BAB 19
Andreana
Bbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzztttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt.
Dengusan Kayl kuat dan dia tercungap-cungap. Apa yang benar-benar Pn. Pasha risaukan kini berlaku. Kayl rasakan yang kini dirinya benar-benar di luar kawalan. Telinganya kuat berdesing dan kepalanya terasa ingin meledak. Giginya mengetap kuat seakan-akan terkena epilepsi. Matanya berair dan menyepet menahan azab yang tak tertahankan. Visual mula bercampur-aduk merambat dalam pandangan Kayl. Ia tak dapat ditafsir dengan otak, hanya grafik herot-berot semata. Namun, entah datangnya daripada mana... suara Fei mulai menerjah gegendang telinga Kayl.
"Kayl..."
"Fei..?"
"Hey, Kayl. Dah sedar?"
"...Apa yang kau nak?"
"Hahahaha. You never change, Kayl."
"Get out of my life."
"How rude. Don't you miss me?"
"Why would I?"
"Hurmm..?? Hehe. Well, Kayl, do you miss your father?"
"..."
"He was a good dad. You are his baby, Kayl. The one who murdered him has to get punished."
"..."
"No one in the world understood you better than him. You, the daughter of The King Narcissus."
"SHUTTT UPP!!!!!!!!!!!!!!!"
Kayl hentakkan kepalanya bercumbu dengan dinding zink nipis dan pandangannya berpinar. Suara itu hilang. Dia teringatkan Paxil, namun Kayl sedar yang ianya tak ada padanya sekarang dan Kayl tak tahu di mana Pn. Pasha letakkan simpanan Paxil untuk waktu-waktu kecemasan seperti ini. Itulah sebab kenapa dia berada di bus-stop tika ini. Dia menunggu bas, seorang-seorang pada lewat malam. Menuju ke destinasi mengikut kata hati. Hanya setkan minda, dia ingin berjumpa Anastasia pada waktu Anastasia dalam keadaan bersedih. Lalu kakinya akan melangkah ke destinasi. Ibarat magis tapi tanpa mantera. Hanya niat.
Bas sampai, tak sampai 10 minit semenjak dia berjaya keluar daripada rumah melalui tingkap 30 minit yang lalu. Juga tak terlalu packed, ibarat benar-benar bas itu ditakdirkan untuk membawa Kayl. Kayl langkahkan kaki menapak masuk ke dalam Bas Cityliner dan hulurkan duit yang dia ambil dari dalam dompet. Dompet yang Kayl sendiri baru tahu kewujudannya selepas menyelongkar almari baju waktu bersiap keluar tadi. Ada duit note seringgit dalam enam keping, RM10 sepuluh keping dan RM50 enam keping. Cukuplah tu.
"Err... pergi Banting," ucap Kayl kepada si pemandu bas. Angguk.
PRANGG
Pintu bilik Kayl yang dikunci dari dalam berjaya dirempuh oleh Pn. Pasha menggunakan kerusi kayu. Mukanya merah suram dan jelingannya padu. Tangannya menggeletar lenguh disebabkan merempuh pintu tadi. Matanya melilau ke seluruh sudut kamar Kayl, tapi Kayl tak kelihatan. Bilik itu kosong dan jendelanya terbuka luas dengan cadar tilam berjuntai menuruni jendela. Jantung Pn. Pasha mengepam laju. Spontan dia terduduk depan pintu. Kakinya lemah-longlai.
Kayl melarikan diri. Atau lebih tepat lagi, pergi tanpa pengetahuan Pn. Pasha pada lewat malam. Ini bukan perkara biasa. Pn. Pasha kuatkan hatinya dan dia berdiri menuju ke arah tingkap. Bilik Kayl bersepah, persis seperti baru dirompak. Pakaian dan barang-barangnya diselongkar semberono sebelum disumbat ke dalam beg galasnya dan berambus. Itulah teori sekilas oleh Pn. Pasha bagaimana cara dan gaya Kayl keluar rumah malam tadi.
YOU ARE READING
KOTAK - sebuah novel Z. H. Tauhid
Mistério / SuspenseKayla Pasha, 17 tahun. Sedar sedar sahaja segalanya kelihatan membingungkan lebih-lebih lagi apabila ada seorang gadis mengaku sebagai teman wanitanya, sedangkan dia tak ingat apa-apa. Lalu kotak itu hadir dan mengonarkan segalanya. Tentang siapa ga...