Ingat babak ni? Dah makin cantik kan olahannya berbanding dulu? Haa.. banyak lagi M ubah bagi kemas okay. Jalan cerita pun ada beza. So, yang pernah baca habis dulu tetap kena dapatkan novel ni. Sebab dah lain.. Makin best. Yang dulu-dulu tu tulis masa zaman hingusan lagi. Hikhik.
Bagi sikit dulu Teasernya ok. Dah bukak pre order. M sambung lagi. 😘
❤️❤️❤️❤️
IKLAN ACAH BBINY ( satu )
Awaanis mengekek sendiri.
‘Jaga ya Rubi. Hari tu kau kenakan aku. Sekarang giliran aku pula.’ Sekejap-sekejap dia menghendap dari balik mesin besar yang diberi nama Trex001 itu.
Dari jauh Awaanis nampak kelibat sahabatnya, Rubi dan Sabrina. Dalam fikiran sudah terbayang latah Sabrina dan riak terkejut Rubi apabila dia menyergah. Mesti lucu!
Mata Awaanis sudah menangkap bayang-bayang yang tiba. Dia bersiap sedia.
Satu.
Dua.
Tiga!
“Huarghhh!” Awaanis julingkan mata sambil menjelir lidah.
“Hahaha. Padan muka!” Ejek Awaanis tanpa melihat figura di hadapannya kerana mata menjuling tadi.
Adriy sentuh dada. Terkejut disergah tiba-tiba. Garang pandangannya melihat figura genit yang menyergahnya itu. Berani gadis itu bermain pada waktu kerja!
Gulp! Mata tertancap pada figura beruniform biru muda di hadapannya. Ini bukan uniform Rubi mahupun Sabrina. Pandangan Awaanis jatuh pula ke hujung kasut milik figura itu.
Gulp! Lagi sekali liur bagai tidak mahu lalu ditekaknya. Safety boot! Mampuslah dia...
Awaanis sudah gigit bibir bawah. Level-level jurutera dan pegawai-pegawai sahaja yang menggunakan uniform sebegitu.
“Ehem!” Suara garau itu berdeham.
Awaanis angkat muka takut-takut. Figura di hadapannya itu mengangkat kening sebelah.
Membesar mata Adriy melihat wajah itu. 'This girl?'
Melihat gadis itu terkebil, Adriy seriuskan mukanya.
“Maafkan saya.” Tanpa pamit terus Awaanis pecut melarikan diri dari situ.
Adriy yang baru mahu membuka mulut mengetap bibir. Dia lari macam itu saja?#comingsoon
#BBINY
YOU ARE READING
Big Boss, I Need You. ( Sudah Terbit)
RomanceBIG BOSS INEED YOU! BLURB: "Marry me." Tak ada angin, tak ada ribut. Tiba-tiba saja dia diajak kahwin. Memanglah Awaanis fikir lelaki tak dikenali itu gila. Ingatkan kisah lelaki itu termati di situ. Tapi lain pula jadinya. Lelaki itu rupanya big b...