Bab 15 - 18

1.9K 61 58
                                    

BAB 15

Anastasia and The Old Days

Terhincut-hincut Kayl berjalan menaiki tangga jejantas. Setapak demi setapak dia mendaki lesu tangga konkrit gersang tu. Matahari kelihatan segan, tersipu-sipu ia menyorok di balik kepulan awan-awan tebal. Matanya liar memerhati langit yang mulai gelap, tebal dengan awan-awan gebu kumulonimbus.

Angin mulai semilir membaham tubuh Kayl yang masih mendaki ke atas, cuba berjalan entah ke mana. Sesekali rambut coklat Kayl beralun-alun mengikuti tarian angin. Bibirnya digigit-gigit, lalu Kayl meludah sisa darah yang terhasil. Bau karat.

Saat dia sampai ke puncak jejantas, matanya berpinar dan telinganya mulai berdesing. Dipertonton jelas visual gadis berambut perang panjang datang menghampirinya... Fei. Dia datang meraba rambut Kayl mulus... sebelum mengucupnya sipi. Bzzt.

"Hey, Kayl. Are you alone?"

"...Not your business."

"I miss you, Kayl."

"...What do you want..?"

"I WANT YOU."

Kayl umpama hilang keseimbangan badan. Jasadnya terhuyung-hayang cuba bergelut dengan graviti yang zalim dan tak berpihak kepadanya, membuatkan kaki Kayl tergelincir. Kayl dapat rasakan saat dia terapung dan terawang-awang di udara, dunia seakan-akan bergelak tawa berdekah-dekah pada birai wajahnya.

Mungkin saat dia terhempas ke bucu-bucu tangga tu nanti, salah satu matanya akan tercucuk dan buta, atau mungkin juga lehernya akan patah terpusing ke belakang, atau perutnya akan terburai tercucuk pada pagar besi rosak tu, atau mungkin juga otaknya akan berterabur kerana kepalanya pecah akibat terlalu banyak berlaga pada konkrit dari aras tinggi. Ah, apa-apa jelah. Spontan Kayl angkat kedua-dua belah tangannya dan tegakkan jari tengahnya, tanda bukti protes pada dunia. Sialan.

"Kayl!!" Anastasia mendakapnya daripada belakang.

"Hehe... heh he..." Kayl tergelak lucu.

"Apa pulak yang you gelakkan ni?! You hampir-hampir je nak jatuh, tau tak?!"

"Biarkan."

"Huh?"

"Biarkan je aku jatuh. Mampus."

"Apa you ni..." Kayl dapat dengar degupan jantung Anastasia berdetak kuat dan laju saat Anastasia benamkan wajah Kayl pada dadanya. Lembut. Hangat.

"Kenapa you lari dari rumah macam tu je? Bahayalah. You ingat ke jalan dekat kawasan ni? Nasib baik I sempat kejar you tau."

"Aku tak tahan duduk dalam rumah tu. Busuk." Anastasia hanya mampu mengeluh panjang mendengar kata-kata Kayl tu. Dia berfikir sejenak sebelum menerbitkan senyuman lebar.

"Pergi rumah I jom?"

"Ha, jauh ke?"

"Dekat jelah."

Lalu Anastasia genggam tangan Kayl erat-erat. Mereka berlari-lari anak menuju ke destinasi.

Mereka berdua melepasi pasaraya Mun Seng sebelum mula memasuki kawasan perumahan Taman Emas. Kedengaran seragam derapan tapak kaki mereka mendekati pagar rumah teres dua tingkat yang berwarna perak. Hujan renyai-renyai mulai turun, mungkin musim hujan sememangnya sudah mulai kunjung tiba. Anastasia betulkan ikatan rambutnya sekilas sebelum mula memasukkan tangannya ke dalam pagar. Bagi membuka kunci. Bila dipandang sepintas lalu rumah itu seakan-akan kosong dan tak berpenghuni, ia kelihatan gersang dan suram.

KOTAK - sebuah novel Z. H. TauhidWhere stories live. Discover now