Balik Kampung

81 3 0
                                    

"Saya ingat esok nak rehat sehari dari practice. Saya nak balik kampung jumpa mak." Umum Irene usai sahaja latihan hari itu. Setiap rutin mereka sudah hampir sempurna. Cuma kadang-kadang Irene punya ada masalah dengan timing. Tapi Sehun rasa dengan beberapa kali latihan lagi, ianya boleh dibaiki.

"Buat apa balik kampung?" Tanya Sehun. Setahunya, jarang pelajar pulang ke kampung kalau tiada cuti yang panjang. Setakat cuti dua tiga hari begini, biasanya mereka lebih selesa berada di kampus kerana takut tak sempat menghadiri kelas pada keesokan harinya.

"Saja. Nak jumpa mak." Ujar Irene ringkas. Dia mula mengemas-ngemas begnya. Botol air telah diisi semula selepas diteguk sampai habis. Kening Sehun berkerut. Takkanlah semata-mata nak jumpa mak sahaja. Pelik ni. Ke nak jumpa boyfriend? Tidak semena-mena Sehun panas hati. Ini tidak boleh jadi!

"Saya nak ikut boleh?" Pinta Sehun bersahaja. Dia juga mengangkat duffel bag coklat ke bahu. Ringan kerana dia hanya sumbatkan sehelai tuala dan painkiller spray di dalamnya.

Irene memandangnya terkejut. Scandalized semacam. Macam tak pernah pulak orang nak ikut dia balik kampung. Tapi melihatkan reaksi Irene itu, memang sah baru Sehun seorang yang buang tebiat nak ikut anak dara orang balik kampung. "Kenapa pulak?"

"Saja?" Sehun angkat bahu. Kening Irene berkerut, memikirkan jawapan yang sepatutnya. Pasti dia sedang cari alasan untuk mengelakkan Sehun daripada mengikutnya.

"Boleh kot. Nanti boleh awak tolong saya buat kek."

What a surprise! Sudahlah tidak direject mentah-mentah. Malah dipelawa buat kek pula! Rasa teruja pula Sehun mendengarkannya. Buat kek dengan Irene? Seronoknya!

"Hari jadi siapa esok?"

Irene gigit bibir bawah seolah-olah sukar untuk dia memberitahu Sehun. Selang sesaat yang sangat awkward, Irene akhirnya menjawab. "Arwah adik. Nanti Kyungsoo pun ada sekali."

Dahi Sehun berkerut. Oh. Tapi, rasanya maklumat tambahan tentang Kyungsoo itu tidak perlu untuk Sehun tahu. Boyfriend barangkali. Begitupun, Sehun digigit rasa ingin tahu yang amat sangat. "Siapa Kyungsoo?"

"Adalah. Esok awak tahulah." Dalih Irene cuba bermain teka-teki pula dengan Sehun. Follow the flow ajelah. Janjinya esok. Esoklah Sehun akan tahu. Boyfriend ke?

Sehun tersengih kelat. Cuba bersangka baik. Bukan boyfriend dia kot. Agaknya Kyungsoo itu datuk tua sebelah rumah kot. "Okey. Esok saya jemput awak. Pagi ya?"

"Haah. Pukul lapan tau. Saya balik dulu." Janji Irene seraya melangkah pantas keluar dari studio tanpa menanti Sehun seperti selalu. Mesti dia perlu bergegas untuk berkemas-kemas.

Apapun, Sehun tetap bergembira dan berbahagia kerana dia bakal meluangkan masa dengan Irene pada hujung minggu nanti.



Sehun menjemput Irene dengan kereta convertible zaman 90-an yang telah direnovate sehingga kelihatan begitu moden. Banyak imej animasi Larva menghiasi setiap permukaan badan kereta sehinggakan tidak ada satu permukaan pun yang tidak bercorak. Baru sahaja Irene masuk ke tempat duduk sebelah pemandu, Sehun telah pun mula mengambil gambar selfie.

Dia kelihatan kacak bergaya seperti biasa, kecuali hari ini dia memakai baju kemeja T yang lebih kemas dan bercorak ringkas. Tidak seperti kemeja T yang punya tulisan idea nihilis, anarkis, revolutionist, dan macam-macam lagi idea moden yang direka dalam bentuk abstrak yang boleh memusingkan kepala setiap kali mata memandang. Seluar track yang juga digantikan denim straight cut berwarna biru gelap. Rambutnya ditutup dengan topi berwarna hitam, langsung melindungi rambutnya yang coklat keperangan. Sayang pula rambut menawan itu tidak ditayangkan.

"Jom, Irene. Nak upload kat Insta." Pelawa Sehun lalu mendekatkan telefon bimbitnya ke wajah Irene. Irene tersentak lantas mengalihkan pandangan kepada skrin telefon milik Sehun.

"Awak ni... Semuanya nak upload kat Insta." Omel Irene. Tapi dia dekatkan juga tubuhnya ke arah Sehun agar tubuhnya juga turut muat dalam lensa kamera Sehun. Sudah cukup cantik dia hari ini dengan secalit gincu merah jambu dibibir, eyeliner nipis berbentuk eyecat di kelopak mata, kening telah dirapikan dengan pensel alis, pipi juga sempat dilayangkan blusher berwarna pic. Pokoknya hari ini Irene tampak sempurna dengan mekap penuh yang biasanya akan diaplikasikan sekiranya ada event. Tampak secocok pula apabila kedua-dua wajah mereka muncul di skrin telefon.

"Mestilah. Saya kan hot stuff!" Pantas Sehun memeluk bahu Irene. Shutter diklik sebaik sahaja Irene mengukirkan senyum. Dia tidak nafikan dadanya telah bergendang laju. Janggal! Janganlah senyumannya nampak pelik dalam gambar itu.

Sehun kembali bersandar ke kerusinya. Dia tersenyum gembira melihat gambar yang di ambil tadi. Apabila Irene mahu melihatnya, Sehun menghalang dengan alasan muka Sehun dalam gambar itu tidak cantik.

'Muka dia ke muka aku?' Irene menggumam sendiri tidak puas hati.

"Okay, let's go!" Laung Sehun gembira lalu memulakan pemanduannya.

Amboi, suka benar Sehun nampaknya. Dalam diam pun Irene ikut jadi seronok.

[C] Only One Day | HUNRENEWhere stories live. Discover now