Orang bercakap tentang chemistry, orang tak pernah sebut yang Allah mendekatkan hati manusia-Sir Kamal Kadir, Bangi.
5 Tahun
"Kita main kawin kawin! Naik pelamin!""Tak nak!"
"Eh, marilah! Budak perempuan semua suka main kawin kawin!"
"Eee aku kata taknak, taknak lah! Aku bukan macam semua budak perempuan."
16 Tahun
Nanti, apabila kita kawin, kita beli rumah dekat sini. Dekat atas bukit ni, menghadap laut ni! Cantik kan?Dia hanya duduk diam, memerhatikan rumah rumah di atas Bukit, sepanjang Seaborough Beach Road. Pemandunya asyik mengayam angan angan, jari telunjuk adakala ditunjukkan ke rumah rumah idamannya di sebelah kiri jalan raya.
Angan angan itu mengembirakannya sedikit sebanyak. Tetapi entah kenapa, jauh disudut hati rasanya angan angan itu hanya akan tinggal kenangan. Sesuatu yang akan diingatnya pada masa depan, mungkin.
Si dia, buah hatinya itu memandu dengan tekun, berangan angan terus, berkongsi cerita dan aksinya tekun mendengar.
18 Tahun
"Dulu… Ada boyfriend?"Ada"
"Sekarang?"
"Takda"
"Kenapa?"
"Dia kawin dengan orang lain"
"Oh… Curang lah ek?"
"Takda lah, takda jodoh"
21 Tahun
"Tak fikir pasal kawin ke?""Tak"
"Tak teringin tengok kawan kawan kawin?"
"Hmm… Tak"
Kenapa nak pressure diri sendiri tak tentu pasal. Ada jodoh, kawin. Tapi buat masa ni, aku tak nak fikir Kang ada yang meroyan macam Si Mira tu, menangis nangis sebab takda yang masuk meminang.
Kedua dua kawan itu ketawa terkekek kekek, mengingatkan kawan mereka Si Mira. Orang lain kawin, dia pun sama nak kawin.

YOU ARE READING
Isteri Drebar Airbus♡
RomanceSemua orang suruh kawin dan Nur tidak pernah peduli. Nur sudah penat bercinta, mencari, mengejar dan lebih suka bercinta dengan buku sahaja. Hinggalah bonda dan kak Ina serahkan padanya fail 'Encik Nazri' "Apa ni?" Fail biru diletakkan di hadapan N...