HP6

101 21 1
                                    

FLASHBACK

Changkyun yang ketika itu sedang mengulangkaji apa yang telah dipelajari, dia terdengar bunyi pintu rumahnya dibuka kemudian ditutup semula menandakan ada rakan serumahnya baru pulang.

Changkyun mengemas bukunya dan keluar daripada biliknya.

"Bukan main lama kau pergi dating ya" kata Changkyun.

"Mestilah" Jooheon melabuhkan punggungnya di atas sebuah sofa untuk berehat sebentar.

Changkyun mendekati Jooheon.

"Kau bila nak bagitahu dia yang kau suka dia ?" terjongket-jongket kening Changkyun ketika berkata sedemikian.

"Gunung takkan lari jika dikejar, Changkyun. Nantilah. Bila aku dah bersedia, aku akan luah kat dia" balas Jooheon.

"Bukan apa weh. Lambat-lambat kang kena kebas, kau jugak yang meroyan nanti"

Jooheon mengeluh.

"Entahlah. Aku takut kalau aku sekadar bertepuk sebelah tangan. Aku ni takde apa pun. Biasa-biasa je macam kau. Tapi kau ada rupa. Ramai perempuan suka berkawan dengan kau" Jooheon merendah diri.

"Eh aku berkawan dengan semua orang. Tak lebih dari tu pun. Lagi pun ... Aku dah ada orang lain. Dari zaman sekolah lagi hahaha" tiba-tiba Changkyun tersengih.

"Tengok. Kau dah ada yang nak. Aku ? Entah"

"Jadi diri sendiri je lah, Jooheon. Kita bukan macam perempuan nak kena cover ayu nak dapatkan perhatian kaum kita iaitu lelaki. Kita relaks je. Orang nak dengan taknak je hah. Tapi apa pun, semoga berjaya memenangi hati si dia"

"Terima kasih"

"Okay. Aku nak tidur. Esok kita ada kelas pagi. Kau jangan tidur lewat ye Jooheon. Kau tak bangun, aku simbah air. Selamat malam" Changkyun menapak ke biliknya untuk tidur meninggalkan Jooheon di ruang tamu seorang diri.

Sekali lagi Jooheon mengeluh.

Kepalanya disandarkan ke belakang.

***

Selepas beberapa hari ...

Changkyun hanya memerhati Jooheon yang berada di meja makan. Kepalanya digeleng perlahan. Dia bingkas bangun dari sofa dan mendekati Jooheon.

"Jooheon ? Ada benda yang kau nak cerita kat aku ke ?" soal Changkyun prihatin.

Jooheon memandang Changkyun yang berdiri di sebelahnya.

"Duduklah, Changkyun" pelawa Jooheon.

Changkyun menarik kerusi yang berdekatan dan duduk di atasnya.

"Changkyun. Aku tak tahu dia pergi mana" kata Jooheon.

Changkyun tidak dapat memahami apa yang dimaksudkan oleh Jooheon.

"Aku ... tak faham" kata Changkyun.

"Aku sepatutnya luahkan perasaan aku kat dia tiga hari lepas"

"Jadi ? Macam mana ? Dia terima kau ? Kalau dia terima kau, kenapa kau sedih ?"

Jooheon menggeleng.

"Aku masih tak dapat nak luahkan perasaan aku kat dia lagi" kata Jooheon sayu.

"Kenapa pulak ?"

"Macam mana aku nak luahkan perasaan aku kat dia sedangkan dia sendiri menghilangkan diri ???" nada suara Jooheon semakin meninggi.

"Meng ... MENGHILANGKAN DIRI ??? DIA KENA CULIK KE ???"

HARAPAN PALSU ↭ L.J.H [BOOK 2]Where stories live. Discover now