang.
Dengan gaya Awaanis yang menggigit bibir. Adakah gadis ini sedang menggodanya? Jangan sampai dia pula yang gigit bibir itu. Haih!
Pantas dia menjarakkan kembali kedudukan mereka.
"Saya nak nombor telefon awak."
Awaanis buka sebelah mata sebelum kedua matanya membulat.
Itu saja? Lelaki itu menduganya sebegitu hanya kerana mahukan nombor telefonnya?
Awaanis merengus kasar. Adriy sudahpun berjarak darinya.
"Nak buat apa nombor saya? Tak perlu kut." Awaanis jungkit kening sebelah.
Adriy mencerlung tajam gadis dihadapannya itu. Memang degil!
"Awak nak saya lakukan pencabulan dulu ke baru nak bagi?" Sindir Adriy dengan bercekak pinggang.
Terbuntang mata Awaanis mendengarnya.
"Choii! Yalah! Yalah! Dengar ni.. 019-"
"Saya mintak handphone awak tadi kan?" Pintas Adriy.
"Lah.. Tadi kata nak nombor telefon." Awaanis merengus sebal. Tension betul!
" Awak jangan ingat saya tak tahu. Awak nak bagi nombor ayah awak kan? Tu tak payah risau. Saya dah ada. Sekarang saya nak handphone awak. Cepat!" Adriy tadahkan tangannya lagi.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Big Boss, I Need You. ( Sudah Terbit)Where stories live. Discover now