Penerbangan kami ke Doha mengambil masa selama 8jam sahaja. Setibanya di Doha kami dijemput oleh sepupu Encik Nazri.
"Pengantin baru! Selamat datang ke Doha!"
Terkejut aku bila dia sapa dengan suara lantang itu. Terasa janggal bila dipanggil pengantin baru.
"Nur, ini sepupu saya Nazrul dan isterinya, Anissa"
"Panggil Nissa ja"
Nissa memperkenalkan anak anaknya, Haziq, Hanani, dan ,Huzair
Sepanjang perjalanan untuk ke rumah Nazrul dan Nissa, mata aku hanya fokus kepada persekitaran di luar.
"Macam mana? Okay?" Tanya suamiku.
"Okay ja" jawapku ringkas sambil menghadiahkan senyuman.
Apabila kereta berhenti, anak anak saudara Encik Nazri itu tidak menunggu lama membuka pintu kereta dan terus melompat keluar. Aku terkedu dengan pemandangan persekitaran aku. Pasir di mana mana.
Encik Nazri menarik tanganku untuk mengikutnya dan aku hanya menurut tanpa bantahan. Rupanya kami berada di atas bukit dan di kaki bukit ini adalah laut yang luas dan sangat cantik.
Puas kami berselfie di sekitar kawasan laut, kami pun pulang ke rumah Nazrul.
Sesampai diperkarangan rumah Nazrul dan isterinya, Encik Nazri menutup mataku dengan sehelai kain. Ada kejutan katanya. Encik Nazri memimpin tanganku hingga kedalam rumah.
Bila sampai ke dalam rumah Encik Nazri membuka kain yang menutup mataku. Saat aku membuka mata, aku tergaman melihat keadaan ruang tamu yang dihias cantik sekali. Alunan musik yang kedengaran menjadikan suasana romantik pada ruang tamu tersebut.
Encik Nazri menghulurkan tangannya dan mengajak aku menari mengikut alunan musik romantik yang terpasang sejak awal lagi. Aku hanya mengikut rentaknya tanpa sebarang bantahan. Suasana pada malam itu membuatkan aku terus terleka dalam pelukan hangat lelaki yang bergelar suami.
*Hi gaiss, sorry lambat update. Busy sangat dengan persiapan untuk sambung study. Ada ja masa terluang, insyaallah akan diupdate segera okayyy. Apa apa pun hope enjoy dengan sambungan cita ni. Good night😘
YOU ARE READING
Isteri Drebar Airbus♡
RomanceSemua orang suruh kawin dan Nur tidak pernah peduli. Nur sudah penat bercinta, mencari, mengejar dan lebih suka bercinta dengan buku sahaja. Hinggalah bonda dan kak Ina serahkan padanya fail 'Encik Nazri' "Apa ni?" Fail biru diletakkan di hadapan N...