Peluang Keemasan

109 11 0
                                    

Irene tercungap-cungap mengambil nafas sebelum dia duduk tersandar ke dinding cermin. Muzik dibiarkan berlagu sementara tangannya mencapai botol air yang tergolek di sisinya.

Sudah menjadi rutin baginya menari seorang diri di studio demi memanfaatkan masa yang terluang. Kadang-kadang kalau ada yang mendaftar untuk belajar menari, Irene dengan sukarela mengajar mereka di pusat komuniti dengan elaun yang cukup makan. Lagipun Irene tak kisah sangat, sebab dia bukannya nakkan duit orang, niatnya cuma mahu bergembira, melakukan apa yang dia suka.

Kedengaran pintu studio dibuka membuatkan Irene lantas tertoleh ke arahnya. Dia ingatkan Minho, salah seorang pengajar tarian di situ mungkin datang untuk melepak memandangnya kelasnya telah tamat beberapa minit lepas. Sebaliknya, seniornya, Junmyeon datang menghampiri sambil tersengih-sengih macam ada sesuatu yang hendak disampaikan. Ini betul-betul memeranjatkan Irene sebab dia memang tidak pernah beritahu sesiapa yang dia ada buat part time di pusat komuniti berdekatan dengan universiti. Tertanya-tanya pula dirinya bagaimana Junmyeon boleh menjumpainya di sini.

"Irene... Umm..." Ucap Junmyeon tampak serba salah setelah Irene menjemputnya duduk di sebelah. Dia belum cukup larat untuk bangun menyambut Junmyeon di muka pintu dek kekejangan yang mula merayap ke betis.

"Yeah?" Kata Irene, menunggu Junmyeon menyatakan hasratnya. Janganlah dia pun ajak keluar jugak, getus Irene. Cukup-cukuplah dengan Sehun yang tak reti bahasa tu. "Kenapa awak ada kat sini? Awak cari saya sampai kat sini?"

"Uh, ya. Saya tanya roommate awak, Wendy." Jawab Junmyeon teragak-agak.
Semestinya Wendy yang akan beritahu. Kalau bukan dia siapa lagi. Dia bukannya boleh simpan rahsia lama-lama. Pantang diancam sikit, ketakutan terus. Mesti Junmyeon ada ugut apa-apa ni. Lantaklah! Bukan Irene mahu tahu pun.

"Awak tahu kan yang dalam tiga minggu lagi fakulti Art & Design akan adakan festival?" Junmyeon memulakan bicaranya dengan sedikit rasa tidak yakin. Sekejap-sekejap dia larikan matanya daripada memandang Irene. Jelas sekali pemuda kacak berkulit putih melepak itu berasa gementar dan gelisah. Sebab apa? Irene kurang pasti. Mungkin sebabnya akan dibongkar sebentar lagi.

"Sebenarnya untuk persembahan pembukaan dah ada peserta yang kami dah pilih. Tapi," Junmyeon pandang Irene seketika lalu dilarikan lagi anak matanya. "Seorang peserta tu dah cedera kat pinggang. So, dia dah tak boleh nak join lagi. Dan kami dah kesuntukan masa untuk buat ujibakat lain."

"And?" Usul Irene apabila Junmyeon tidak menyambung kata-katanya. Kerana lelaki itu rakus menggaru belakang tengkuk dan asyik-asyik menggigit bibir seolah-olah apa yang akan diucapkannya itu akan membuatkan Irene tidak senang.

"Saya harap awak pertimbangkan untuk gantikan dia."

Irene terdiam. Dia ada juga dengar seorang pelajar performance art dah cedera dan dimasukkan ke hospital akibat jatuh dari tangga di kolej kediaman. Tak sangka pula pelajar itu yang sepatutnya melakukan persembahan pembukaan. Ia sebuah tanggungjawab yang besar. Irene tak nafikan itu. Namun, hati kecil Irene memujuk, apa salahnya tolong orang, lagipun ini peluang besar buat Irene untuk menonjolkan kebolehannya. Ini juga peluang besar buat Irene untuk menunjukkan kepada ibu bapanya bahawa dia layak menari di panggung dan disaksikan oleh orang ramai. Lagipun tak sampai hati hendak menolak permintaan Junmyeon memandangkan sudah susah payah Junmyeon datang mencarinya.

"It's okay. I guess." Putus Irene. Junmyeon terus sengih lebar sambil menepuk tangan. Nampak gaya macam hendak melompat pun ada. Terlalu gembira gamaknya.

"Betul ke ni?" Junmyeon menyoal kembali bagi memastikan Irene betul-betul bersetuju. Irene angguk kepala lagi sekali. Dia pun buat muka bersungguh agar Junmyeon nampak bahawa Irene benar-benar serius.

"Yeah. Bila start practice nya?" Tanya Irene. Junmyeon melihat jam tangannya sebelum dia menoleh semula ke arah Irene.

"Esok pukul dua petang. Awak ada kelas tak?"

Mujurlah esok semua kelas Irene bermula pada awal pagi. Menjelang petang memang dia tidak sibuk dan dia akan berada di studio ini untuk terus menari. Irene menggeleng. "Esok petang saya free."

"Okay. Kalau macam tu, saya akan beritahu partner awak yang awak akan datang nanti. Diorang biasanya practice kat studio kat bangunan fakulti muzik. Awak tak kisah ke kalau awak perlu ke sana?"

"It's okay. Saya boleh ke sana nanti." Kata Irene cuba meyakinkan Junmyeon bahawa dia boleh pergi sendiri ke studio yang disebut oleh Junmyeon. Lagipun dia pernah sekali ke sana untuk menemani Seulgi berlatih drama teater semester lepas.

"It's all set then. Mujurlah awak ada. Saya dah panik tak tahu nak buat macam mana. Nasib baik ada orang yang cadangkan nama awak." Jelas Junmyeon lalu mereka bersalaman. Telapak tangan Junmyeon terasa basah dek peluh keringat. Memang senang nervous Junmyeon ni.

Irene tidak sempat untuk bertanya siapa yang telah mencadangkan namanya kerana Junmyeon nampaknya betul-betul panik dan kelam kabut untuk beredar.

A/n: korang rasa kenapa Junmyeon mcm tu? Read and vote!

[C] Only One Day | HUNRENEWhere stories live. Discover now