"Kenapa tiba-tiba pulak ni ???"
Yeonhee meneruskan kerja mengemas bajunya.
"Alahh nanti aku datang balik. Aku kena balik lah. Ada kecemasan keluarga jadi aku kena balik jugak. Nanti kau ajak lah kawan-kawan kau tu teman kau. Aku balik kejapppp je. Nanti aku datang balik" pujuk Yeonhee.
Hyemin hanya mendiamkan diri.
"Okay takpe lah Hyemin. Nanti aku bawak kan hadiah untuk kau dari sana, okay ? Aku balik kejap je" Yeonhee terus-menerus memujuk Hyemin supaya membenarkan dia untuk pergi selama beberapa hari.
"Pergi je lah. Kenapa pulak aku nak halang ? Keluarga kau keutamaan semua orang kan ? Takpe. Jaga diri tau kat sana" kata Hyemin.
Bersinar-sinar mata Yeonhee ketika itu lalu terus memeluk Hyemin sebelum dia mula beredar.
"Terima kasih tau Hyemin. Nanti aku bawakkan sesuatu untuk kau. Bye !" Yeonhee melambaikan tangannya dan terus meletakkan begnya ke bonet teksi dan melangkah masuk ke dalam teksi.
Hyemin hanya memerhati teksi itu menjauh dari kawasan rumahnya.
"Jadiii Hyeminnn. Kembali ke zaman kau sekolah dulu. Tinggal sorang-sorang" Hyemin bercakap seorang diri.
Dia teringat kata-kata Yeonhee tadi.
"Nanti kau ajaklah kawan-kawan kau teman kau"
Telefon pintarnya dikeluarkan daripada poket seluarnya. Senarai kenalan diteliti satu persatu.
...
"Nanti nanti je lah. Waktu macam ni kan mesti tengah kerja" telefonnya dimasukkan semula ke dalam poket seluarnya lalu menutup pintu.
***
Sedang Hyemin tidur nyenyak, kedengaran suara sayup-sayup yang datangnya dari luar rumah.
Hyemin bangun dengan malasnya. Jam loceng dicapai untuk melihat waktu semasa.
3:00 A.M
"Apa benda lahh bising-bising pagi buta ni" dengan penuh rasa geram, Hyemin bangun dari katilnya dan menuju ke arah pintu untuk melihat keadaan.
Sebaik sahaja pintu dibuka, Hyemin menjegulkan kepalanya.
Kelihatan sebuah teksi di hadapan rumah Jooheon.
"Eh ? Jooheon baru balik ke apa ?" Hyemin bermonolog sendiri.
"Jooheon jangan macam ni ! Cepat mana kunci rumah kau !"
Suara itu amat dikenali oleh Hyemin. Dengan beraninya, Hyemin mengintai pula ke rumah sebelah di sebalik dinding batu yang memisahkan rumah mereka.
Lelaki yang berada bersama Jooheon itu kemudian berlari ke arah teksi untuk membayar tambang dan barulah teksi itu beredar pergi.
Hyemin terus kerja mengintainya sehingga lah ...
"Hyemin ? Masa bila kau balik ?"
Terkejut beruk Hyemin apabila lelaki itu terserempak dengan dirinya.
"Oh betul lah kau Changkyun" kata Hyemin.
Hyemin keluar dari tempat mengintainya dan mendekati Changkyun.
"Ni aku nak tanya. Jooheon tu kenapa ?"
Changkyun hampir terlupa mengenai Jooheon.
"Err ... Dia ... Sebenarnya ... Alamak ..." tiba-tiba Changkyun bertukar gelisah di hadapan Hyemin.
"Dah kenapa kau ni ? Cepatlah. Mana tahu aku boleh tolong. Dia jiran aku jugak"
"Betul ni kau boleh tolong ??? Kejap ek" Changkyun berlari ke arah Jooheon kemudian memapah Jooheon dengan susah payah.