HP1

366 42 3
                                    

Park Hyemin kembali ke rumah lamanya. Dia sudah pun berjaya menamatkan pelajarannya di sebuah universiti.

Namun dia berpindah semula ke situ tidak keseorangan.

Seorang kawan di universitinya mengikuti Hyemin ke rumah lama Hyemin. Kim Yeonhee.

"Lepas ni boleh lah kau bawak aku mana-mana tempat yang best" kata Yeonhee.

"Ni tempat kelahiran aku, mestilah ada tempat best"

Kunci pintu dikeluarkan dari kocek dan terus dicucukkan ke lubang kunci pintu.

"Aku nak tanya"

"Tanya lah"

"Kenapa ayah kau tak sewakan je rumah ni ? Jual ke ?" soal Yeonhee.

Hyemin menoleh menghadap Yeonhee.

"Rumah ni ... ayah aku beli guna duit hasil titik peluh dia sendiri. Dah lama keluarga aku tinggal kat rumah ni. Sejak aku belum lahir lagi"

Yeonhee hanya mengangguk.

"Okay faham. Jadi ... rumah ni ... siapa punya ?"

Hyemin terus tersengih.

"Aku punya lah ~"

Yeonhee mencemik.

"Baiklah tuan rumah. Kat mana saya nak tidur ???"

Hyemin menjenguk setiap bilik yang ada di dalam rumah tersebut.

"Kau tidur sini"

Yeonhee mendekati Hyemin untuk melihat bilik yang dipilih oleh Hyemin.

"Ini bukan tempat tidur. Ini tempat kau melabur !"

Hyemin ketawa terbahak-bahak melihat reaksi Yeonhee apabila dia memilih tandas sebagai tempat Yeonhee tidur.

***

"MAKAN !"

Meja makan diserbu oleh Hyemin tatkala Yeonhee menghidangkan makanan di atas meja.

"Anak somalia betul"

Hyemin memekakkan sahaja telinganya.

Yeonhee mengambil tempatnya dan mula makan.

"Hyemin. Rumah sebelah ni dah ada orang ke belum ?" soal Yeonhee.

"Mana aku tahu. Aku tak tengok pun ada orang ke tak"

"Alahhh. Tadi masa aku mandi, aku dengar macam ... bunyi bising lah kat rumah sebelah tu. Sebab tu aku tanya kau ada orang ke tak kat rumah tu. Kalau ada orang, lega lah sikit" cerita Yeonhee panjang lebar.

Tetapi Hyemin sibuk dengan makanannya.

"Hmm anak somalia. Lapar sangat sampai tak dengar apa aku cerita ni"

***

Yeonhee tidur sebilik dengan Hyemin kerana masih berasa takut dengan kejadian yang menimpanya tadi.

Hyemin terjaga daripada tidurnya kerana hendak ke tandas.

Cepat-cepat dia bangun dan menuju ke tandas dengan mata yang separuh tertutup.

Selesai buat apa yang patut, dia terus ke sinki untuk mencuci tangan.

Zreeettt ... zreett

Hyemin kaku di tempat dia berdiri dan membiarkan air paip dari sinki mengalir di tangannya.

Tiba-tiba dia teringat apa yang diceritakan oleh Yeonhee ketika makan malam tadi.

"Bunyi ni ke yang Yeonhee ceritakan tadi ?"

HARAPAN PALSU ↭ L.J.H [BOOK 2]Where stories live. Discover now