Kak Ina mengaturkan temu janji aku dengan Encik Nazri Habib yang terkenal dengan aiskrim. Encik Nazri menentukan lokasi dan aku memilih tempat ni.
Jam 10.50 pagi aku sudah sampai di hadapan restoran tersebut. Temu janji kami sekejap lagi, jam 11 pagi. Memang aku ni oramg yang suka tepat pada masanya. Encik Nazri, fikir aku mungkin akan terlewat, lelakilah katakan tetapi andaian aku ternyata meleset, apabila aku sampai di depan pintu masuk restoran, Encik Nazri sudah terpacak menunggu aku di tepi tembok. Aisehhh, lebih on time daripada aku rupanya!
"Encik Nazri Habib?" Aku menegurnya dahulu. Kak Ina yang beritahu aku, lelaki berkulit sawo matang itu akan memakai baju kemeja merah jambu, seluar jean. Rambutnya pendek sahaja, dipotong kemas. Berkaca mata hitam. Keningnya tebal.
"Ya saya. Nur?"
"Yes"
"Thanks for coming"
"Not a problem"
Satu markah untuk budi bahasa. Aku perlu mencari markah markah negetif untuk membentangkan isu isu bantahan aku nanti. Sekali pandang, bibirnya gelap sedikit, mungkin kesan merokok. Kocek di bahagian depan bajunya tidak terisi apa apa. Mungkin ada sekotak rokok dalam koceknya. Tak mengapa, kita akan tahu sebentar lagi. Baru saja jumpa, takkan nak menyergah terua kan? Aku memang tidak suka perokok.
Restoran itu lengang saja. Encik Nazri yang memilih hari ni dan waktu ni saja yang aku ada masa terluang. Kalau semalam ataupun esok ada juga masa terluang. Tapi dia pula yang tak boleh. Sibuk betol jadi drebar ya? Kata Kak Ina masanya terhad. Workaholic agaknya? Ataupun drebar mesti berkerja keras barulah dapat gaji lebih?
"Makan?" Soalnya sambil membuka menu pelayan restoran yang tiada orang lain untuk dilayan sedia menunggu di tepi meja.
"No thanks" Jawapku kepada Encik Nazri Habib sebelum memberi pesanan kepada pelayan yang masih muda remaja. Mungkin masih menunggu keputusan 0 levels.
"One ice lemon tea and chocolate sunde. Extra almonds please".
"Tak terlalu awal untuk makan aiskrim? Minuman sejuk?" Soalnya, tersenyum sinis. Senyuman itu aku balas kembali dengan senyuman palsu aku yang lebih sinis daripada senyumannya.
"Perut saya kebal, sudah terbiasa dengan minuman sejuk dari kecik lagi. Ada alahan pada minuman panas"
"Alahan pada minuman panas? Pertama kali saya dengar. Saya pula, kalau pagi mesti pekena kopi dulu. Kalau tak otak tak boleh berfungsi."
Okay, sah workaholic. Hanya workaholic saja yang akan bergantung pada kopi untuk membolehkan mereka berfungsi seperti seperti manusia normal. Drebar, kopi dan rokok tak dapat dipisahkan. Sah! Satu markah negatif!
"One black coffee and dory bake rice" Pesannya.
"Is that all?" Cik adik manis bertanya sebelum beredar untuk menyiapkan pesanan kami.
"Yes" Jawap kami serentak.
Sunyi sepi seketika, restoran lengang dan ketika itu aku sedari, aku langsung tidak gementar duduk di hadapan dengan dia. Kebiasaannya aku akan jadi biol memikirkan sesuai ataupun tidak apa yang aku pakai bila keluar dengan bakal teman lelaki aku.
"Hari ni tak berkerja?"
"Tak. Cuti."
"Satu hari saja cuti?"
"Ya"
Aku tanya sepatah, dia jawap sepatah. Apa yang sesuainya Kak Ina? Bosanlah macam ni.
"Nur tak kerja hari ni?"
"Kerja. Petang nanti ada appointment"
"Kak Ina cakap Nur ada butik sendiri"
"Hahh. Ahahh betol la tuh"
"Ah. Masa flekaibellah ya?"
"Boleh tahan jugak. Kadang sibuk, kadang rilek. Dreber pun fleksibel juga kan?"
"Sama. Tegok keadaan. Ada masa kerja banyak. Ada masa, boleh rehat panjang."
Apabila sundae coklat terletak depan aku, aku tak teragak agak untuk mengambil sudu dan terus menyuapkan ke dalam mulut. Sedap sekali! Dory baked rice Encik Nazri baunya boleh tahan mengancam jugakl. Nasib baik ada sundae coklat untuk mengisi perut. Kalau tak, malulah kalau perut ni tetiba berkeroncong di depan Encik Nazri Habib.
"Betul tak nak makan?"
"No, it's okay. Memang dah lama teringin chocolate sundae."
Sambil makan, Encik Nazri tidaklah berdiam diri saja. Ajak berbual juga. Mula mula memang rasa kekok juga. Tapi lama lama okay ja. Perasaan gementar itu tak wujud langsung.
"Tak pernah ada girlfriends"
Terkejut aku mendengar pangakuannya. Muncul pula rasa syak wasangka. Ya tuhan, aku harap dia bukan gay!
"Bukan gay kan?"
Encik Nazri tertawa kuat apabila mendengar soalan aku.
"Selama ni sibuk kerja. Yalah, kalau ikut bidang kerja saya memang ramai perempuan di keliling kami tapi entah mungkin pintu hati belum terbuka lagi ketika tu."
Terkebil kebil aku mendengar penjelasannya. Perempuan di kelilingnya? Kerja drebar apa aa ramai perempuan? Boleh tahan perasan jugak orang tua ni ya!
"And no, i'm not a gay. Tak baik fikir macam tu. Kaau perempuan single jarang org bertanya kalau sia lesbian jadi sama juga lelaki. Single tak semestinya gay. Sibuk kerja. Sibuk jaga emak.
"Sibuk jaga emak?"
"Arwah emak, dia meninggal setahun yang lalu. Kanser hati."
"Ohh"
Perbualan kami tamat disitu. Aku tidak sempat bersoal jawap lagi tapi sebelum berpisah, Encik Nazri bertanya , teragak agak juga naa suaranya.
"Hmm.. Boleh.. Kita berjumpa lagi?
"Insyaallah"
Dan aku juga sempat bertanya sama ada dia seorang perokok.
"Was a smoker. Baru berhenti lima bulan yang lalu."
"Oh.. Good luck ya."
Sebenarnya ada satu lagi date yang tidak diceritakan pada sesiapa termasuklah Kak Ina mahupun bonda.
*Nak tahu apa yang jadi antara Nur dengan Encik Nazri Habib? Apa yang akan jadi pada date seterusnya? Nur terima pilihan Kak Ina atau tak? Tunggu chapter seterusnya yaa.

YOU ARE READING
Isteri Drebar Airbus♡
Roman d'amourSemua orang suruh kawin dan Nur tidak pernah peduli. Nur sudah penat bercinta, mencari, mengejar dan lebih suka bercinta dengan buku sahaja. Hinggalah bonda dan kak Ina serahkan padanya fail 'Encik Nazri' "Apa ni?" Fail biru diletakkan di hadapan N...