Bab 6

469 11 6
                                    

       Aku menyedari telah jatuh cinta
       Namun aku tak bisa mengungkapkan
       Terasa bahagia ku mencintaimu
       Walaupun kau belum mencintaiku

       Aku di sini kan selalu menunggu
      Yang selalu ada di setiap waktumu
       Selalu menanti jawapanmu
       Untuk cinta yang terakhir

       Irama lagu Tetap Menantimu terdengar di corong radio. Amira yang baru sahaja lepas menyegarkan diri terus terpaku di atas lantai. Ada air mata yang mengalir menuruni pipinya yang gebu.

       Telah sebulan berlalu sejak peristiwa perempuan minah saleh datang ke pejabat tempoh hari. Semenjak perempuan itu datang Rayyan jarang bertegur sapa dengan dia. Hanya bertegur soal kerja. Perempuan itu juga sering bertandang di office milik Rayyan sehinggakan pekerja pekerja di syarikat itu berfikir bahawa mereka sepasang kekasih.

         Amira menyeka air matanya. Buat apa ditangisi dan dibazirkan air matanya untuk lelaki seperti itu. Rayyan hanya seorang bos bagi Amira. Tak lebih daripada itu. Cuma layanan dingin yang diterima olehnya dari Rayyan membuatkan dia buntu. Apa salah aku. What have I done until he treat me like this.

        Amira melabuhkan punggungnya di birai katil. ' Aku macam dah tak sanggup nak teruskan..Tapi kontrak jadi secretary dia ada lagi 2 bulan before aku jadi akauntan. Tapi 2 bulan lama tu. Kalau dia layan aku baik, jadi secretary dia lama lama pun aku tak kisah tapi sejak perempuan tu datang perghh aku ni pun dah tak pandang.. apa ke hal..' Amira tidak puas hati. Dipulasnya bantal yang menjadi alas pehanya tadi. Mahu sahaja dicarik carik bantal itu. Tapi bantal kesayangan tak sanggup nak buat.

         Tok.. tok.. tok...

          " Boleh abang masuk?" soal Syazril. Terjenguk kepala Syazril di muka pintu.

          " Eh Abang Al..Masuk la." ajak Amira.

           Syazril duduk di birai katil bersebelahan Amira. Diusap lembut kepala adiknya. Adiknya inilah sahaja harta paling berharga yang dia ada..

           "How's your work as a secretary?? Best tak?"

          " Erm... Boleh la" jawab Amira sambil menekur ke lantai. Tak sanggup nak menipu abang kandung sendiri tapi dia tak nak abangnya susah hati.

           " Abang tau adik ada masalah. Cuba adik cerita kat abang Al apa masalah adik" ujar Syazril sambil mengusap kepala adiknya.

           Amira yang mendengar suara lembut abangnya bertanya perihal dirinya terus menghamburkan tangisan yang di tahannya sejak tadi. Syazril terus memujuk Amira menceritakan perihal yang sebenar. Amira pun menceritakan kisahnya dan Rayyan.

          " So, tu je masalah adik.. Abang Al rasa adik dah suka la kat bos adik tu." Syazril meneka.

         " Hah? Apa abang Al merepek ni. Tak kan la adik nak suka kat dia pulak. Tak hingin!" bidas Amira. Ingatkan abangnya nak memujuk. Rupanya di cakapnya lagi Amira suka pada bos sendiri.

          " Kalau tak suka, tak kan perkara kecik macam tu adik abang nak terasa"

          " Ish, abang ni. Dah la malas nak layan abang. Tak paham langsung perasaan adik" Amira merajuk.

          " Alolo, dah lah. Tak yah merajuk. Esok cakap baik baik dengan bos tanya kenapa dia layan adik macam tu. Ok?"

          " Hrmm" Amira menggumam.

          " Dah, cepat siap siap turun bawah. Kita makan sama sama." kata Syazril sebelum berlalu keluar dari bilik.

Hanya Kau di HatikuWhere stories live. Discover now