Hyemin dan Yeonhee duduk di sofa diam membatu kerana malu dengan kejadian tadi.
Penghuni rumah di hadapan mereka hanya memerhatikan mereka bersilih ganti.
FLASHBACK
Yeonhee dan Hyemin terpaku
di tempat mereka berdiri setelah menyedari bahawa bukan mereka sahaja yang berada di situ.Damn you, Park Hyemin. Menyesal ikut.
Ktak !
Lampu menyala menerangi seluruh rumah.
Dapatlah lihat dengan jelas wajah masing-masing.
"Oh perempuan. Ingatkan lelaki" katanya.
Hyemin dan Yeonhee menoleh ke arah si pemilik suara.
END OF FLASHBACK
"Kami mintak maaf sebab ... pecah masuk rumah ..." Yeonhee bersuara setelah lama mendiamkan diri.
"Tapi ... siapa suruh tak kunci pintu rumah ? Bahaya lah" sampuk Hyemin.
"Nama siapa ?" kata-kata dari Hyemin dan Yeonhee langsung dia tidak peduli malah terus menanyakan nama.
"Saya Yeonhee. Dia Hyemin" jawab Yeonhee.
"Oh. Baru pindah sini ke ?" soalnya lagi.
"Sebenarnya macam ni ... Rumah tempat kami tinggal tu memang rumah saya. Saya tinggal kat sini sejak zaman kanak-kanak lagi. Lepas tu ..."
"Aku tanya sikit je tadi ..." kata-kata Hyemin tadi dipintas.
Hyemin cuba mengawal riak mukanya. Rasa macam nak gigit-gigit telinga dia.
"Ikutkan hati nak je buat laporan polis tapi ... tengok macam takde ciri-ciri perompak je, aku buat laporan diri sendiri je lah" katanya lagi.
Hyemin dan Yeonhee hanya mendengar.
"Disebabkan kita ni berjiran ... kita berkenalan je lah. Nama aku Jooheon" dia memperkenalkan dirinya.
"Aku pindah ke sini beberapa bulan yang lepas. Kawan aku yang recommend kan rumah ni kat aku. Aku pun pindah lah ke sini. Aku baru je habis universiti" katanya lagi.
"Tak mustahil lah kalau kita semua ni sebaya ..." balas Yeonhee.
"Umur aku 24 tahun"
"Okay betul lah sebaya"
"Betul ke ? Wah" mukanya bengis tadi terus berubah.
"Apa pun ... kenapa ceroboh rumah aku ni ?" soal Jooheon.
"Boleh bercerita panjang-panjang ? Sebab memang panjang cerita dia kenapa kami ke sini" soal Hyemin pula.
Takut sekiranya Jooheon memarahinya lagi kerana hendak bercerita tadi.
"Cerita lah" balas Jooheon.
"Sebenarnya ... kami terganggu dengan bunyi bising dari rumah ni. Setahu saya, rumah ni takde orang pun. Sebelum saya tinggalkan rumah ni ikut keluarga saya pun memang takde siapa pindah ke rumah ni ..."
"Maknanya kau memang orang kelahiran sini lah ?" sampuk Jooheon.
Hyemin mengangguk lalu menyambung semula ceritanya.
"Bunyi yang kami biasa dengar tu dah takde lagi, ingatkan dah takde lah apa-apa gangguan. Sebelum kami pecah masuk tadi, kami tengah layan drama. Lepas tu terdengar bunyi benda terjatuh. Siap dengan bunyi anjing menyalak lagi. Macam mana lah kami tak takut. Kami pun siasat lah. Tak sangka rumah ni ada penghuni" tamatlah penjelasan daripada Hyemin.