Pasangan dan Cinta

96 8 0
                                    

Irene terlambat lima belas minit dari waktu yang dijanjikan. Dia akui dia benar-benar terlupa dan apabila Wendy bertanyakan tentang Junmyeon semalam, barulah Irene teringat.

Di hadapan pintu studio yang masih bertutup rapat itu, Irene berdiri dengan penuh debaran. Takut pula akan dimarahi oleh pasangannya nanti memandangkan terdengar sayup-sayup muzik rancak dari dalam. Sambil berdoa banyak-banyak, Irene menolak pintu lalu meloloskan dirinya ke dalam.

Studio itu tidaklah sebesar studio di pusat komuniti. Tapi kemudahannya lebih hebat dan lengkap dengan speaker stereo di setiap penjuru siling, dinding cermin yang membalut setiap persegi studio lengkap dengan lantai parket berwarna merah gelap yang tampak lebih mewah berbanding lantai linoleum kelabu di studio pusat komuniti.

Mata Irene terus tertancap kepada seorang pemuda yang menggerakkan tubuhnya mengikut rentak muzik. Dia begitu asyik menari sehingga tidak menyedari kehadiran Irene. Irene membiarkan sahaja pemuda itu tenggelam dalam keghairahan menari. Irene sendiri terleka melihat tarian pemuda itu sehinggalah topi yang dipakai tertanggal dan terpelanting ke cermin ketika dia sedang membuat satu rutin pusingan. Secara tak langsung terlepas helaan nafas terkejut oleh Irene.

"Sehun!" Sebut Irene yang benar-benar terperanjat. Jadi pasangannya untuk persembahan pembukaan itu ialah Sehun? Oh Tuhan, apalah dosanya hingga dia perlu menjadi pasangan tarian Oh Sehun.

"Hei," Tegur Sehun bersahaja, topi hitam dikutip semula sebelum di kemaskan ke kepala. Rambutnya yang berwarna coklat hilang di sebalik topi. "Datang pun. Ingatkan tak datang."

Jadi Sehun sememangnya menantikan kehadiran Irene dan pada masa yang sama semuanya terbongkar. Jadi, Sehun yang mencadangkan namanya kepada Junmyeon. Irene melangkah setapak ke belakang dengan niat untuk pergi dari situ. Oh Sehun kedengaran berbahaya. Bahaya kerana sekelip mata mereka boleh menjadi rapat dan Sehun akan menganggap Irene telah bersetuju untuk keluar dengannya. Atau dalam kata lain, menjadi teman wanitanya.

Walau bagaimanapun, niat Irene terbantut saat wajah Junmyeon kembali ke ingatan. Susah payah Junmyeon mencarinya semalam, takkan dia mahu tolak semata-mata kerana Sehun adalah pasangannya? Lagipun, pada asalnya memang Sehun yang sepatutnya membuat persembahan bersama pasangannya dan Irene pada asalnya hanyalah seorang pengganti.

"Upset ke tengok saya yang jadi pasangan awak?" Kata Sehun yang tersenyum nipis.

Irene benar-benar tak suka cara Sehun sebut perkataan pasangan itu. Dia menyebutnya seolah-olah mereka adalah pasangan kekasih!

"No," Bohong Irene lalu mengelak daripada memandang Sehun. Dia meletakkan begnya yang berisi tuala dan botol air di lantai betul-betul sebelah pintu. Dalam hati dia menjeritkan kata-kata semangat dan cuba memotivasikan dirinya agar tidak mudah mengalah. "Boleh kita mulakan?"

Sehun senyum lagi, separuh teruja dan separuh kagum. Irene buat-buat tak nampak dan terus membuat senaman memanaskan badan sementara Sehun meneguk air sejuk dari water cooler di hujung studio.

💃❣💃

Berlatih menari dengan Sehun membuatkan Irene faham mengapa pemuda itu telah dipilih untuk membuat persembahan pembukaan festival Art & Design nanti. Pergerakannya begitu lincah dan precise. Baik rentak perlahan atau laju, dia tetap boleh menari dengan baik. Namun, Irene menemui satu kekurangan yang membuatkan tarian Sehun sedikit hambar.

"You dance better than me." Kata Irene ketika mereka mengambil masa untuk rehat sebentar. Irene duduk bersandar ke dinding, kedua-dua kaki berlunjur ke arah Sehun yang telah berbaring di lantai, dada turun naik mencari nafas. Peluh di tengkuk di kesat menggunakan tuala muka. Terasa sejuk pendingin hawa meniup direct dari atas kepala.

"Obviously," Ucap Sehun sambil tersengih bangga diri. Kemudian dia berpaling ke arah Irene yang menjeling menyampah. "Tapi Jongin kata saya ada satu kekurangan yang membuatkan persembahan saya sedikit boring."

"Obviously." Balas Irene balik, membuatkan Sehun ketawa kecil. Mahu tak mahu Irene ketawa sekali.

"Dia kata saya tak ada perasaan. Bila saya menari, there are no feels. Kalau ada pun tak cukup untuk captivate semua penonton. Do you get it?"

Irene menyandarkan kepalanya ke dinding. Tuala tadi dilipat dua dan diletakkan menutup muka. "I guess I got it. Memang betul pun. Awak dah hebat menari. Tapi tarian awak hambar. Seolah-olah awak menari bukan sebab awak suka menari. Seolah-olah awak nak tunjuk yang awak hebat menari."

Tuala tadi telah pun jatuh ke pahanya. Apabila Sehun terus diam, Irene tahu dia telah terlepas kata. Kata-katanya mungkin agak sensitif dan dia tidak sepatutnya melontarkan kata-kata itu sewenang-wenangnya. Pada ketika Irene mahu meminta maaf atas sifatnya yang terlalu berterus terang, Sehun memotong niatnya dengan membalas bicaranya.

"Saya mula menari sejak usia tiga belas tahun. Ayah yang paksa agar saya masuk kelas menari sebagai ganti impiannya sebagai seorang performer yang terkubur masa dia muda dulu. Mula-mula saya suka tapi lepas tu parents saya bercerai dan saya rasa nak berhenti because being in a broken family took so much energy, draining my emotion. I'm really exhausted. But, saya tak sampai hati nak berhenti sebab saya tak mahu ayah kecewa. Cukuplah dia kecewa dengan impiannya yang tak kesampaian dan perkahwinan yang tak bertahan lama. And, that's why i keep dancing."

Penjelasan Sehun memang tidak terjangka oleh Irene sama sekali. Begitu mudah Sehun berkongsi tentang dirinya. Padahal mereka bukannya teman rapat. Begitu mudah Sehun mempercayainya dengan fakta sebegitu.

Irene mengengsot lebih dekat kepada Sehun. Dia memeluk lutut lalu memandang Sehun. "Saya tengok awak betul-betul berusaha untuk persembahan ni."

Bibir Irene terkatup rapat, was-was untuk terus mengetahui lebih dalam tentang Sehun. Anak mata Sehun menikam anak matanya sebelum bingkas di kalihkan.

"I want my mom to witness it."

Kata-kata itu membuatkan Irene tersenyum pahit. Sudah tentulah Sehun mahukan seseorang yang berharga menyaksikan dirinya di pentas tari. Begitu juga dengan Irene. Namun, Irene melakukannya bukan kerana terpaksa tapi kerana cinta. Cinta kepada tarian. Itulah yang lebih tepat.

[C] Only One Day | HUNRENEWhere stories live. Discover now