Hyemin tergesa-gesa keluar dari rumahnya kerana dia sudah terlambat untuk temuduga kerja.
"WOI WOI PINTU JANGAN BIAR TERNGANGA !" jerit Yeonhee dari dapur.
Dalam keadaan Hyemin yang kelam-kabut, dia terus berlari keluar dari kawasan rumah dan ...
GEDEBUK
"Ish orang dah lambat ni" rungut Hyemin.
"Sorry Hyemin" kata Jooheon sambil membantu Hyemin untuk berdiri.
Hyemin merenung wajah Jooheon sehingga Jooheon sendiri tiba-tiba berasa malu kerana ditenung sedemikian.
"Jooheon ... Hidung kau ... Berdarah"
Jooheon memegang bahagian bawah hidungnya. Terdapat cecair merah mewarnai jarinya.
Tanpa banyak soal, Hyemin terus menarik tangan Jooheon ke rumahnya.
"Eh sekejapnya kau ba-... Jooheon ?" Yeonhee mengikut Hyemin yang masih menarik Jooheon ke ruang tamu.
"Yeonhee. Tolong ambil kan semangkuk air dengan kain bawak ke sini" arah Hyemin dengan tangan yang ligat memberikan Jooheon tisu untuk menghentikan pendarahan di hidungnya.
Tanpa banyak soal, Yeonhee terus melakukan apa yang disuruh.
"Sebab kau lah aku tak jadi pergi interview" perlahan tetapi penuh dengan rasa geram tatkala Hyemin berkata sedemikian.
Jooheon diam tidak membalas.
"Dah tu kenapa nak tolong aku jugak ?" kutuk Jooheon di dalam hati.
"Nah Hyemin" Yeonhee meletakkan mangkuk berisi air.
Kain tadi direndamkan ke dalam air kemudian diperah agar tidak terlalu basah. Seterusnya, Hyemin meletakkan kain lembap tadi di kepala Jooheon.
Entah kenapa kelihatan lucu di mata Yeonhee kerana Jooheon kelihatan seperti budak kecil yang sedang dirawat oleh ibunya.
"Kau dah makan ke ?"
Jooheon menggelengkan kepala.
"Yeonhee. Nasi goreng tadi ada lagi ?"
"Ada"
"Sendukkan untuk Jooheon"
Yeonhee mengajuk semula kata-kata Hyemin sambil berjalan ke dapur untuk mengambil makanan.
"Kau ni pun satu !"
Terkejut Jooheon apabila Hyemin tiba-tiba memarahinya.
"Tak reti nak jaga kesihatan ke apa ? Minum arak, tak makan, lepas tu merayau ntah ke mana-mana. Ni pun nasib baik aku ada. Kalau aku takde tadi ???" bebel Hyemin.
Jooheon masih mendiamkan diri.
Tidak lama selepas itu, Yeonhee datang bersama sepinggan nasi goreng, baki sarapan mereka tadi.
"Kau pun sama !" jerkah Hyemin.
"Apahal ?!"
"Kau bawak makanan tapi tak bawak air. Kalau dia tercekik nanti macam mana ???"
😑
"Maafkan saya cik puan. Saya pergi ambilkan sekarang" ejek Yeonhee dan sekali lagi Yeonhee menghilang ke dapur.
Jooheon masih terkebil-kebil di hadapan nasi goreng yang terhidang di depannya.
"Kau pulak tunggu apa lagi ??? Makanlah !"
Jooheon terus makan seperti yang disuruh.
***
TOK TOK TOK !
Untuk kali yang ntah keberapa Changkyun mengetuk pintu rumah Mingyu tetapi masih tiada jawapan ataupun tanda-tanda pintu akan dibuka.
"Haish Mingyu kau lari dari aku ke ?" rungut Changkyun.
"Ada apa cari aku ni ?"
Terperanjat Changkyun apabila seseorang menegurnya dari belakang.
"Hah ada pun orangnya. Mingyu. Aku ada benda nak cakap dengan kau" tanpa membuang masa, Changkyun menyatakan hasratnya kepada Mingyu.
"Oh okay. Silakan masuk" Mingyu membukakan pintu untuk Changkyun.
***
"Kau nak cakap apa ?" soal Mingyu.
"Aku cuma nak kau jauhkan diri daripada Jooheon"
"Tapi kenapa ?"
"Aku tahu kau mesti ada cakap sesuatu tak baik kat Jooheon, kan ?" tuduh Changkyun.
Mingyu hanya tersenyum.
"Changkyun. Kau tak berubah dari dulu sampai sekarang. Kau masih marah dengan aku ke pasal dulu ?"
Changkyun melepaskan keluhan berat.
"Aku tak rasa macam tu pun. Tapi ... Aku tahu kau masih mencari jalan untuk buat Hyemin suka kat kau. Bila ada Jooheon kat sini terutama sekali Jooheon jadi jiran dia, kau rasa tergugat ..."
Tiba-tiba Mingyu ketawa. Changkyun mengerutkan dahinya.
"Changkyun. Dulu mungkin aku jahat, abaikan kawan sendiri yang sedang bertarung dengan penyakit yang tiada ubatnya sehingga ke hujung nyawa dia. Tapi itu tak bermakna aku jugak akan gunakan cara yang jahat untuk dapatkan Hyemin. Best man winning" Mingyu cuba membetulkan fakta Changkyun. Tiba-tiba Changkyun berdiri.
"Kalau ada terjadi apa-apa kat Jooheon, kau orang pertama yang aku akan cari" Changkyun terus beredar dan meninggalkan rumah Mingyu.
"Adab kat mana ?" kata Mingyu sambil menjongketkan bahu.
***
"Kuat sangat ke aku langgar dia semalam sampai berdarah hidung ?" Hyemin berfikir sambil mengunyah makanan ringannya atau bahasa pasarnya dikenal sebagai jajan.
Manakala Yeonhee pula mengunyah jajannya sambil merenung Hyemin. Hyemin langsung tidak menyedari bahawa Yeonhee merenungnya.
Yeonhee menyiku lengan Hyemin.
"Jauh termenung. Fikir apa ?" soal Yeonhee ingin tahu.
"Hmm entahlah. Aku musykil lah pasal Jooheon semalam" luah Hyemin.
"Kenapa dengan Jooheon semalam ?"
Hyemin duduk menghadap Yeonhee.
"Semalam cuaca panas sangat ke ?"
Yeonhee mengurut dagunya sendiri.
"Menurut pemerhatian aku ........ panas tu tak sangat ........ mendung kadang-kadang je ........ tu je lah yang aku perasan ...... kenapa ?" jawab Yeonhee.
"Takde apa" Hyemin sambung makan jajannya dengan mata fokus ke arah kaca televisyen. Yeonhee hanya menjongketkan bahunya.