Bab 7 + 8

2K 72 20
                                    

         

BAB 7

Doppelgänger

"HAHAHAHAHAHAHA....." Anastasia gelak tak cukup nafas. Dari tadi dia gelak terbahak-bahak tak ingat dunia.

"Bodoh! Babi betullah! Bitch! Fuckkkkk!!!" Kayl maki sumpah-seranah apa semua terhambur keluar mentah-mentah. Dia tendang batu sebesar buku lima tepat mengenai tong sampah taman permainan tu.

DONGGGG

"You know what? I tak boleh lupakan muka makcik tu tadi, ahahahahahaha."

"Tak berkerdip mata dia tengok kita dengan mulut dia yang ternganga tu, ahahahaha." Anastasia rasa perutnya dah senak tahap gaban. Mukanya merah dan dia rasa macam dah tak mampu lagi nak ketawa, tak cukup nafas. Nafas tak sampai. Nasib tak terkencing. Anastasia labuhkan punggungnya ke atas buaian yang besinya dah berkarat tu. Sesekali kedengaran bunyi besi haus bergesel bikin ngilu bila Anastasia bergerak.

Kini Anastasia cuba bertenang dan ambil nafas dalam-dalam tapi jelas hatinya masih terasa seperti digeletek. Lucu. Dia juga tak dapat lupakan wajah pucat Kayl yang membiru waktu tu. Dan tak lupa juga tindakannya menarik Anastasia keluar daripada 7-E serta-merta seperti lipas kudung, membawa mereka berdua ke destinasi yang tak diduga. Taman permainan. Sunyi.

"Diamlah, bodohh!! Anjeng!!" tengking Kayl spontan. Dia masih tak dapat nak lupakan kejadian yang berlaku di 7-E sebentar tadi di mana dia dikucup oleh Anastasia depan orang ramai. Ya Tuhannnnnn... Bercumbu!!! Kayl bercangkung dan dia menunduk, rasa lelah selepas berlari maraton tadi masih belum hilang. Jantungnya mengepam laju dan dia juga tak cukup nafas. Sial betul.

"Ala you ni... Rilekslah. We had fun." Anastasia mencebik.

"Fun my ass!" Kayl bangun dan dia menghampiri Anastasia. Dia tatap wajah Anastasia dengan pandangan tajam, kalau boleh mahu sahaja Kayl telan dia hidup-hidup.

"Hurm? You tak puas lagi ke?" Anastasia kecilkan matanya sambil tersenyum nakal. Kayl rasa bengang tahap dewa. Dia tak tahu apa sebenarnya yang Anastasia fikirkan. Bodoh ke? Kalau orang-orang semua tu tahu hubungan dia dengan Anastasia macamana? Kayl mendengus kasar.

"I should've known from the beginning. Fucking doppelgänger!" Kayl halakan kata-kata itu kepada Anastasia dengan muka bengang. Mendengar kata-kata Kayl itu membuatkan dahi Anastasia berlipat-lipat dan dia turun serta-merta daripada buaiannya. Baru nak swing tinggi-tinggi, tak jadi dah.

"You kata I apa?"

"Fucking doppelgänger!!" bentak Kayl. Kayl geram dan dia genggamkan tangannya kuat. Dia mengetap gigi dan mukanya merah.

"You tahu kan apa yang you tengah cakapkan ni?" Anastasia dengan mukanya yang natural, tak ada ekspresi pergi menghampiri Kayl. Jarang benar dia buat muka ala-ala serius ni. Sesekali kedengaran bunyi burung-burung gagak hitam bermata merah terbang dari satu tiang lampu jalan ke tiang lampu jalan yang lain. Membingitkan telinga. Langit kini bertukar oren keunguan menandakan waktu senja. Waktu-waktu keramat bagi setiap makhluk.

KUAKK KUAKKK

"Yes, I am. I'm your fucking doppelgänger, dear honey. What's wrong with it?" Anastasia silangkan tangannya mengelilingi pinggang Kayl.

"Dear... We knew about this shit a long time ago. Since we were kids. We resemble each other a lot. And what about you? Fucking narcissist?" Anastasia senyum-senyum nakal. Sah. Memang ada yang tak kena. Kayl terkedu dan sekarang kepalanya semakin berdenyut-denyut, sakit yang teramat. Macam nak pecah. Kayl tekap kepalanya dan menunduk. Nafasnya semakin berat dan dia mengetap gigi. Menahan azab.

KOTAK - sebuah novel Z. H. TauhidWhere stories live. Discover now