HP3

99 20 3
                                    

Tok Tok Tok !

Pintu dibuka.

"Eh ? Awak ni siapa ?" soal Eunrin.

"Sepatutnya saya yang tanya soalan tu kat awak. Awak berdua ni siapa ?"

Eunrin dan Eunyoung saling berpandangan.

Tiba-tiba Eunyoung mendekati Jooheon.

"Setahu sayaaaa Hyemin takde abang. Suami apatah lagi. Sekarang bagitahu kami. Apa awak buat dalam rumah Hyemin ???"

Jooheon ketawa sehingga menimbulkan tanda tanya.

"Awak berdua ni cari Hyemin ke ? Salah rumah ni. Rumah Hyemin sebelah ni je lah. Ni rumah saya" kata Jooheon dengan ketawa yang masih bersisa.

Eunrin berlari ke pagar untuk meneliti papan yang tertera nama pemilik rumah.

Lee Jooheon

"Eunyoung. Kita salah rumah lah. Jom" laung Eunrin.

"Oh yeke ? Err ... Ehehehe maafkan kami ya. Maklumlah ... Kami dah lama tak datang rumah Hyemin" ucap Eunyoung sambil tersengih malu.

"Takpe takpe ..." mata Jooheon tertumpu kepada skrin telefon di tangan Eunyoung.

"Kami pergi dulu !" Eunyoung mengikut jejak Eunrin meninggalkan rumah Jooheon tanpa sempat Jooheon bertanyakan apa yang sedang bermain di dalam fikirannya.

"Lain kali lah tanya" Jooheon masuk semula ke dalam rumahnya.

***

"HAHAHAHAHAHAHAHAGAGAGAGAGAGAGAGAGAGAHAHAHAHAH"

Hyemin mentertawakan dua kembar itu sebaik sahaja mendengar cerita dari pasangan kenbar itu mengenai apa yang terjadi sebelum mereka tiba ke rumah Hyemin.

"Eh jangan nak gelak sangat ye. Ingat sikit pasal kita salah sangka ada hantu kat rumah sebelah tu dulu yeeee" leter Yeonhee.

"Kenapa ? Ada hantu ? Kat mana ?" Eunrin mula memeluk Eunyoung ketakutan.

"Bukan ada hantu. Tersalah sangka ada hantu" balas Yeonhee.

"Tapi kan ... Muka jiran kau tu macam aku pernah nampak"
"Aku pun sama"

"Yeke ? Kat mana ?" soal Hyemin kepada kembar itu.

"Entahlah. Tapi macam pernah nampak" jawab Eunyoung.

"Apa apa je lah. Abang Wonho sekarang buat apa ?"

"Budak kembar ni ada abang ???" soal Yeonhee teruja.

"Ya ada"

"Boleh lah aku cuba ngorat" terjongket-jongket kening Yeonhee menyatakan hasratnya.

Bunyi ketukan pintu rumah Hyemin kedengaran.

"Siapa pulak yang datang ni" Hyemin bingkas bangun dari tempat duduknya dan menuju ke arah pintu.

Sebaik sahaja pintu dibuka, Jooheon tercegat di hadapan pintu.

"Boleh aku jumpa budak dua orang tu kejap ?" kata Jooheon tanpa sempat Hyemin bersuara.

"Budak yang mana satu ? Ada empat orang dalam rumah ni sekarang" kata Hyemin.

"Yang muka sama tu" Jooheon memaksudkan si kembar.

"Ohhh. Err kenapa ? Budak berdua tu ada buat hal kat rumah kau ke ?" soal Hyemin semula kerana ingin tahu.

"Tak pun. Aku nak jumpa kejap je"

Hyemin terdiam sejenak sebelum dia masuk semula untuk memanggil Eunrin dan Eunyoung.

Tidak lama selepas itu, pasangan kembar itu berjumpa dengan Jooheon.

Jooheon meneliti pasangan kembar di hadapannya seperti menilik patung batu.

"Kenapa tengok kami macam tu ?" soal Eunyoung setelah lama mendiamkan diri.

"Kalian ada abang ke ?" soal Jooheon.

"Ada"

"Shin Hoseok ?"

Kembar itu saling berpandangan.

"Macam mana boleh tahu nama abang kami ?" soal Eunrin dan Eunyoung serentak.

Jooheon menepuk tangnnya sekali dan tertawa sendiri.

"Keciknyaaaa dunia ni"

Yeonhee dan Hyemin mendekati mereka bersama semangkuk makanan ringan di tangan Yeonhee.

"Ada apa ni ?" soal Hyemin.

"Hah Hyemin. Mesti kau kenal Shin Hoseok kan ?" soal Jooheon.

"Mestilah kenal. Dia senior aku lah masa sekolah dulu" balas Hyemin.

Sekali lagi Jooheon tertawa kecil sendiri.

"Keciknyaaa dunia. Pergi mana-mana pun terjumpa jugak" Jooheon bermonolog sendiri.

"Kejap. Kau kenal dengan Wonho ke ?" soal Hyemin pula.

"Kau panggil dia Wonho ke ?"

"Ya sebab ramai nama Hoseok kat sekolah tu. So kami guna nama Wonho yang terdiri kepada One Ho menjadi Wonho yang bermaksud dia satu-satunya Ho yang aku kenal" Hyemin menjelaskan semuanya kepada Jooheon.

"Hmm Hoseok ni sebenarnya ... Senior aku kat universiti tempat aku belajar"

Kenyataan Jooheon mengejutkan mereka yang berada di situ.

"Seriously ??? Nampaknya berjumpa lagi lah kalian kat sini sebab Wonho pun tinggal dekat dekat sini je" kata Hyemin bersungguh-sungguh.

"Nampaknya macam tu lah"

"Sampai bila kita nak bermesyuarat depan pintu ni ? Apa kata kita ajak je Jooheon masuk sekali" sampuk Yeonhee.

***

"Abang Wonho macam mana masa kat sana ?" soal Eunyoung kepada Jooheon.

"Hmmm boleh tahan nerd jugak lah mamat tu. Tapi nerd dia bertempat. Yang aku tak pahamnya, dia tu cukup dah ada semua. Kacak, bijak, rajin, sado. Tapi kenapa takde perempuan suka dia ???"

Hyemin menepuk meja.

"Tu perkara biasa. Masa sekolah pun sama. Jawapannya sama je. Zaman sekarang orang tengok poket dan muka. Kurang salah satu, out" jawab Hyemin.

"Apa yang dia kurang ?" soal Yeonhee memandangkan Yeonhee masih tidak mengenali Wonho.

"Isi poket"

Yeonhee hanya mengangguk faham.

"Cakap pasal Abang Wonho ... Changkyun apa khabar dia ek sekarang ?" kata Hyemin.

Jooheon menegakkan badannya.

"Lim Changkyun ?" teka Jooheon.

"Kau kenal ?"

"Mestilah ! Dia lah yang suggest kan rumah ni kat aku"

Sekali lagi, mereka terkejut.

"Maknanya ... Kau dengan Changkyun ..."

"Aku dengan Changkyun kawan sekelas kat tempat aku belajar" Jooheon menghabiskan ayat Hyemin.

Mereka yang berada di situ terlopong kecuali Yeonhee kerana Yeonhee baru sahaja mengenali mereka.

"Okay takpe. Aku nak mintak diri dulu" Jooheon bangun dari tempat duduknya dan meluru keluar untuk pulang ke rumahnya.

"Macam yang dia kata ... Keciknya dunia ni" kata Yeonhee.

"Dejavu ?" itu sahaja perkataan yang keluar daripada mulut Hyemin.

"Kenapa dengan dejavu ?"

Hyemin menyandarkan kepalanya ke kepala sofa.

"Entah. Aku rasa macam pernah jadi semua ni" kata Hyemin.

HARAPAN PALSU ↭ L.J.H [BOOK 2]Where stories live. Discover now