BAB 23
Colourful
Perjalanan malam itu sejuk teramat hingga ke tulang. Pendingin hawa bas membuatkan mereka berdua berkongsi jaket tebal dan Kayl dah lama dibuai mimpi, manakala Anastasia masih merenung ke arah luar jendela melihat lampu jalan malam. Hatinya kosong. Tak terasa apa-apa. Enjin bas menderu sayup-sayup membuatkannya menguap jua, sambil menenyeh matanya, Anastasia merenung ke arah Kayl yang sedang diulit tidur. Anastasia seluk poketnya bagi mengambil telefon pintar yang dah hampir dua hari dia matikan. Entah mengapa kepalanya terasa pening dan sehari itu sahaja dia sudah bersin beberapa kali. Mungkin dia terkena flu ringan. Endahkan.
Anastasia cuba untuk menghidupkan telefon pintarnya, tapi tak boleh. Bukan kerana teknikal, tapi kerana hakikatnya Anastasia tak mahu ada sesiapa cuba untuk menjejaki mereka berdua. Kini kepalanya disandarkan pada bahu Kayl, malam itu benar-benar sejuk. Kepalanya masih sedikit pening dan hidungnya mulai berair.
"Anastasia?" Kayl terbangun. Sambil mengedip-ngedipkan matanya, Kayl perhatikan Anastasia yang bersandar erat padanya cuba untuk berkongsi haba badan. Terus Kayl halakan pendingin hawa atas mereka itu ke arah lain. Anastasia perasaan tingkahlaku Kayl.
"You tak panas ke?"
"Kau sejuk kan," getus Kayl perlahan membuatkan Anastasia tersenyum. Saat itulah Anastasia mulai terbatuk-batuk dan berdehem. Membuatkan dahi Kayl berlipat sebelum dia sentuh dahi Anastasia, ia agak panas.
"Kau kena selesema ke? Demam?" Ada nada gusar dalam kata-kata Kayl, manakala dia masih tak lepaskan sentuhannya. Anastasia hanya menggeleng dan tersenyum nipis.
"Tak ada apalah." Lalu mereka diulit sepi. Masing-masing melayan gelora mengantuk.
"Actually, my throat's starting to hurt." Tak sampai beberapa ketika, Anastasia terus-terang.
"But don't worry, I ate Panadol just now. It will be better by tomorrow." Anastasia tuturkannya tenang. Kayl hanya mengangkat kening dan mengangguk.
"Okay," sahut Kayl pendek.
"Co...lour...ful." Anastasia gerakkan bibirnya tanpa suara mengucapkan perkataan itu kepada Kayl. Membuatkan Kayl tersenyum dan menyepetkan matanya.
"What's that? What are you talking about?" tanya Kayl tertarik dengan gelagat Anastasia tika itu sambil tersenyum-senyum. The beast had an attention on her lover fully.
"Guess what?" Anastasia tersengih manja. Lalu Anastasia ulangkan lagi pergerakan bibir menyebut 'colourful' itu kepada Kayl secara perlahan-lahan supaya dia dapat mengagak. Akhirnya, Kayl tergelak.
"I love you?" tebak Kayl dengan bangga dan yakinnya. Anastasia akhirnya menyambung tawa Kayl yang tadi, hatinya terasa geli. Kayl tertipu.
"Nooooooooooo...... It was colourful!" Anastasia tergelak besar hingga matanya terpejam. Hinggakan ada penumpang lain yang sedang tidur terbangun kaget. Lalu Kayl terpinga-terpinga sebelum tersengih hibur. Disepitnya hidung Anastasia sehingga merah. Membuatkannya mencebik sebelum tersenyum manja.
"When you lip sync your mouth saying the word of 'colourful', it was like you were saying 'I love you' when actually it was not." Gadis dengan ikat rambut satu itu tersenyum bangga selepas mengenakan insan yang dia cintai. Kayl hanya tersenyum sinis melayan kerenah Anastasia. Dia dah terkena.
"Alright, colourful too." Kayl kenyit mata.
"Closer to colourful." Anastasia turut mengenyit mata dan tergelak. Sudah lama rasanya Anastasia tak merasakan suasana riang sebegini bersama Kayl. Membuatkan Anastasia sendiri merasa sangsi, mengapa dunia seakan berbaik dengan mereka berdua tika itu. Tapi Anastasia tak mahu ambil runsing, dia akan nikmati setiap saatnya bersama Kayl mulai sekarang. Saat ini. Itu keputusannya. Hakiki.
YOU ARE READING
KOTAK - sebuah novel Z. H. Tauhid
Mystery / ThrillerKayla Pasha, 17 tahun. Sedar sedar sahaja segalanya kelihatan membingungkan lebih-lebih lagi apabila ada seorang gadis mengaku sebagai teman wanitanya, sedangkan dia tak ingat apa-apa. Lalu kotak itu hadir dan mengonarkan segalanya. Tentang siapa ga...