Krriinnggg... Bunyi jam loceng Amira berbunyi.. Ish,,bingitnya.. Aku nak sambung tidur la. Tergapai gapai tangan Amira cuba menutup jam locengnya.
' Mana la pula jam loceng ni. Amira cuba mencelikkan matanya.. Baru pukul 6.30 pagi rupanya.. Awal lagi. Eh kejap,6.30? Adui aku belum solat. Nak pergi interview lagi. Mampus'
Bergegas Amira cuba turun dari katilnya. Tapi dengan tak semena mena kepalanya terhantuk dengan tiang katilnya.
" Adui,Sakitnya." Amira menggosok dahinya. Hrmm..benjol dah kepala aku.
Amira menghiraukan kesakitan yang dialaminya. Terus digapai tuala dan masuk ke dalam air. Setelah siap mandi dan berpakaian, Amira menunaikan kewajipan kepada yang Maha Esa.
Setelah selesai solat, Amira turun ke tingkat bawah dan menuju ke dapur. Mama, Papa dan Abang Al nya sudah siap sedia duduk di meja makan. Amira menarik kerusi dan duduk di sebelah mamanya.
" Lambat pula kamu bersiap hari ni dik. Bukan kamu ada interview ke?" soal Puan Sakinah. Dihulurkan pinggan kepada Amira. Amira menyambut dan mula mencedok nasi.
" Memang ada pun tapi tadi terbangun lambat. Hehe." Amira tersengih sambil menunjukkan barisan giginya yang putih.
Encik Haikal dan Syazril hanya menggeleng kan kepala melihat telatah Amira. Encik Haikal dan Puan Sakinah ni ibu dan ayah angkat Amira dan Syazril. Mereka diambil sebagai anak angkat di rumah anak yatim. Masa tu Syazril berumur 18 tahun dan Amira 13 tahun. Sebenarnya Encik Haikal dan Puan Sakinah merupakan kawan baik arwah ibu dan ayah mereka. Encik Haikal dan Puan Sakinah telah diwasiatkan oleh arwah ibu dan ayah mereka untuk menjaga Syazril dan Amira.
" Ish, kamu ni. Dah tahu nak pergi interview boleh lagi bangun lambat. Nasib baik terbangun, kalau tak.." Puan Sakinah menepuk perlahan bahu Amira. Kemudian dia ternampak sesuatu yang berlainan di muka Amira.
" Dik, kenapa kepala kamu benjol ni nak. Risau mama. Macam mana boleh benjol?" soal Puan Sakinah. Syazril dan Encik Haikal yang khusyuk menghadap makanan terus berpaling ke arah Amira. Terkejut mereka di buatnya. Risau mereka walaupun sekadar benjol sahaja.
" Kinah, pergi ambil tuala tuam benjol kat dahi adik ni. Risau pula Abang tengok." Belum sempat Puan Sakinah hendak bangun dari kerusi pantas tangan Amira menahan.
" Tak payah la ma, sikit je ni. Adik dah lambat nak pergi interview ni. " ujar Amira.
" Adik, tuam la sikit. Abang Al risau la. Nanti orang yang interview tu tanya macam mana. Adik nak jawab apa. Datang interview dengan kepala benjol. Tak ke pelik tu." kata Syazril pula. Encik Haikal hanya menganggukkan kepala.
" Nanti adik tuam ye ma. Adik memang dah lambat. Nanti jalan jam pula." Amira bingkas bangun dan meletakkan pinggan yang telah digunakannya ke dalam sinki.
Setelah itu, dia menyalami tangan Puan Sakinah dan Syazril. Dia hanya melemparkan senyuman kepada Encik Haikal. Encik Haikal kan ayah angkat dia aje. Mana boleh salam kan. Sendiri mau ingat la.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Amira berlari masuk ke dalam syarikat tempatnya hendak di interview. Berpeluh dia. Takut lambat kan. Interview sepatutnya pukul 8.30 tapi sekarang dah dekat pukul 9. Teruk gila sesaktadi.
Bukkk.. Macam buah nangka Amira terjatuh. Sakit punggungnya. Adui, siapa la yang langgar aku ni. Digosok gosok pinggulnya yang sakit.. Dah la hari ni ada interview, kepala benjol, kena traffic jam lepas tu kena langgar pula. Amira cuba bangun tetapi tidak boleh. Tergeliat urat buku lalinya. Aduss, malang bertimpa – timpa aku hari ni.
YOU ARE READING
Hanya Kau di Hatiku
Short StoryMengisahkan tentang Amira gadis biasa yang bertemu secara kebetulan dengan sang jejaka tampan dari London. Ikutilah kisah mereka di sini..