Bab lima

152 6 0
                                    

Dua minggu Kk Ina makan hati dengan aku. Setiap kali ditanya tentang Encik Nazri Habib, aku hanya akan entah.

Aku dan Encik Nazri berjumpa lagi, hampir sebulan selepas date yang pertama. Al maklum lah, bila dia ada masa terluang, aku pula yang sibuk. Date malam ni sebenarnya secara kebetulan saja, Encik Nazri ajak saya makan malam dan aku pula tengah teringinkan pizza.

-Pizza hut, boleh?

*set

-okay, saya datang ambik lagi sejam.

Wah! Bukan main cepat lagi buat perancangan. Sebelum ni kalau buat temu janji asyik kena cancel ja. Ada ja hal kami berdua. Tapi last last minute macam nih menjadi pulak.

Kelam kabut aku mandi, solat dan bersiap. Untuk tidak menimbulkan kecurigaan bonda, aku capai tshirt adidas hitam dan jean lusuh yang koyak di bahagian lutut. Shawl biru gelap dipakai, tak perlu lah nak pakai mekap tebal tebal. Sekadar bedak dan lipstik dah sattle.

"Eh nak p mana tuh?"

"Keluar jap. Makan pizza"

"Sorang?"

"Haah, takkan berdua pulak"

"Bonda tanya ja, kut la jumpa Encik Nazri ke"

Haishhh, macam tau tau ja bonda ni.

"Bonda, takkan lah anakanda mahu keluar dengan putera raja pilihan bonda dengan berpakaian begini?"

"Iya laa, kalau bonda pun taknak pilih perempuan pakai macam ni. Dah 24 tahun Nur, pakailah bagi sempurna sikit. Seluar koyak koyak. Haishh"

"Alaa bonda, pesyen bonda. Pesyen"

Dengan gelak tawa macam hantu Kak Limah, aku tinggalkan bonda. Cuak jugak kalau bond tahu aku nak keluar dengan Encik Nazri.

Kalau bonda dengan Kak Ina tahu ni, mesti banyak bebelan mereka nanti. Bukan setakat bebelan, silap silap mereka pula yang jadi perunding fesyen tak bergaji malam ni.

Seperti yang dirancang, Encik Nazri menunggu aku di tempat parkir kereta jauh dari kediaman aku. Harap harap takda la mata mata yang ternampak kami berdua.

"Dah boleh gerak?"

"Dah. Lagi cepat lagi bagus"

"Kenapa? Dah lapar sangat ke?"

"Tak, sayabtak bagitau bonda yang kita nak keluar"

"Nasib baik saya tak bagitau sesiapa"

Fuh! Pemikiran kami sama yaa! Siapa sangka sepanjang perjalanan, dua dua membatukan diri. Segaknya, Encik Nazri ni. Berkemeja hitam, jean hitam, kasut pun hitam. Aku? Nasiblah kalau dia betul betul sukakan aku. Nilai aku melalui siapa aku bukan dari segi pemakaian. Nasib baik teori ni, aku tak praktik di tempat kerja. Sebagai pemilik butik terkenal, first impression tuh penting.

Tak sampai 30 minit, kami pun sampai. Tanpa berlengah lengah lagi kami terus masuk, membuat pesanan dan mencari tempat duduk.

"Segak Encik Nazri malam ni"

"Segak? Biasa biasa ja ni"

Isteri Drebar Airbus♡Where stories live. Discover now