HP7

99 19 5
                                    

Ketika Hyemin melintasi rumah Jooheon, Hyemin ternampak kelibat Jooheon yang sedang duduk seorang diri di laman rumahnya.

"Dah pukul 11 malam kott. Dia buat mende kat situ pulak ?" Hyemin bermonolog sendirian.

Hyemin teringat permintaan Changkyun tadi.

Tanpa membuang masa, dia terus mendekati Jooheon.

"Hai Jooheon"

Jooheon menoleh ke arahnya.

"Oh kau. Ada apa ni ?" balas Jooheon.

"Tak sejuk ke duduk kat luar ni ?"

Jauh di sudut hati Hyemin ... Dia tidak menyangka bahawa dia sendiri akan bertanya sedemikian kepada Jooheon.

"Aku dah biasa"

Jooheon langsung tidak senyum kepadanya.

"Changkyun ada cerita tak siapa pemilik sebenar rumah ni ?" soal Hyemin.

"Kenapa pulak aku nak kena amik tahu sejarah pasal rumah ni ? Kenapa ? Rumah ni dulu ada pemilik yang mengamalkan ritual mistik ? Ada kes bunuh diri ? Ada kes pembunuhan kejam ?"

Hyemin menepuk dahinya.

Banyak sangat tengok cerita hantu dia ni.

"Nampak sangat Changkyun langsung tak cerita"

Hyemin duduk berdekatan di mana Jooheon duduk.

"Rumah ni dulu rumah kawan baik aku. Changkyun pun kenal dia. Dia ni kawan aku dari aku kecik lagi" Hyemin memulakan penceritaannya.

"Dah. Berhenti sampai situ je. Aku taknak dengar apa-apa cerita dari kisah silam kau. Aku tak berminat" pintas Jooheon.

"Okay" Hyemin bangun semula dari tempat duduknya dan mula berjalan meninggalkan Jooheon untuk pulang ke rumahnya semula.

Jooheon hanya memerhati kelibat gadis itu meninggalkankannya. Hatinya mula berasa sedih.

***

"Changkyun !"

Changkyun memandang ke arah si pemilik suara.

"Senior Wonho ?"

"Dah tu siapa lagi kalau bukan Shin Hoseok yang kacak lagi bergaya"

Changkyun membuat muka apabila Wonho berkata sedemikian.

"Masa bila kau balik sini ? Jooheon macam mana ? Okay dah ?" bertubi-tubi soalan yang ditanyakan kepada Changkyun.

"Lama dah aku balik. Jooheon ... Macam tu jugak lah dia. Haih. Geram pulak aku dengan pompuan tu. Dah lah bagi harapan, lepas tu menghilang macam tu je. Ergh" Changkyun menumbuk-numbuk tapak tangannya sendiri kerana geram.

"Hahahah apa kau ingat kaum kita je ke ramai yang buat perangai macam tu ? Perempuan pun ada lah. Nasib baik lah aku ni setia orangnya" sekali lagi Wonho memuji dirinya sendiri lagi.

"Hah ye nasib baik kau setia. Malangnya, sorang pompuan pun tak lekat dengan kau"

Wonho hanya tersengih malu memandangkan dia baru sahaja putus hubungan dengan bekas kekasihnya.

"Hah Changkyun. Aku dengar cerita dari adik aku katanya Hyemin balik sini semula. Betul ke ?" soal Wonho.

"Haah betul lah tu. Memandangkan dia dah ada kat sini, aku mintak tolong dia tengokkan Jooheon sebab mereka berjiran" kata Changkyun dengan selamba badaknya.

"... Berjiran ? Jooheon dengan Hyemin berjiran ?"

"Ya berjiran"

"Jooheon tinggal kat rumah lama Puan Jeon ?"

HARAPAN PALSU ↭ L.J.H [BOOK 2]Where stories live. Discover now