Sehun perlahan-lahan membuka matanya sebaik sahaja Irene membuka pintu, hajat hendak pergi ke kafe untuk menikmati secawan kopi. Berkerut dahi Irene mendapati Sehun terpisat-pisat bangkit dari baringnya di atas lantai di hadapan bilik kolej kediaman Irene dan Wendy. Hebat betul Sehun membuang imejnya sebagai lelaki paling kacak dan narsis di SM University dan sanggup tidur di lantai semata-mata menunggu Irene.
Bibir Irene terkatup rapat. Simpati pula tengok Sehun begini.
"Sejak bila kau ada kat sini?" Tanya Irene buat-buat dingin. Dia menutup pintu perlahan-lahan memandangkan Wendy masih lena tidur.
"Sejak Wendy telefon saya dan beritahu awak dah balik ke bilik." Jelas Sehun yang lantas berdiri mendekati Irene. Irene mengelak dirinya dari terlalu dekat dengan Sehun. Sehun yang menyedari reaksi Irene itu melangkah setapak jauh. "Saya tak cari awak sebab saya tak tau awak akan ke mana malam tadi."
Irene menoleh ke arahnya. Jelingan makin menajam. Jika Sehun sudah tahu dia telah kembali ke bilik, mengapa tak diketuk sahaja pintu bilik. "Kenapa awak nak cari saya pulak?"
"I owe you an explanation right?" Soal Sehun kembali. Tangannya membetulkan helaian rambut yang telah serabai.
Irene mengeluh sebelum dia memandang Sehun. "I'm on my way to a cafe down the street. Let's talk there."
Hari ini kopinya sedikit pekat, sedikit pahit, persis rasa hatinya saat ini. Irene memandang kosong ke arah Sehun yang tampak gementar hingga tidak senang duduk. Kopi latte di hadapannya tidak di sentuh langsung.
"Saya akan beredar sebaik sahaja kopi ni habis. Until then, you have me by yourself." Tutur Irene tegas. Dia sudah penat dengan permainan ini. Permainan teka-teki mengenai status hati mereka yang sebenarnya.
Sehun menggigit bibir, jelas halkumnya turun naik menelan liur. Irene berusaha untuk terus tampak bosan walaupun dia sebenarnya menahan ketawa di sebalik telapak tangannya yang berpura-pura mengelap bibir. Jarang betul dapat saksikan Sehun, the most narcist and confident boy in SM University, tampak gementar hingga tidak senang duduk.
"Pasal malam tadi, saya mintak maaf on behalf of my friends. Most of what Baekhyun had blurted out, semua tu memang betul." Kata Sehun. Irene angkat sebelah kening dan Sehun cepat-cepat menyambung kata-katanya. "But! Saya betul-betul ikhlas nak keluar dengan awak. Bukan sebab tempoh tiga bulan tu or whatsoever."
"Kenapa dengan tempoh tiga bulan tu?" Tanya Irene penuh rasa curiga.
Sehun gigit bibir lagi, seperti sukar untuk dia memberitahunya kepada Irene. Irene buat-buat angkat punggung untuk beredar lalu menyebabkan Sehun panik dan terus membocorkan rahsia yang dia simpan selama ini.
"It's a bet! Jongin janji akan bagi pinjam Ferrari dia selama sebulan." Umum Sehun dalam kalut.
"Wow. Jadi nilai dagangan saya hanyalah sekadar sebuah Ferrari?" Irene yang duduk semula mempamerkan riak tidak percaya.
"Ferrrari tu mahal apa. Makan gaji seumur hidup pun belum tentu dapat beli Ferrari." Sehun berbisik kepada dirinya sendiri.
"Apa?" Sengaja Irene bertanya sedangkan dia memang dengar dengan jelas.
Terdiam pula Sehun bila ditanya semula. Sekejap dia pandang kiri, sekejap dia pandang kanan. Sudah sedia maklum yang perbualan ini tidak akan habis kalau Sehun terus-terusan begini, Irene akhirnya menerima kenyataan.
"Jadi, awak menang ke tak?"
Sehun memandangnya dengan penuh kejutan. Matanya membuntang besar. "Hah?"
"Awak menang ke tak?" Ulang Irene. Kali ini nada suaranya lebih lembut.
"Mestilah. Tapi, saya betul-betul tak ada niat nak permainkan awak. Saya betul-betul sukakan awak sejak pertama kali saya nampak awak menari kat studio kat pusat komuniti." Tutur Sehun seterusnya mendedahkan segala isi hati yang tersimpan selama ini. "Lepas tu, bila kawan-kawan saya bet saya untuk ajak awak keluar, memang saya tak ragu-ragu untuk approach awak walaupun dah banyak kali awak reject saya. Sebab saya percaya, kalau saya berusaha, saya pasti akan dapat hasilnya."
Kali ini Irene pula yang terkejut. Sehun telah mengetahui tentang kerja part time Irene yang sepatutnya tiada orang pun tahu dan Irene langsung tidak menjangkakannya. Patutlah Junmyeon mencarinya di situ. Bukan Wendy yang beritahu rupa-rupanya.
"Umm..." Sehun berdehem dan mengembalikan perhatian Irene kepadanya. "Jadi, kali ini saya nak tanya betul-betul, ikhlas dari hati saya. Sudi tak awak keluar dengan saya? Malam ni saya bawak awak jalan-jalan naik ferrari nak?"
Irene memasamkan muka sebelum perlahan-lahan dia tersenyum. Memang betul usaha Sehun telah pun membuahkan hasil. Irene yang mulanya sedingin ice berg di Antartika kini telah dicairkan oleh keikhlasan Sehun yang umpama sinar mentari. Melihatkan reaksi Irene, Sehun mula nampak lega.
"Okay, saya nak awak bawa saya keliling Seoul!" Setuju Irene bersama senyuman yang sangat indah.
"Yes! Tapi sebelum tu, kiss saya dulu boleh tak?" Usik Sehun yang mula mendekatkan tubuhnya kepada Irene. Kalaulah tak ada meja kat tengah-tengah ni kan senang dia peluk Irene.
"Tak pe lah. Saya reject awaklah." Gurau Irene. Ketawa besar terlepas bila Sehun kelihatan cuak.
"Irene!"
A/N: terima kasih dah sudi baca.upvote tau! ;D
Created: 26/9/2014
Revised: 20/1/2016
Ended: 20/3/2016
YOU ARE READING
[C] Only One Day | HUNRENE
Short Story"Please keluar dengan saya? Satu hari pun tak apa. Saya tak kisah. Janji awak keluar dengan saya. Tolonglah..." Rayu Sehun sampai pegang-pegang lengan segala. Rimas betul. Lelaki ini memang tak reti bahasa dan tak reti putus asa agaknya. Ini kali ke...