Bab 27 - 30

1.3K 61 111
                                    

BAB 27

Muadzin

Gelap dan basah. Apa yang didengari olehnya cumalah percikan air dan bunyi titisan air paip yang tak ditutup rapat. Agak sejuk dan ia agak berbau. Dia rasakan tangan dan lehernya diikat kuat serta semakin dia melawan semakin tangan dan lehernya terasa sakit, ibarat disiat dengan pisau. Tapi bukan hingga tahap mencerut. Sepertinya si pelaku sengaja mengehadkan pergerakannya.

"Ah, are you awake? Please don't move too much if you don't want your veins to be cut." Kayl duduk sambil silang kaki dan gigit-gigit bibirnya. Terhibur benar dia melihat jasad itu kini tak berdaya di hadapannya.

Mata Farouq berpinar dan kelopak matanya seakan dibasahi oleh cecair merah hangat. Darah. Teringat dia saat itu, apabila seorang gadis remaja belasan tahun yang dia jumpai di Restoran Baldu Biru menumpahkan minuman ke atas jubahnya. Lalu gadis itu berkata yang dia seakan kenal dengan dirinya. Lantas gadis itu bertanyakan namanya dan gadis itu seakan teruja. Setelah mempercayai kata-kata gadis itu yang mengatakan bahawa dia merupakan anak kepada kenalan lamanya, terus dia mengikuti gadis itu yang kononnya ayah gadis itu ingin berjumpa dengannya. Sebelum akhirnya dia merasa sangsi apabila dia dibawa ke sebuah tapak perumahan yang terbengkalai. Belum sahaja gadis itu cuba untuk memberikan alasan, pandangannya padam apabila dia ditetak tepat di kepala dengan objek tumpul.

Dan akhirnya dia di sini. Di tempat yang Farouq sendiri tak pasti dia di mana.

"Have a good dream? Or a nightmare? Nightmare, I guess," kata Kayl diselangi tawa terkekek-kekek.

"Ya Allah... aku dekat mana ni?" Digagahkan matanya dibuka untuk melihat keadaan sekeliling. Dia terduduk di atas kerusi yang jelas ianya bukan kerusi biasa-biasa. Ia pada hakikatnya cumalah timbunan batu bata yang disusun membentuk empat persegi sebagai tempat duduk alas punggung, manakala tempat bersandarnya cumalah palang besi semata yang tercacak kuat dalam tanah. Namun begitu sahaja sudah berjaya mencengkamnya daripada bergerak apatah lagi melepaskan diri.

"How is it? Artistic enough, right? I made it myself, a DIY garrotte made of guitar strings. It can strangle you pretty easily." Kayl kenyit mata dan ketawa terbahak-bahak.

"Astaghfirullahal'azim... Ya Allah, anak ni siapa? Kenapa buat pakcik macam ni?"

"STOP REPEATING YOUR GOD'S NAME WHEN YOU YOURSELF WASN'T A GOOD PRACTISER, HYPOCRITE!!!"

 Kayl tengkingkannya tepat di hadapan wajah lelaki itu. Lelaki yang secara zahirnya persis ayahnya sendiri. Lelaki yang Kayl letakkan segala kesalahan padanya, atas segalanya yang dia rasa selama ini. Keliru, bingung, hilang dan bermacam lagi perasaan yang meloyakan. Lelaki itu, lelaki yang membunuh ayahnya.

"YOU KILLED MY FATHER!!!"

Dahi Farouq berombak dan dia seakan tak memahami kata-kata yang Kayl baru lontarkan kepadanya. Dia cuba berfikir sejenak memapankan pemikirannya. Cuba untuk mencari jalan penyelesaian kepada situasi gila yang dia sedang hadapi tika ini.

Setelah beberapa ketika Farouq seakan tergugah dengan sesuatu, ada satu pemikiran yang terlintas dalam fikirannya. Membawa satu klu yang memungkinkan dia memahami situasi ini.

"Anak ni... anak perempuan kepada Pasha ke?" Akhirnya Farouq berbicara.

"Ah, how do you know it?" Kayl buat muka ala-ala terkejut sambil menutup mulutnya. Gaya yang amat menjengkelkan. Lalu tak sampai sesaat riak wajahnya berubah 360 darjah dengan jelingan mata yang menjegilkan. Nafasnya tak teratur dan dia mengetap gigi. Semakin rakus dia menggigit bibirnya.

"OF COURSE YOU KNOW, YOU WERE HIS BOYFRIEND, FUCKERRRRRRRRRR!!!!!"

Sekilas Kayl angkat kaki dan hayunkannya tangkas. Membuatkan percikan air padu mengenai tepat ke arah wajah Farouq. Ibarat disimbah dengan sebaldi air. Tercungap-cungap Farouq dibuatnya sebelum meludah berkali-kali. Baru dia tahu kini mengapa dia terasa amat sejuk dan basah. Ruang yang dia sedang duduki tika ini ibarat sebuah kotak yang digenangi air separas buku lali. Dua-tiga kali perhati ia sebenarnya sebuah bilik mandi perumahan yang terbengkalai. Kelihatannya bekalan air masih ada, jelas nasib tak menyebelahinya.

KOTAK - sebuah novel Z. H. TauhidWhere stories live. Discover now