Bab 2

607 11 1
                                    

      "Adik. Adik kan tu?" Amira segera menoleh ke belakang apabila terdengar suara yang amat dirinduinya..

      Hampir menitis kembali air matanya. Abang yang sudah lama tidak ditemui kini berada di hadapannya. Terus dia memeluk abangnya. Abangnya ni lah satu satunya keluarga yang dia ada. Kedua dua ibu bapa mereka sudah lama meninggal dunia. Sejak 10 tahun yang lalu. Selepas kematian ibu bapa, mereka dijaga oleh ibu dan ayah angkat mereka. Syukur mereka masih ada tempat untuk bergantung. Baru 4 tahun abangnya melanjutkan pelajaran ke luar negara dalam bidang kejuruteraan. Kini baru abang nya pulang. Rindu yang amat.

     " Adik jangan la nangis. Malu la orang tengok. Dah besar pun nak nangis macam budak kecik lagi. Dah la tu" pujuk abang Amira. Nama abang Amira ni Muhd Syazril Alfan Izzat.  Panjang kan. Nama Amira pun panjang jugak tapi kemudian la ye di bagitahu.

      Digosok gosok kepala Amira oleh abangnya. Selama ni Amira sangat manja dengan Syazril. Tapi setelah Syazril melanjutkan pelajaran ke luar negara tiada sudah tempat Amira bermanja. Dengan ibu angkatnya dia bermanja juga tetapi tidak sama seperti Syazril manjakan Amira. Mungkin kerana mereka adalah adik beradik jadi kasih sayang yang mereka tunjukkan berlainan sedikit.

      " Abang Al pergi mana tadi? Penat adik tunggu tau. Dekat 1 jam adik cari abang tapi kelibat abang langsung adik tak nampak." soal Amira. Syazril hanya tersenyum melihat Amira mengesat air matanya. Dah besar pun nak nangis lagi adik aku ni.

       " Flight abang delay la dik. Ni pun baru keluar. Tu pun dah nak nangis. Apala adik ni." jawab Syazril sambil menarik bagasinya dan keluar dari balai ketibaan. Amira menurut dari belakang.

       " Mana la adik tau. Abang Al bukannya bagitau adik pun kan. So, adik tak salah la kan." Amira mencebikkan bibirnya. Eleh, ingat comel sangat la buat muka itik macam tu.

        " Ye la. Adik la menang. Kejap ek." Syazril mengeluarkan Sony XperiaZ1 nya. Syazril menekan papan kekunci di telefon bimbitnya dan membuat panggilan. Amira hanya melihat. Siapa la yang abang aku call ni. Ada orang lain dia nak jumpa ke. Ke girlfriend dia. Eh, abang aku ada girlfriend? Macam tak caye aje. Dah la abang aku ni susah gila nak rapat dengan perempuan tak kan tiba-tiba lak ada girlfriend. Macam tak logik jer.

        Amira yang masih dalam khayalannya je terkejut apabila Syazril memanggilnya. Jauh dia mengelamun pasal abangnya. 

          " Sorry. Mengelamun jap tadi. Hihi. Jom balik abang Al. Mama dengan papa mesti dah tunggu kita. " Syazril hanya mengangguk. Suda lama dia tidak berjumpa ayah dan ibu angkatnya. 

          " Okey, jom balik" ajak Syazril. Mereka keluar dari KLIA lalu menuju ke arah tempat parking kereta. 

Here bab 2. Sorry kalau simple aje dan kalau ada kesilapan tatabahasa harap dimaafkan. Belum ada part2 sweet lagi ya. Tunggu. Hihi.

Hanya Kau di HatikuWhere stories live. Discover now