"Bila nak kawin?"
"Order dah pengantin lelaki, tapi tak sampai lagi!"-Cikgu Amirul, kedah.24 Tahun
Ibu Chik, ibu saudara aku selalu cakap, perempuan macam mana pun kena belajar masak. Kena tau masak!
Kalau tidak macam mana kalau sudah berkawin nanti?
Nak bagi laki dengan anak anak makan apa?
Dan yang paling mengerunkan (mungkin dia yang rasa gerun, tapi saya tak gerun. Haha!) apabila dia mengingatkan, bila sudah kawin juga, adakalakena masak untuk mak ayah mertua juga.
Sudah pasti ada tekanan disitu!
Masakan air tangan ibu mereka sendiri mestilah adalah terbaik bukan isteri yang baru dinikahi sebulan dua.
Sudah pasti juga, banyak perbandingan akan dilakukan, sama ada secara vokal ataupun terpendam.Ada aku peduli?
Langsung tidak, haha!Hati aku sudah tertutup, aku sudah tidak ada cinta lagi untuk diberi kepada sesiapa kecuali keluarga sendiri.
Aku lebih suka dengan buku buku aku dan melakukan apa sahaja kecuali memasak.
Sebab aku yakin, aku tidak akan kemana mana kecuali duduk bawah ketiak bonda sampai tua (impian aku tu, biar bonda panjang umur. Hehe).
Pada fikiran aku juga, aku tidak akan berkawin, maka perlu ke aku belajar masak.Keluarga aku ni memang ramai pakar memasak kecuali aku (tolong jangan pandang aku, aku jatuh dalam kategori pandai bercerita!) dan mungkin juga, mereka boleh saja membuka restoran sendiri.
Kita ketepikan dulu cerita tentang family aku yang memang pakar memasak ini.
Buat masa ni ada cerita lain yang lebih dramatik.Apa dia?
Tak ada yang lebih dramatik bila tiba tiba, takda angin, takda ribut aku membuat keputusan untuk berkawin.
Sudah lama pintu hati ini tertutup biar apa pun kata bonda ataupun sesiapa jua.
berkali kali hati ini kecewa untuk bercinta lagi.
Hati ini, rasanya seolah olah ia semakin mengecil, mengecut, setiap kali kecundang dalam medan percintaan.Dan tiba tiba, titisan air mata bonda setiap kali aku menidakkan permintaannya.
Setelah menempuhi banyak pertengkaran dan dram, ada pula seseorang yang entah macam mana, aku terima lamarannya.Pelik bin Ajaib kan?
Tapi sebenarnya, tidaklah begitu pelik. Kuasa Allah, kenapa kita mahu mempertikaikannya?
Tidak perlu bercinta, hanya bertemu sekali sahaja dan aku fikir, aku boleh terima lelaki ni.
Seperti mana dia boleh terima aku seadanya, dengan perangai aku yang degil ni, untuk menjadi suri hidupnya.
Aku harap dia tidak tersalah pilih, bukan mudah nak hidup dengan aku yang degil lagi nakal ni ya!.°Next chapter akan di update nanti yaa. Mmuahh sikit😘°
YOU ARE READING
Isteri Drebar Airbus♡
Любовные романыSemua orang suruh kawin dan Nur tidak pernah peduli. Nur sudah penat bercinta, mencari, mengejar dan lebih suka bercinta dengan buku sahaja. Hinggalah bonda dan kak Ina serahkan padanya fail 'Encik Nazri' "Apa ni?" Fail biru diletakkan di hadapan N...