"Please keluar dengan saya? Satu hari pun tak apa. Saya tak kisah. Janji awak keluar dengan saya. Tolonglah..." Rayu Sehun sampai pegang-pegang lengan segala. Rimas betul. Lelaki ini memang tak reti bahasa dan tak reti putus asa agaknya.
Irene menikamkan pandangannya kepada Sehun. Rasanya sejak Irene jejakkan kaki di SM University ni Sehun dah mula set eyes pada dia. Bukannya Irene tak mahu dating dengan Sehun. Sehun memang handsome, tinggi lampai, kurus tapi tak melidi, kulit seputih susu, hidung mancung tak berapa bak seludang, rambut coklat, pandai bergaya macam idol kpop. Senang kata dia memang jadi idaman semua junior. Bahkan para senior pun ada yang minat pada dia. Tapi yang peliknya Sehun tak habis-habis nak mengorat Irene. Irene naik rimas sebab bangun pagi, Sehun dah tunggu depan rumah sewa. Habis kelas, Sehun dah tunggu depan pintu. Time lunch, Sehun dah tunggu di kafe. Sampaikan satu kuliah salah sangka yang mereka berdua ni pasangan kekasih. Tolonglah... buat masa sekarang ni Irene nak fokus dulu dengan pelajaran. Yalah, baru tahun pertama, takkan dah berangan nak bercinta.
Ini kali ke 257 sehun pinta perkara yang sama dan ini juga adalah kali ke 257 Sehun kena reject. "Tak nak." Irene tetap berdegil dengan pendiriannya. Tajam matanya mengerling Sehun sambil dia menggigit ais yang dikaut dari cawan kertas yang telah kosong.
"Kenapa awak tak nak keluar dengan saya? Saya kan handsome, tinggi, baik. Rugi awak tak jadi girlfriend saya." Kata Sehun sempat memuji dirinya. Huh, masuk bakul angkat sendiri!
Irene menjeling lagi. Sebab itulah susah nak sukakan Sehun. Terlalu narsis. Dia ingat dia perfect sangat?
"Jawapan saya tetap no." Kata Irene lalu mengemaskan beg. Cawan kertas tadi dihempas kasar atas meja betul-betul depan Sehun. Masih ada senyuman nipis di bibir Sehun. Meluap-luap rasa meluat melihatkan Sehun yang seolah-olah telah imun dengan segala penolakan Irene. "Saya dah lambat nak pergi kelas. Bye."
💃❣💃
"Dah dekat tiga bulan, Oh Sehun. Tak nak mengaku kalah lagi?" Suara nakal Jongin menyapa telinga dan Sehun buat muka menyampah. Sandwich tuna dia kunyah perlahan-lahan, memerhatikan Jongin, Baekhyun dan Junmyeon mengambil tempat di hadapannya. Seronok sangat lah tu dapat tengok Sehun kena reject live untuk kali yang ke 257. Bukannya dia tak tahu mereka bertiga menghendap di sebalik tiang kafe belakang Irene tadi."Bro, Irene takkan sangkut lah dengan dia. Sebab aku lagi handsome daripada dia!" Seloroh Baekhyun ketawa besar. Seronok sangatlah tu menganjing. Sehun buat muka mengejek.
"Tak habis-habis lagi ke bet korang tu?" Junmyeon menggeleng kepala. Tangannya tak henti-henti menaip sesuatu di telefonnya. "Tak baik permainkan hati dan perasaan orang."
Jongin, Sehun dan Baekhyun serentak menahan ketawa. Junmyeon pandang mereka dengan muka naif. "What?"
"Hekeleh! Bullshit lah kau! Kau pun dua kali lima jugak! Awek keliling pinggang!" Tingkah Baekhyun terus saja sound Junmyeon yang acah-acah angel.
"Mana ada. Semua tu kawan je." Junmyeon seperti biasa tak akan mengaku. Sedangkan setiap hari nama berlainan yang Sehun dengar dia call. Kelmarin, Lena. Semalam, Nami. Esok, Fei. Minggu depan, Mariah Carey.
"Apa-apalah wahai Junmyeon ku sayang." Kata Jongin pula. Tanda tidak mahu lagi meneruskan topik tentang Junmyeon yang tidak akan berkesudahan dengan penafiannya. Perhatian pantas dialih kepada Sehun yang sudah kenyang. "So, bro, apa progress? Selagi kau tak dapat Irene, selagi tu aku takkan bagi kau apa yang kau nak tu."
Sehun buat muka kerek. Dia cukup yakin Irene akan jatuh dalam pangkuan aku. Dia yakin Irene mesti akan gila bayang dengannya. "Tunggu je lah. Aku mesti dapatkan dia."
A/n: ff ini dipendekkan daripada two shot asal. Thanks for reading!
YOU ARE READING
[C] Only One Day | HUNRENE
Short Story"Please keluar dengan saya? Satu hari pun tak apa. Saya tak kisah. Janji awak keluar dengan saya. Tolonglah..." Rayu Sehun sampai pegang-pegang lengan segala. Rimas betul. Lelaki ini memang tak reti bahasa dan tak reti putus asa agaknya. Ini kali ke...