Sudah dua minggu Amira bekerja di syarikat milik Rayyan. Sepanjang dia bekerja, tak ada pun masalah timbul. Ramai orang membantunya termasuk la Encik Rayyan. Walaupun bidang itu bukan professionnya, dia tetap melakukan yang terbaik. Bicara mengenai Encik Rayyan terkenang peristiwa beberapa hari lepas. Ketika itu dia baru sahaja selesai menulis surat yang diminta Encik Rayyan. Memandangkan dia tak berapa pandai sangat tulis surat ni, Amira terpaksa meminta tolong Kak Maya, staf Encik Rayyan. Sebenarnya Kak Maya ni Setiausaha Encik Rayyan dulu. Tapi sebab dia dah nak bersalin tu yang cari pengganti.
Berbunyi interkom atas meja Amira.
" Amira masuk sekejap." panggil Encik Rayyan.
Amira garu kepala. Aku dah salah buat surat ke. Ish, ni aku malas ni. Aku memang tak reti langsung.
Amira mengetuk pintu. Setelah dibenarkan masuk, Amira berdiri di hadapan Rayyan yang sedang khusyuk meneliti dokumen di atas mejanya.
" Amira, awak ada baca semula ke surat yang awak tulis ni?" soal Rayyan.
Amira hanya tersengih. Dia geleng kepala. 'Masak kau Amira'.
" Saya dah agak dah. Awak tahu tak ada banyak kesilapan dalam surat yang awak buat ni. Lain kali baca dulu betulkan mana mana yang patut. Ni nasib baik saya baca kalau tak buat malu je Amira. " kata Rayyan.
Amira rasa macam hendak menangis. 'Aku tak reti tulis surat la. Nak marah aku ni kenapa. Aku tau la aku silap tapi tak reti cakap baik baik ke. Aku pun ada perasan tau'
Rayyan yang perasan raut muka Amira yang sedih tu menggelabah. ' Alamak,dia nak nangis ke? Alahai, aku saja ke buat tegas dengan dia,dia nak nangis pula. Garang sangat ke aku tadi?'
" Maaf Encik Rayyan. Saya janji saya akan buat yang lebih baik lepas ni. Maafkan saya sekali lagi Encik Rayyan. Saya masih budak baru belajar." sopan tutur kata Amira walaupun dalam hatinya hanya Tuhan yang tahu. Hampir menitik air mata yang telah lama bertakung di tubir matanya.
Baru sahaja Amira hendak berlalu keluar, Rayyan memanggil namanya. " Amira..."
" Ya,Encik Rayyan. Ada apa apa lagi?" soal Amira.
"Come here Amira. Stand next to me."
Amira terpinga pinga. Apasal tetiba suruh berdiri sebelah dia pula ni. Tetapi dia tetap menurut arahan Rayyan.
Setelah dia berdiri di sebelah Rayyan, Rayyan bangun dari kerusinya lalu menarik Amira duduk di atas kerusi kulit itu.
" Eh, kenapa Encik Rayyan duduk kan saya atas kerusi ni pula?" soal Amira.
Rayyan duduk melutut di sebelah Amira. " Sorry for hurting your feeling.. Awak mesti terasa tadi kan.. Once again,saya minta sorry ye." Rayyan cuba memohon kemaafan dari Amira.
" Encik Rayyan tak salah apa apa la.. Saya yang silap dan saya mengaku yang kesalahan dalam surat tu thats all my fault.. Memang patut pun Encik Rayyan marahkan saya.. Encik Rayyan jangan risau .. Saya okay. Don't need to worry about me.. I'm fine .." terang Amira panjang lebar.
" Ok la kalau awak cakap macam tu. Kiranya kita 0-0 la ye.." kata Rayyan sambil tersenyum mesra.
Charmingnya senyuman Encik Rayyan ni. Boleh cair aku macam coklat.. Sukanya. Eh, apa aku merepek ni..
Baru Amira hendak bangkit dari kerusi tapi Rayyan menahannya.. " Kejap Amira..Duduk dulu.. Saya nak ajar awak macam mana nak tulis surat yang betul. Wait here kay."
Rayyan mengambil kerusi plastik yang berada di sudut bilik pejabatnya lalu diletakkan di sebelah Amira.
" Here we go. First kita kena buat bla.. bla.. bla.." Rayyan memberi tunjuk ajar kepada Amira.
Amira yang tadi tergamam terus kembali menumpukan perhatian kepada Rayyan.. Kedudukan mereka yang agak dekat menyebabkan Amira sesak nafas..
'Sesak nafas aku sebab Encik Rayyan ni.. Bukan sebab kekurangan oksigen tapi sebab Encik Rayyan hot + charming gila.. Boleh tak aku pengsan sekarang.'
" Excuse me girl, are you listening to me? Hello??!!" soal kasar seorang perempuan.
Termati lamunan Amira tentang kejadian surat beberapa hari lepas..' Spoil betul minah ni. Baru aku berangan kejap.'
" Sorry miss, may I help you?" soal Amira secara sopan. Dia ni tetamu tak boleh kasar kasar. Diteliti perempuan yang berada di hadapannya ini. Muka macam minah saleh aje. Dengan rambut blonde lagi. Rambut blonde dia sama colur dengan Encik Rayyan la. Hidung mancung dengan kulit putih kemerah merahan. Ok, aku memang tak kenal perempuan ni.
" I want to see Rayyan. Is he inside his room??" soal perempuan itu lagi dengan angkuhnya. Ada yang kena lepuk nanti kang.
" Yes, he's inside his room. Let me...." belum sempat Amira hendak menyudahkan ayatnya perempuan itu terus meluru ke bilik Rayyan. Amira yang terkejut terus mengejar langkah perempuan tersebut.
" Maaf Encik Rayyan. Cik ni terus masuk kat bilik Encik" Amira meminta maaf setelah masuk ke dalam bilik Rayyan.
" It's okay Amira. You may come out". kata Rayyan.
Amira terus mengangguk lalu keluar dari bilik menuju ke meja kerjanya.
Pening kepalanya berfikir siapa perempuan yang angkuh sangat itu. Main masuk je bilik Encik Rayyan. Nasib baik aku tak kena marah.
Tak lama selepas itu tiba waktu makan tengah hari. Amira baru saja hendak keluar untuk lunch kemudian dia ditegur oleh Encik Rayyan.
" Amira tolong batalkan semua appointment saya lepas lunch ni ye. Saya ambil half day hari ni. By the way, saya minta maaf sebab tak boleh teman awak lunch." Rayyan memohon maaf.
Amira tersenyum dalam kepahitan. Apasal aku rasa macam ni. Tak sukanya aku. Jealous ke .
Amira mengangguk. " Baiklah Encik Rayyan. Itu sahaja ke? Ada apa apa lagi?" soal Amira. Dikerling perempuan di sebelah Encik Rayyan. Kecik besar Kecik besar je aku tengok dia ni. Main sentuh je lengan Encik Rayyan. Bukan muhrim tau. Encik Rayyan ni pun main bagi je dia pegang . Ish, bencinya.
Cemburu mula menguasai diri Amira.
" Hurry up dear. I really really hungry right now." Menyampah Amira mendengar suara itu. Rasa macam nak cekik cekik aje leher perempuan ni.
" Wait for a while. " balas Rayyan.
" Amira saya rasa tu sahaja. Jangan lupa apa saya pesan."
Perempuan itu terus sahaja menarik lengan Rayyan keluar dari pejabat tanpa menghiraukan gelagat mereka yang dilihat orang sekeliling.
Amira termangu. Terasa pedih hatinya. Dia buntu mengapa dia merasa sedemikian. Adakah dia mencintai Rayyan? Ah, masakan enggang bisa terbang bersama pipit. Mustahil! Tak usah berangan Amira.
Amira mengeluh. Hampir juga air mata yang bertakung di tubir matanya berderai. Sungguh sakit apa yang di rasakan kini. Dia pasrah. Akan di pendam sahaja perasaan yang mula berputik di hatinya buat Rayyan.
YOU ARE READING
Hanya Kau di Hatiku
Short StoryMengisahkan tentang Amira gadis biasa yang bertemu secara kebetulan dengan sang jejaka tampan dari London. Ikutilah kisah mereka di sini..