Bab 4

482 12 2
                                    

          Amira cuba untuk keluar dari perut kereta.. Terkial kial dia mencuba. 'Sakit pulak dah kaki aku ni. Tadi tak rasa sangat. Dah sampai kat klinik baru rasa. Sengal dowh. Tambah dengan benjol kat kepala ni. Nasib nasib' keluh Amira.

         "Awak boleh keluar tak? Kalau tak boleh saya nak mintak izin awak sebab saya nak tolong pimpin awak sampai kat klinik tu. " soal Rayyan.

         Ok semua nama mat saleh ni Muhammad Rayyan Zachery Anderson bin Muhammad Richard Anderson. Amacam panjang tak? Memang panjang. Dia memang mat saleh pun.. Mat saleh tulen tau. Dia dari London but since birth dia dah duk kat Malaysia. Tapi every year memang dia balik ke London untuk jenguk family belah parents dia kat sana. Parents dia ada kat Malaysia tapi keluarga dorang je la duk London.

        He also a Muslim since birth. Bab ni memang aku terkejut. Mau tak terkejut jarang kot mat saleh memang dah Islam sejak lahir. And when I ask him macam mana he's a Muslim sejak lahir dia senyum je dan cakap 'you will know it later'..Asyik ayat tu je diulang. Aku dah la tak suka cerita tergantung tapi terfikir maybe itu benda personal kan so aku diam. Dia pun cakap nanti aku tau,confirm lepas ni dia bagitau aku juga tu. Eh, macam yakin aje.

          Rayyan keluar dari kereta dan menuju ke tempat duduk sebelah. Di buka kan pintu kereta untuk Amira. Amira hanya memandang dia dan membuat muka kesian. Rayyan cuba memapah Amira. ' Nasib baik berlapik Encik Rayyan kalau tak memang saya dah lesing awak tau Encik Rayyan.' omel Amira dalam hati.

         Rayyan memapah Amira sehingga dalam klinik. Di duduk kan Amira di kerusi yang disediakan. Kemudian di mintanya kad pengenalan Amira. Amira tayang muka blur.

        " Nak register nama awak kat klinik ni la" jawab Rayyan yang faham mimik muka yang Amira tunjukkan.

        Amira yang faham terus keluarkan kad pengenalan yang disimpan di dalam dompetnya. Dibagi kepada Rayyan. Rayyan terus ke kaunter untuk mendaftarkan nama Amira di klinik itu.

        Setelah 10 minit menunggu kedengaran nama Amira dipanggil. Amira hendak bangun tapi dihalang oleh Rayyan. Rayyan hendak memapah Amira tapi Amira membantah.

        " I can do it by myself"

        "Just let me help you Amira. Please, don't be stubborn. "

          Amira mengeluh. Dia hanya membiarkan Rayyan memapahnya. Dah berapa banyak dosa dia tanggung. Ya Allah maafkan la hamba Mu ini.

         Doktor memeriksa keadaan Amira. Diperiksa kaki yang terseliuh dan dahi Amira yang benjol.

        " Bagaimana keadaan dia doktor?" soal Rayyan yang duduk di kerusi sebelah Amira.

        " Your wife tak apa apa. Cuma kakinya terseliuh sedikit. Ada urat yang bersimpul. Nanti saya akan betulkan urat yang tersimpul tu dan balut kaki wife awak. Jangan risau." jawab doktor perempuan itu.

          Rayyan dan Amira yang mendengar jawapan doktor itu tergamam. ' Since when aku jadi wife mat saleh ni. Doktor dah salah faham nampaknya." desis hati Amira.

        Rayyan tersenyum simpul. 'Amin.. Moga moga mulut doktor tu masin. Harap-harap Amira betul- betul jadi wife aku. Memang dah berhajat ni' luah hati Rayyan.

         Setelah selesai urusan mereka di klinik mereka menaiki kereta untuk makan tengah hari. 'Ni semua sebab Encik Rayyan la. Aku tak nak pergi lunch dipaksanya juga aku. Diugut pula tu. Sabar je la' Dalam kepala Amira sudah membayangkan dirinya mencekik leher Rayyan. Geram tahap gaban ni.

         Mereka menuju ke Restoran D'Klasik. Amira hanya membiarkan Rayyan yang memesan makanan. Malas nak layan mat saleh ni. Suka suki dia je. Merajuk ni tau.

        Rayyan yang hairan melihar muka cemberut Amira bertanya " Kenapa muka masam je ni? Marah ke saya ajak awak keluar lunch. Tak pe la kalau awak tak nak. Saya hantar awak balik la." rajuk Rayyan.

        Haiya, siapa yang merajuk sebenarnya ni. Aku ke dia? Terbalik dah ni. Alamak, nak pujuk macam mana ni. Aku tak reti la.

          Belum sempat Rayyan hendak bangkit dari kerusi, Amira sudah menghalang.

         " Encik Rayyan jangan la merajuk. Saya tak reti la nak pujuk orang ni. Saya yang patut merajuk alih - alih Encik Rayyan pula yang merajuk. Ok la ok la. Saya makan kat sini. Asalkan Encik Rayyan tak terasa hati." pujuk Amira.

          Susah betul dapat majikan yang kuat merajuk ni. Nasib baik boss kalau tak jangan harap aku nak pujuk.

         Rayyan menyembunyikan senyumannya. ' Yes, berjaya juga buat dia pujuk aku. Ingat dia je boleh merajuk,aku pun bole la. Lagi handal tau. Hehe . Tapi kenapa pula sikap aku macam ni dengan dia ye. Aku dah jatuh cinta dengan dia pada pandangan pertama la. Amira ni comel sangat. Hrmm, tapi hati dia keras macam batu. Susah betul nak pikat.'

        " Hrmm, ye la."

         Amira tersenyum. Berjaya juga pujuk. Selang beberapa minit, pelayan membawa makanan yang dipesan.

        " Aip, kejap Amira. Baca doa makan dulu."

         Amira tersengih. Malunya aku. Nampak sangat laparnya. Hihi.

        Mereka sama sama menadah tangan untuk membaca doa makan. Kemudian,mereka makan dengan seleranya.

Bab 4 dah siap. Minta maaf sangat sangat sebab lama sangat menunggu untuk bab 4 ni. Banyak sangat halangan nak siapkan. Btw, terima kasih kerana menunggu. Hihi. Boleh vote and comment kay.

Hanya Kau di HatikuWhere stories live. Discover now