Kantoi

67 5 0
                                    

Minggu ketiga latihan mereka menjelang lebih pantas dari Sehun jangkakan. Dalam sekelip mata sahaja masa yang dia luangkan untuk bersama Irene di studio tarian juga akan berakhir. Dia masih mahu bersama dengan Irene walau di luar rutin latihan mereka. Namun, dia enggan merayu dan memohon kepada Irene untuk keluar dengannya lagi. Jujur Sehun katakan, niatnya yang mula-mula sekadar mahu suka-suka akhirnya mengundang padah kerana dia sememangnya telah jatuh cinta kepada gadis jelita kecil molek itu. Ia tidak menjadi masalah buat Sehun kerana berdasarkan perjanjian dengan Jongin, dia hanya perlu mengajak Irene dalam tempoh sebulan. Sekiranya diamati hubungan Sehun dengan gadis itu, kiranya dia memang sudah keluar dengan Irene. Masalahnya sekarang, Irene langsung tak tahu apa-apa dan Sehun tak sanggup menipu apatah lagi mempermainkan perasaan Irene.

Dia selalu berdoa agar Irene tidak membencinya walau apa pun yang terjadi.

Seperti sekarang ini di mana sudah hampir seminit Irene mengekalkan renungannya ke wajah Sehun. Sehun menenangkan hati, berpura-pura tidak menyedari Irene memerhatikannya seperti tikus makmal. Tidak tahan dengan renungan yang sebenarnya punya maksud tersendiri itu, Sehun memandang Irene. Seperti yang dijangka, Irene langsung tidak melarikan anak matanya.

"Kenapa tengok saya macam tu?" Tanya Sehun. Dia tahu Irene mahu membangkitkan persoalan tempoh hari. Di mana Sehun enggan menjawabnya dengan sengaja buat-buat bingung.

"Nothing."

"Saya tahu saya handsome. Tak perlulah renung saya macam tu. Malu lah." Kata Sehun, sengaja meringankan suasana yang dirasakan agak canggung.

Irene ketawa plastik. "Tolonglah."

"Saya tahu maksud pandangan awak tu. Awak nak tanya sesuatu kan?" Kali ini Sehun sudah cukup bersedia kalau Irene mahu tahu segalanya.

Irene tertangkap dengan kata-kata Sehun sebelum dia melarikan pandangannya. "Saya-"

Sehun memasang telinga, bersedia dengan segala kemungkinan yang mungkin akan disoal. Namun, Irene terus diam.

"Tak ada apa-apa lah." Dalih Irene. Kini Sehun pula yang terus curiga. Mengapa Irene tidak mendesaknya seperti sebelum ini? Padahal gadis ini benar-benar mahu mencungkil rahsianya tempoh hari.

Irene, Irene, apakah yang ada dalam fikiran awak?





Mereka telah mempersembahkan yang terbaik pada malam itu. Rakan-rakan universiti mereka tidak habis-habis memuji keindahan pergerakan mereka. Juga ada yang memuji keserasian mereka. Jongin kata Sehun kini dah dapat feel dan Irene pun mengakui dia pun menyaksikannya.

Mereka kini di restoran, bersama-sama teman-teman Irene dan Sehun yang lain. Mereka bersungguh-sungguh mahu meraikan kehebatan kolaborasi mereka berdua dan Irene tak sanggup menolak. Siapa yang sanggup kalau Yeri dah buat muka kesian.

"So you guys finally an item huh?" Chanyeol dahulu yang menegur, melihatkan Sehun berbisik kepada Irene tentang kelahapan Junmyeon menjamah piza dan Jongin yang pantang melihat ayam goreng hingga dia menganggapnya ayam goreng itu patut diisytiharkan sebagai khazanah negara. Irene mematikan tawa kecilnya, memandang Chanyeol untuk menangkis anggapan Chanyeol. Dan seperti sebelum ini, di sebalik meja, Sehun memegang tangan Irene. Irene menahan diri untuk tidak merentap tangannya, memberitahu diri sendiri bahawa pasti ada sebab Sehun merahsiakannya. Dan dia masih menunggu penjelasan Sehun hingga ke hari ini.

"Akhirnya. Dah tepat tiga bulan dah ni. Mana habuan aku?" Pintas Baekhyun sebelum Sehun sempat berkata apa-apa.

Serentak Irene memandang Sehun dengan mata terbeliak. Sehun pula kelihatan panik manakala Baekhyun mula nampak bersalah. Sekurang-kurangnya dia boleh rasa bersalah kerana sekarang gelora amarah dalam diri Irene tidak dapat dibendung lagi. Dia rasa dipermainkan. Pantas dia merenggut kembali tangannya dan meminta diri untuk pulang awal kepada Joy di sebelah. Gadis itu tidak menyoal kerana Irene pasti dia juga mendengar semuanya walaupun kebanyakan rakan-rakannya telah tenggelam dalam keramaian dan keriuhan di restoran itu.

Irene melangkah pantas keluar untuk pulang semula ke kolej kediaman. Namun, dia tidak sanggup ditanya macam-macam oleh teman sebilik, jadi dia mengambil keputusan untuk mengambil angin, untuk menenangkan fikiran, menenangkan diri. Menjelang pagi baru dia pulang, langsung tidak berharap Sehun akan mencarinya. Ya, dia tidak mengharap langsung.

A/n: tinggal satu chapter je lagi. 😊

[C] Only One Day | HUNRENEWhere stories live. Discover now