Kek yang telah siap dihias kini dihidangkan di atas meja. Tinggal menunggu bapa Irene pulang dari kerja dan Kyungsoo yang masih lagi misteri dari pengetahuan Sehun. Irene membiarkan sahaja Sehun dan ibunya berbual-bual di ruang tamu sementara dia bersiap-siap di dalam bilik. Apabila kedengaran loceng pintu berbunyi, Irene bergegas untuk membuka pintu memandangkan dia telah menerima mesej daripada Kyungsoo yang mengatakan dia sudah sampai. Buka sahaja pintu, Kyungsoo melemparkan senyuman lalu menghulurkan sejambak bunga beraneka warna.
"Jemputlah masuk." Pelawa Irene sambil mencium bau jambangan bunga yang sangat harum. Kyungsoo, pemuda berumur 20 tahun yang bertubuh rendah, terus mendekati ibu Irene untuk bersalaman. Irene perasan riak wajah Sehun yang sukar dibaca ketika Kyungsoo turut bersalaman dengannya.
Sengaja Irene melabuhkan punggung di sebelah Sehun lantas mendekatkan jambangan bunga yang wangi itu ke hidung Sehun.
"Wangi kan? It's my favourite." Kata Irene tersengih-sengih. Tak sudah-sudah bunga itu diciumnya.
"Hmm..." Sehun mencebik. "Untunglah orang tu ada boyfriend."
Makin melebar sengihan Irene. "Jealous ke? Lain kali carilah girlfriend." Usik Irene, sesekali mata mengerling ke arah Kyungsoo dan ibunya yang rancak bersembang.
"Aku tengah carilah ni. Lagipun dah depan mata kan. Buat apa nak cari jauh-jauh." Balas Sehun bersahaja. Anak matanya merenung Irene sementara bibirnya terserlah senyuman sungging.
Terus Irene melarikan pandangannya, kuntuman bunga di belek-belek bagi mengelakkan dia bertentangan mata dengan Sehun lagi. Bunyi loceng pintu menyelamatkan Irene daripada terus berasa canggung. Setelah meletakkan jambangan bunga di atas meja, dia bergegas menuju ke pintu.
Bapanya kelihatan penat tapi terus ceria apabila mengetahui Irene sudah berada di rumah. Selepas berpelukan, Irene mengiringi bapanya ke ruang tamu, di mana, ibunya dan Kyungsoo saling berpelukan dengan bapanya. Sehun yang mulanya nampak segan, turut mempamerkan rasa senang dengan kehadiran bapa Irene.
"Kita sebenarnya buat makan-makan ni untuk memperingati anak bongsu saya, adik kepada Irene." Maklum bapa Irene kepada Sehun. Sehun kelihatan terangguk-angguk, namun matanya masih pada Irene. Irene yang berasa janggal mengalihkan perhatiannya kepada Kyungsoo. Bertanya itu ini tentang Kyungsoo di kolejnya.
"Rindu betul saya pada dia. Walaupun dia dah tak ada, saya tetap susah nak lupakan dia." Celah Kyungsoo dalam nada sayu. Serta merta Sehun memandang tajam ke arah Irene. Buat-buat tak peduli, Irene menggenggam jari ibunya yang tampak sudah hendak menangis.
"It's okay, Kyungsoo. Kami semua pun tak pernah lupakan dia. Apalagi kami semua ni ahli keluarga." Balas bapa Irene sambil tersenyum tawar.
"Yeri mesti tak suka tengok kita bersedih. Jom kita makan." Pelawa Irene. Akhirnya mereka makan dalam suasana ceria, segala kesedihan cuba ditolak ke tepi.
Usai makan, Kyungsoo meminta diri untuk pulang ke asrama kolej. Seperti selalu, Irene akan memeluk Kyungsoo yang telah dianggap seperti adik sendiri. Ibu bapa Irene pula masuk ke dalam bilik untuk tidur. Sementara Sehun mandi, Irene menyiapkan bantal dan selimut buat Sehun.
"Boyfriend. Really. Funny." Kata Sehun ketika dia menghempaskan badan ke sofa di ruang tamu. Sambil melangkah malas, Irene membawakan sebuah bantal dan sehelai selimut untuknya. Bersama mata dilarikan daripada memandang wajah Sehun, Irene mencampakkan sahaja bantal dan selimut ke sebelah Sehun. Sehun masih lagi merenungnya dengan tangan bersilang di dada.
"Kyungsoo sebenarnya boyfriend adik kau kan? Bukan kau." Ulang Sehun lagi dalam nada tidak puas hati. Makin tajam renungannya saat Irene mengerling ke arahnya.
"Aku ada cakap ke Kyungsoo tu boyfriend aku?" Balas Irene sambil mendengus geram. Dia duduk di depan Sehun, hanya dipisahkan oleh meja kopi di antara mereka.
"No. But you make me assumed that he is your boyfriend." Ujar Sehun lagi.
"Then, it's just your assumption. I never said that Kyungsoo is my boyfriend." Balas Irene lagi.
"Okay, fine. My bad." Rajuk Sehun lalu menutup seluruh tubuhnya dengan selimut. Tapi bila berselubung macam ni, rasa panas la pulak.
"Eleh, itu pun nak merajuk." Ejek Irene.
"I'm not." Makin panas hati Sehun dibuatnya. Sudahlah mengaku Kyungsoo boyfriend sendiri. Padahal boyfriend adik. Tak malu!
"Hey," Panggil Irene. Sehun sengaja tidak menjawab. Masih lagi berselubung dalam selimut. "Sehun!"
Dengan perasaan jengkel, Sehun membuka selimut yang menutup wajahnya. Irene berada di meja kopi, dia memandang Sehun, dagu dibenamkan ke kedua-dua lengan yang terletak di atas meja.
"Kau janji nak beritahu aku sesuatu kan?"
Sehun menelan liur. Sejujurnya dia belum bersedia untuk menjelaskan semua hal itu kepada Irene sekarang. Dia berpura-pura bingung. "About what?"
"About us."
Sehun menggerakkan kepala untuk memandang siling. Tidak betah rasanya hendak melihat wajah Irene saat ini. "What about us?"
"Kau jangan nak buat stupid lah, Sehun."
"Aku betul-betul tak faham kau cakap fasal apa." Dalih Sehun lagi. Sedangkan debaran di dada sudah menggila. Tak pasti sama ada dia harus berterus terang atau tidak. Tidak pasti sama ada ini masanya atau belum lagi.
"Whatever, Sehun." Kata Irene sebelum dia bangkit. Dia kedengaran putus asa. Mungkin dia juga sudah penat mahu bertanya kerana jawapan Sehun tetap kekal sama. "Whatever."
Akhirnya, Sehun hanya mampu menghantar Irene dengan sorotan mata sehinggalah gadis itu masuk ke dalam biliknya. Lidahnya terasa kelu meski niat di hati membuak-buak mahu mengucapkan kata maaf. Ataupun cukuplah sekadar ucapan selamat malam.
YOU ARE READING
[C] Only One Day | HUNRENE
Short Story"Please keluar dengan saya? Satu hari pun tak apa. Saya tak kisah. Janji awak keluar dengan saya. Tolonglah..." Rayu Sehun sampai pegang-pegang lengan segala. Rimas betul. Lelaki ini memang tak reti bahasa dan tak reti putus asa agaknya. Ini kali ke...