BAB 5
Narcissus The Hunter
Pagi. Kayl sedang duduk di meja belajarnya sambil menghirup secangkir kopi hitam pekat tanpa gula. Wapnya berkepul-kepul dan menari-nari, melambai-lambai memanggil hirupan seterusnya. Kayl menongkat dagu dan dia gigit-gigit bibirnya sendiri sambil mengerling ke arah katil. Kosong. Bila Kayl bangun, Anastasia dah tak ada di sebelahnya. Apa yang tinggal cumalah buku yang dia baru hadiahkan kepada Kayl semalam bersama laptop dengan bekas DVD yang terbuka. Kayl tak berikan apa-apa reaksi, dia cuma diam dan cuba untuk tak mempersoalkannya. Kayl usap-usap kepalanya sendiri dan dia mengeluh kecil.
"Simptom-simptomnya memang ada. Saya tak boleh nak nafikannya."
"Tak ada cara lain ke, doktor?"
Bzzt.
"Puan, tugas saya sebagai ahli psikiatri bukannya menyembuhkan tapi setakat mengawasi sahaja. Perkataan pulih tu... agak sukar untuk saya realisasikan."
"Kalau macam tu apa gunanya saya susah-susah jumpa doktor?"
"Untuk mengawal. Saya dapati ini ada kena-mengena dengan faktor keturunan."
"Tapi—"
Bzzt.
Berkocak. Berdesing. Visual dan suara itu seolah-olah sekilas pantas bermain di bola mata dan gegendang telinga Kayl. Membuatkan jiwa Kayl bergelojak. Serentak Kayl menggenggam rambutnya dan menarik ia sekuat hati, bagi menahan rasa sakit berdenyut yang sekali lagi datang menerobos reseptor-reseptor sakit kepala Kayl. Saat dalam kesakitan itu Kayl sempat memandang sekilas ke arah tempat Anastasia tidur dan baring malam tadi. Kemas. Seperti tiada langsung kesan manusia menjajahnya. Seraya itu jugalah nafas Kayl mula naik-turun naik-turun. Dia pejamkan mata dan mengetap gigi.
Bzzt.
"Dia akan peroleh ilusi yang tak pernah wujud atau mungkin—"
"Tapi—"
"Saya akan—"
"Ambil—"
"DOKTAKHDJAKF,ABHFBB,MKAL KJIFIFWH.K.LXAK Ory8 3 u;LLJXE ------"
Bzzzzzzzzztttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt
DEBUKK
Kayl terjatuh daripada tempat duduknya dan dia rasa longlai. Kayl tercungap-cungap ibarat tak cukup udara walaupun hakikatnya dia tak apa-apa. Kayl cuba bangun sambil meraba-raba rak-rak buku dan album-album muzik indienya bagi mencari sokongan untuk berdiri, ketika itulah Kayl tertepis sesuatu. Seperti satu bucu yang agak tajam dan meruncing tapi tak melukakan.
Sekilas ia jatuh dan terburai. Sebuah kotak merah yang terbuka dan penutupnya entah terpelanting ke arah mana, menampakkan kandungan dalamnya yang mencurigakan. Ia penuh dengan surat-surat yang jelas ditulis dengan tangan memandangkan tintanya dah mula merebak. Kayl ingat akan kotak itu, itulah kotak yang Anastasia pernah katakan kepadanya. Tiba-tiba, Kayl terdengar daun pintu kamarnya direntap kasar mengakibatkan pintu bilik Kayl terbuka luas.
"Kayl!!" Anastasia muncul dan terkejut melihat kerusi meja belajar Kayl tunggang-langgang dan melihat Kayl terduduk di atas lantai. Having another episodes.
"Are you alright?!" Mata bundar Anastasia membulat dan dia jengah seluruh pelosok tubuh badan Kayl, memastikan yang Kayl seratus peratus tak apa-apa. Kayl tak menjawab dan dia juga tak berikan apa-apa respon. Kayl cuma pandang wajah Anastasia kosong. Refleks, Kayl tepuk-tepuk sebelah pipi Anastasia sederhana kuat.
YOU ARE READING
KOTAK - sebuah novel Z. H. Tauhid
Mystère / ThrillerKayla Pasha, 17 tahun. Sedar sedar sahaja segalanya kelihatan membingungkan lebih-lebih lagi apabila ada seorang gadis mengaku sebagai teman wanitanya, sedangkan dia tak ingat apa-apa. Lalu kotak itu hadir dan mengonarkan segalanya. Tentang siapa ga...