Lelah kepenatan terus Sehun dibuatnya. Termengah-mengah dia sebaik sahaja mereka melangkah naik ke tingkat sepuluh. Bayangkanlah Sehun kena daki tangga dari ground floor hingga ke tingkat sepuluh untuk ke rumah ibu Irene. Kisahnya Irene enggan naik elevator sebab dia pernah tiga kali terperangkap dalam elevator sepanjang dia membesar di apartment tiga belas tingkat itu. Ikutkan hati Sehun mahu saja naik lif, biarlah Irene seorang yang naik tangga. Lagipun dia kelihatan cergas saja mendaki tangga, tak adalah sampai tak cukup nafas macam Sehun. Tapi, tak sampai hati pula biarkan Irene naik tangga, dia pula senang lenang naik lif. Akhirnya, Sehun ikut juga Irene daki tangga walaupun dia rasa sekarang ini dia benar-benar perlukan setong tangki oksigen.
"Kita dah sampai." Umum Irene halus. Baru ada butir-butir halus keringat di sekeliling garis anak rambut. Sehun cuba berdiri tegak setelah memegang lutut yang lenguh. Mereka kini berdiri di depan pintu berwarna pine, plak bertulis 23-10 tertampal di atas pintu. Sehun segera meraup rambutnya yang kebasahan dek peluh ke belakang. Dia tahu Irene sedang merenungnya. Sengaja dia mengipas-ngipas bajunya sebelum Irene mengalih pandang untuk menekan loceng.
Kurang lima belas saat- Sehun tak kira okey- pintu ditarik buka dari dalam. Udara sejuk pendingin hawa terlepas keluar dari dalam rumah. Sehun bersyukur sekejap kerana wajah terasa sejuk meskipun hanya untuk seminit dua.
"Irene!"
"Hai, mak." Tegur Irene kepada ibunya. Ibunya tampak masih muda meskipun ada tiga empat bintik hitam jeragat bertompok di tulang pipi. Muka memang seiras dengan Irene. Cuma versi yang tua sahaja. Begini agaknya rupa Irene bila dia tua nanti. Cantik lagi!
"Eh, kamu tak bagitau pun nak bawak kawan?" Tanya ibunya sebaik sahaja menyedari kehadiran Sehun di situ. Sehun mengukir senyum janggal. Irene menapak selangkah ke tepi untuk memberi ruang kepada Sehun bersalaman dengan ibunya.
"Apa khabar, mak cik?" Sapa Sehun mesra sambil bersalaman. Ibunya tersenyum riang, tampak gembira menerima tetamu tambahan yang tidak diundang.
"Boyfriend kamu ke ni?" Soal ibu Irene lagi. Terbeliak mata Irene walaupun Sehun sudah tidak dapat menahan senyum gembira. Seronoknya ibu Irene dah claim dia sebagai teman lelaki Irene. Nampaknya dah dapat restu!
"Mana ada. Dia kawan je la. Kitorang satu team untuk persembahan nanti." Terang Irene yang mula menanggalkan kasut lalu melangkah masuk ke dalam rumah.
Ibu Irene mula tersengih mengusik. "Irene tu susah lah nak dibawak bergurau. She's no fun!"
Sehun tertawa kecil. Sporting rupanya ibu Irene. Mudahlah kerjanya untuk tackle bakal ibu mertua.
"Jom masuk. Siapa nama kamu?"
"Saya Sehun."
"Sehun..." Sebut ibu Irene seperti mahu membiasakan silabus nama itu ke lidahnya yang masih pekat dengan loghat Busan. "Mari masuk cepat."
Masuk sahaja ke dalam, Irene telah pun berada di dapur. Beberapa utensil dan bahan-bahan untuk membuat kek telah di sediakan di atas counter top. Sehun sempat intai ketika dia sedang duduk di ruang tamu, merenung kosong ke peti televisyen yang menayangkan siaran ulang sebuah drama telenovela amerika latin.
Ibu Irene telah lesap ke dalam bilik, mungkin untuk membersihkan diri sebab tadi pun wanita itu kelihatan baru sahaja seperti selesai memasak.
Sehun memerhati sekeliling. Rumah ini punya tiga bilik tidur serta ruang tamu dan dapur yang boleh tahan besar. Dekorasi moden meskipun dia boleh lihat ada hiasan tradisional di dinding dan di atas kabinet hiasan.
Tiba-tiba Irene menjengulkan kepala dari rak divider yang menghadang ruang dapur. "Sehun, jom makan dulu."
"Mak awak mana?" Sengaja Sehun bertanya walaupun dia telah tahu dimana ibu Irene berada. Bilik ibu Irene berada betul-betul depan ruang tamu, jadi dia memang jelas nampak ibunya itu memasuki bilik. Sengaja Sehun bertanya begitu kerana baginya tidak elok kalau mereka makan dulu tanpa menjemput ibu Irene makan sekali.
"Mak tengah mandi kot. Dia suruh makan dulu. Kalau awak nak tunggu dia pun okay je. Tapi, sini lah tolong saya hidang makanan ni." Pelawa Irene sebelum hilang ke dapur.
Sehun melangkah malas ke dapur. Di atas meja makan berpermukaan marble, telah ada dua mangkuk yang berisi sayur kubis tumis sambal dan daging masak kicap. Melihatkan dua lauk ringkas itu sahaja sudah cukup membangkitkan selera Sehun meskipun jam baru berganjak ke angka sebelas.
"Awalnya makan tengah hari?" Kata Sehun. Rasa aneh sedikit sebab dia tidak pernah makan tengah hari seawal ini.
"Dah biasa macam ni. Mak saya strict sikit bab jadual makan ni. Jaga badanlah katakan."
Sehun terangguk-angguk sambil mengambil tiga keping pinggan putih yang dihulurkan oleh Irene dari rak pinggan. Pinggan-pinggan itu kemudiannya di susun di depan tiga buah kerusi. Dua pinggan di kedudukan bertentangan, dan satu pinggan di hujung meja khas untuk ibu Irene. Irene mencedokkan nasi ke dalam mangkuk besar sementara Sehun mendapatkan tiga buah gelas untuk menuangkan jus anggur yang telah siap tersedia di atas meja.
Sehun dapat membayangkan inilah life selepas dia settle down dengan Irene. Meskipun idea itu kedengaran relevan hanya untuk lima tahun akan datang, -sebab Sehun rasa dia masih belum bersedia untuk settle down-, dia tahu inilah bayangan bahagia kalau dia berjaya mendapatkan Irene. Dalam hati dia telah yakin separuh hati Irene telah pun dimiliki. Melihatkan reaksi ibunya tadi pun, Sehun dapat meneka bahawa Irene tidak pernah membawa rakan lelaki datang ke rumah. Untungnya dia orang pertama yang berjaya menjejakkan kaki ke rumah ibu bapa Irene.
"Awak berangan apa tu? Cepatlah duduk." Tegur Irene. Sehun terus mengambil tempat bertentangan dengan Irene. Gadis itu telah pun selesai mencedokkan nasi ke dalam pinggan. Ibu Irene masih belum tiba, jadi mereka masih ada masa untuk menunggu. Sementara menunggu, mereka berbual kosong. Tentang filem yang Sehun tonton di panggung wayang bersama kawan-kawannya tempoh hari, tentang pelajar Irene yang bermacam ragamnya dan tentang minat mereka terhadap seni tari.
Ibu Irene muncul sepuluh minit kemudian, di mana nasi di pinggan tidak lagi panas berasap. Sekadar hangat suam-suam kuku. Namun mereka bertiga tetap makan dengan berselera bersama celoteh ibu Irene yang benar-benar sporting.
Usai makan, Sehun dan Irene mengemas meja sementara ibu Irene meminta diri untuk keluar memeriksa butiknya. Kemudian, Irene menggamit Sehun ke arahnya selepas Sehun meletakkan pinggan terakhir di rak.
"Awak tahu buat kek tak?" Tanya Irene. Tiga butir telur di ambil dari peti sejuk lalu di pecahkan untuk di masukkan ke dalam mangkuk besar. Anak mata Irene mengerling sekilas ke arah Sehun.
Sehun menggeleng. Dia tidak pernah buat kek walaupun dia suka makan kek. Peluang inilah yang dia nantikan selama ini. Membuat sesuatu yang disukai bersama insan yang bertakhta di hati. Cewah!
"Let me teach you." Ujar Irene yang tersenyum kecil kepada Sehun.
YOU ARE READING
[C] Only One Day | HUNRENE
Short Story"Please keluar dengan saya? Satu hari pun tak apa. Saya tak kisah. Janji awak keluar dengan saya. Tolonglah..." Rayu Sehun sampai pegang-pegang lengan segala. Rimas betul. Lelaki ini memang tak reti bahasa dan tak reti putus asa agaknya. Ini kali ke...